بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Ceritanya camni. Aku baru balik dari Kashmir, pergi pada 17/04/2017 - 24/04/2017. Sesampai je kat KL, aku blast gambar sesungguh hati dalam instagram. Sudahnya ramai yang bertanya tentang itinerary & bajet. Kashmir serius cantik, takkan ada yang tak tergoda tengok gambar. Ye laa, tak ramai mana Malaysians yang pernah jejak ke Kashmir, tapi dah makin ramai. So elok laa korang pergi secepat mungkin, kalau dah ramai pergi nanti dah tak rare ahaha.
Aku pergi ikut trip member, Zulhilmi Safain. Aku kenal beliau masa pergi Seoul tahun 2015, beliau yang jadi tour guide kitorang masa tu. Beliau open trip ke Kashmir masa bulan September 2016, aku terus PM beliau dan bayar deposit lol.
Cut to the chase, aku jump terus ke itinerary:
17/04/2017 - 18/04/2017, Isnin - Selasa
Flight Airasia pukul 7 pm dari KLIA2, sampai 10 pm waktu Delhi di Indira Gandhi International Airport. Kitorang overnight kat airport je, lepak je mana-mana. Kalau nak selesa sikit boleh laa tidur kat hotel yang dekat dengan airport, tu charge asing.
Kemudian pagi esoknya naik flight Go Air ke Srinagar Airport, sampai Kashmir waktu tengahari. Setahu aku takde lagi international flight yang direct ke Kashmir, mesti kena transit mana-mana dulu. New Delhi yang paling dekat dengan Kashmir rasanya, sejam setengah je dah sampai.
Check in kat Houseboat di Nigeen Lake, tempat menginap untuk 3 malam. Lepas lunch dah boleh sightseeing.
By the way, houseboats yang kitorang duduk taraf 3 stars je tapi memang cukup mewah. Katil selesa, lengkap dengan bathroom sendiri, makan dihidang. Memang awesomeee.
P/S: gambar dalam blog ni semua unedited, sebab aku malas. Kalau nak ambil sila credit semula ke blog ni, hormat harta intelek please (walaupun gambar-gambar yang aku ambil tak laa cantik mana), thanks!
View dalam flight ke Kashmir |
Houseboats ada di Nigeen Lake & Dal Lake |
Nigeen Lake |
Transport utama dari houseboat ke darat ialah shikara, sejenis sampan. Selesa sangat duduk dalam shikara ni, takyah pakai life jackets pun hahaha.
Pakcik kayuh shikara |
First day kitorang dibawa melawat taman-taman di Srinagar:
Shalimar Bagh Garden
Nishat Bagh Garden
Pari Mahal (Angel's Palace)
Tulip Garden - special sikit, tulips ada musim bunga je
Shalimar Bagh |
Pari Mahal |
Tulip Garden |
Takyah susah-susah korang nak menapak sampai Amsterdam weh haha. |
Balik houseboat, dinner, dan tidur. Penat wooo semalaman kat airport.
19/04/2017, Rabu
Hari ni drive jauh sikit, naik van Traveller mengambil masa 2 jam ke Gulmarg. Don't worry, ada local yang drive. Ikut trip Zul ni, dia hire local guide dan driver jugak. Pentingnya local guide ni supaya 1) korang tak kena game dengan orang tempatan (this is India after all, local guide boleh tolong nego harga), dan 2) korang takkan sanggup untuk drive kat Kashmir ni. Serius.
Bak kata Sidek, local guide kitorang berkenaan undang-undang jalanraya Kashmir:
Here there is only one rule: there is no rule.Sila pengsan.
Okay, moving on. Gulmarg ni yang special nya ialah altitude yang tinggi, which means - snow! Boleh naik Gondola, tiket Gondola untuk ke Phase I dah covered, ada jugak option untuk naik sampai ke Apharwat Summit iaitu Phase II, tambah lagi 900 Rupee. For your info, Gondola di Gulmarg ni merupakan antara yang tertinggi di dunia.
Phase I - Kongdoori (3080 m) |
View daripada dalam gondola |
Phase II - Apharwat Peak (4200 m) |
Phase I |
Sledge |
Antara aktiviti yang ada kat Phase I termasuk naik sledge, ski, dan snowbike. Snowbike tu yang paling mahal. Aku tak join main pun, sebab sejuk dan fokus nak solat time tu. Kalau nak main, jangan lupa nego harga. Nego harga tu sangat penting kat Kashmir ni.
20/04/2017, Khamis
Sebelum bergerak jauh, kitorang singgah di masjid Hazratbal dulu. Perempuan tak boleh masuk ke masjid ni ye, takat jalan kat perkarangan masjid tu boleh laa. Ni culture India yang entah hape-hape. Ada ke patut perempuan takleh masuk majid/surau, dah tu perempuan nak solat kat mana?
Banyak burung merpati kat sini. |
Hari ni kitorang ke Sonamarg, perjalanan yang mengambil masa hampir 3 jam.
On the way nak pergi Sonamarg, kitorang berhenti untuk toilet break. Toilet break yang sepatutnya kejap je jadi lama sebab kitorang jumpa mustard fields kat belakang toilet tu ahaha!
Mustard fields |
Ramai yang ingat ni bunga canola, macam kat Jeju tu. Tapi aku jumpa poskad bertulis 'mustard fields' dekat kedai souvenir kat Srinagar, so aku yakin yang ni bukan canola. Asalkan warna kuning dan cantik, bedal aje laa.
Stop kejap kat viewing point. |
Sonamarg - katanya kat tengah tu Thajiwas Glacier |
Kata Sidek local guide kitorang, orang datang Sonamarg ni untuk main salji di Thajiwas Glacier, tapi masa kitorang pergi tu salji masih tebal, nak pergi Thajiwas pun tak lepas. Jadi kitorang ronda area Sonamarg tu naik jeep, tambah sikit duit 450 Rupee.
Snow walls kat sini sangat tinggi dan tebal, lagi tinggi dari van kitorang. Terasa macam kat Hokkaido kejap. Boleh bayangkan laa macam mana salji tutup jalan ke Thajiwas.
Masjid comel |
Do you wanna build a snowmannn Sempat buat kecik je, penat rupanya nak buat snowman ni |
Katanya ni tempat shooting filem Bhajrangi Bhaijaan? |
Bercakap pasal Bhajrangi Bhaijaan ni, Kashmir memang famous lepas movie tu famous. Tapi tu bukanlah sebab utama aku pergi Kashmir, tengok movie tu pun baru sekali, so aku kurang pasti kat mana area shooting yang sebenarnya. Yang pasti, di Pahalgam ada satu area masjid hijau atas bukit yang jadi location shooting.
Sonamarg ni subhanaAllah sangat cantik, banyak sangat gambar dalam kamera kat Sonamarg ni je. Boleh laa nak posing buat profile picture facebook dekat sini, main sledge, baring buat snow angels dan sebagainya. Ready laa dengan jaket tebal bila ke Sonamarg dan Gulmarg waktu spring ni, sejukkk sangat.
21/04/2017, Jumaat
Pagi ni kitorang check out houseboat di Nigeen Lake dan berangkat ke Pahalgam, dalam 2 jam perjalanan. Malam ni tido kat hotel di Pahalgam, weehuuu.
Saffron |
Kitorang berhenti dulu kat sebuah kedai yang jual saffron & dried fruits. Kashmir ni terkenal dengan saffron atau nama lainnya Zaffaran, sejenis spice yang diambil dari bunga Crocus. Saffron ni antara spice yang termahal di dunia, dan memang layaknya mahal sebab satu bunga ada 3 batang saffron je. Boleh pakai dalam masakan dan jugak dalam teh, pakai sikittt je. Aku beli jugak 1 gram saffron (itu pun dah rasa banyak sangat), harga 250 Rupee/gram.
Bercakap pasal teh, kat Kashmir ni korang wajib rasa 2 jenis teh: saffron tea & Kashmiri kahwah. Sedap jugak, lain dari yang lain.
View dari hotel di Pahalgam |
Jalan di area Pahalgam ni memanjang view sungai. Aku dapat bayangkan yang sungai dia biru kehijauan waktu summer & autumn, masa spring ni kerap hujan di tanah tinggi & salji tengah mencair, bawak sekali segala tanah & kotoran, jadi warna air sungai jadi kelabu je. Tapi view still cantik.
Beramai-ramai |
Naik kuda ni sedikit challenging, tapi kuda tu dah well-trained so takyah risau, insyaAllah selamat. Yang scary tu sebab kitorang naik bukit, bila nak turun memang mengucap panjang, pulak tu kuda-kuda ni suka sangat jalan sebelah lereng-lereng! Rasa nak luruh jantung adoyai.
Salah satu stops on the way semasa naik kuda |
Kuda akan berhenti kat sini - Mini Switzerland |
Padang hijau dan gunung |
Pokok ni cantik kalau nak buat drama Hindustan |
Perjalanan naik dan turun bukit menunggang kuda tu mengambil masa 3 jam. Turun je kuda tu memang jalan mengengkang. Dan masa tu jalan berlopak berlumpur sebab baru lepas hujan.
Balik ke hotel, dinner, dan tidur sangat lena dalam bilik hotel yang cantik.
22/04/2017, Sabtu
Checkout dari hotel pagi ni, tapi sempat lagi kitorang berjalan keliling Pahalgam.
Betaab Valley |
Back to Bhajrangi Bhaijaan, kat sini pun banyak shooting movie tu jugak. Masa kitorang di Betaab Valley ni cuaca agak suram, lepas tu hujan pun menyusul. Tapi dalam mendung tu pun, kawasan taman ni sangat cantik.
Area pokok ni pun boleh buat photoshoot jugak |
Habis pusing Betaab Valley, kitorang dibawa naik atas lagi ke Chandanwari. Ingatkan dah tinggal snow kat Sonamarg, rupanya ada lagiii snow kat sini.
Chandanwari |
Puas bergambar, balik semula ke hotel untuk lunch & solat sebelum bergerak semula ke Srinagar. Tapi guide kitorang sempat bawak berhenti kat sebuah perkampungan di Pahalgam ni, takde dalam itinerary ni.
Hidup diorang memang daif, bayangkan laa cuci baju dan perkakas dapur tepi longkang depan rumah. Diorang memang sangat susah. Kebetulan masa ni ramai antara kitorang bawak makanan ringan dalam beg, habis bagi kat budak-budak kampung ni.
Seriously, memang menginsafkan. Kita ni hidup senang, jarang berlapar. Diorang ni elektrik pun kena catu. Kalau datang sini, bawak laa duit lebih sikit, makanan lebih sikit, niat nak sedekah. Bagi je kat sesiapa. Diorang kat pedalaman ni jarang jumpa foreigners, memang seronok sangat dapat jumpa orang asing.
Van Traveller yang banyak berkhidmat, boleh muatkan 16 orang. |
Guide bawak ke mustard fields lagi. Cantikkk |
Malam terakhir, check in houseboat di Dal Lake.
Shikara |
Dal Lake |
Fast food atas air, shikara parking kat tepi hahaha |
Our houseboat |
Okay kalau tak percaya yang houseboat ni selesa:
Mewah! Satu bilik kongsi 2 orang! |
Ruang tamu, di sebalik langsir tu ruang makan |
Yang bagusnya duduk kat houseboat ni, owner atau kami panggil 'captain' houseboat akan kejut tiap pagi untuk subuh. Sangat lengkap houseboat ni, ada towel dan water heater semua. Cuma untuk perempuan, iron je takde haha. Aku bawak travel iron sendiri, yang kecik pun cukup.
22/04/2017, Sabtu
Dah last day dah :(
Lepas breakfast, awal pagi lagi kitorang dah dibawa pusing keliling Dal Lake naik shikara. Sangat tenang, belum ada bunyi-bunyi hon dari bandar. Kononnya nak tengok sunrise tapi cuaca mendung, apakan daya.
Cantik houseboat ni, warna putih |
Lepas tu kami berkejar ke airport, goodbye Kashmir yang sangat indah..
Serius, one of the best trips of my life. Bukan sekadar cantik tapi banyak jugak pengajaran. Tak habis setakat ni gambar, lepas ni aku akan buat post satu persatu untuk setiap tempat tu, ahaha.
Total budget:
RM4090 all in termasuk semua flight, makanan, accommodation, tiket ke banyak tempat, tips
900 Rupee (~RM60) - naik gondola ke Apharwat Peak Phase II
150 Rupee (~RM10) - sewa boot di Gulmarg
450 Rupee (~RM30) - harga per person untuk naik jeep di Sonamarg + sewa boot
1100 Rupee (~RM75) - horse riding di Pahalgam
Rate masa aku tukar duit: 100 Rupee = RM 6.59
Total: RM4265 tak termasuk souvenir. Lagi banyak buat aktiviti, kena tambah laa lagi sikit.
Ada jugak tempat souvenir yang guide bawak, tapi tak ingat dah nama tempat-tempat tu. Kalau jumpa souvenir yang berkenan & harga okay, beli je. Takde jaminan yang korang akan jumpa lagi benda yang sama kat tempat lain. Jangan jadi macam aku, menyesal tak membeli sebab kedekut hahaha.
Souvenir ada yang berpatutan dan murah. Contohnya keychain dalam range 10 - 40 Rupee, pouch kecik untuk simpan duit harga 50 Rupee.
Yang mahal - fridge magnet, paling murah pun 110 Rupee. Saree, beg handmade, dan sebagainya harga standard, tapi cantik dan berbaloi untuk beli.
Okay nak share tips:
1) Kashmir walau nampak dalam gambar macam paradise, ialah sebuah tempat yang mundur. Sangat digalakkan datang sini, tapi tinggalkanlah perangai diva di tempat asal. Tandas ada air tapi kotor (kecuali di hotel dan airport), bunyi hon tak berhenti, ramai orang hidup dalam kemiskinan. Makanan takde laa best dan variety macam kat Malaysia, hari ke-4 tu dah boleh muak dah. Pandai-pandai sesuaikan diri kat tempat orang. Kalau nak demand ke langit, sila ke Switzerland, jangan laa pergi India.
2) Sangat digalakkan ikut trip atau agent. Jangan jalan sendiri-sendiri, ataupun kalau group perempuan make sure ada lelaki ikut. Kashmir ni ikut nasib, ada masa Kashmiri people bergelut dengan tentera India. Baling batu dan cermin kereta pecah tu bukan asing. Even masa kitorang pergi dalam keadaan suasana yang agak tenang, tentera India berjaga di merata tempat dengan senapang.
3) Walaupun tips dah termasuk dalam pakej, bawak laa duit extra sikit untuk sedekah, lagi-lagi untuk mereka yang bagi service kat kita, contohnya captain & chef di houseboat, dan owner kuda yang ikut kita naik bukit. Bawak makanan pun boleh, bagi laa dekat sesiapa yang korang nak bagi.
4) Waktu naik shikara akan ada je orang naik sampan berhenti tepi shikara untuk promote barang jualan mereka, waktu malam pulak mereka akan naik sampai ke ruang tamu houseboat untuk menjual. Barang yang diorang jual agak mahal, so boleh laa tawar-menawar sampai puas. Tapi jangan terkejut kalau korang yang kena pusing dengan diorang sampai pening. Mula-mula cakap harga lain, lepas tu cakap harga lain adoyai.
5) Bawak baju sesuai dengan musim. Kalau pergi musim yang masih ada snow, bawak extra kasut dan seluar, takut basah. Lagipun salji tu bila dah cair dia jadi sangat kotor. Kalau nak naik kuda di Pahalgam, wajib bawak extra, sebab ada kemungkinan tanah tu berlumpur dan kotor. Kuda kalau nak berak bukan ikut tempat.
6) Sepanjang 5 hari kitorang kat Kashmir, internet langsung TAK ADA. Yang buat roaming pun tak dapat line, apatah lagi wifi, memang tak wujud. Katanya Indian government potong line internet diorang sebab nak election, wallahualam. So get ready je laa dengan buku atau download movie dalam phone. Tak pun, masa ni laa nak bersosial dengan orang sekeliling. Yeay!
7) Elektrik ada masanya tak ada, dia auto-off. So elok tanya orang kat hotel/captain houseboat tu, pukul berapa yang elektrik tu tak ada. Macam aku, 3 hari kat Nigeen Lake tu, pukul 6-7 am dia auto-off elektrik, dan time lain pulak nak gosok tudung pakai iron sangat perit sebab iron macam tak panas sangat. Kat Pahalgam dalam hotel cantik pun ada masa dia potong elektrik. So get ready je laa ye.
8) Nak masuk Kashmir, airport kastam tak check dengan ketat. Nak keluar tu, masyaAllah sampai 4 kali kena check beg & 'diraba'. So korang ready laa siap-siap. Barang tajam sila masuk dalam check in luggage, powerbank & bateri kamera simpan dalam hand luggage. Aku siap kena turn on kamera, bagi dia tengok yang kamera tu betul-betul kamera duh. Ada member kena pau RM50 dengan pegawai kastam, ye dalam ringgit, orang hulur RM1 dia tak nak. Ada je cara diorang nak ambil kesempatan.
Okay sampai situ dulu je kot sharing, insyaAllah akan disusuli dengan banyakkkk lagi gambar. Yang penting - have fun in Kashmir, moga beroleh keberkatan dari trip ni insyaAllah.
Special thanks to Zul sebab jaga kitorang selama kat sana, bukak personal hotspot kat Delhi kasi can kat kitorang yang dah ketagihan internet lepas 5 hari disconnected, dan buat lawak yang kadang-kadang annoying jugak hahaha. Sampai hati asyik kelentong orang yang lurus bendul ni, entah mana yang betul dan mana yang tipu pun aku tak tau.
To geng houseboat Islamabad: Illani, Syahida, Emon, Zaim, Yatt, Kak Rosa Rani Mukherjee, Cikta, dan Fikri, thank you korang sebab awesome sangat, bersyukur dapat geng yang selalu awal (aku yang paling lambat sebab aku on time, diorang awal). Kita kena reunion jugak satu hari nanti, insyaAllah <3
#followmetoparadise
#anewbreedoftraveller
#trockerskashmir
Nama aku last skali ceh
ReplyDeleteNak up kan nama, meh gambar dulu hahaha
DeleteNama aku last skali ceh
ReplyDelete