This post is long overdue. Tapi biasa laa, aku memang suka peram gambar & cerita berbulan-bulan haha. Ekceli apa yang melambatkan proses update blog ni ialah takde mood nak pilih & upload gambar. Lepas dah upload kena cari mood untuk bercerita pulakk.
I went to Perth, Australia with 3 of my friends in November 2016. That was 6 months ago. Macam biasa, itinerary aku yang finalize dengan input rakan-rakan. Ye laa kita bukan pegi sorang, kena laa tanya member diorang nak pegi mana jugak kan ahaha.
Visa settle dengan harga RM20/pax, booking kereta siap-siap dari Malaysia from Bayswater Car Rental. For more tips boleh join group Tips Cuti-Cuti Perth kat fb.
Okay, I only have around 10 minutes to type this post before I need to get ready for work, so here goes.
Flight naik Airasia, macam biasa. Teringin gak nak naik airlines lain tapi bila check purse, ini sahaja yang ku mampuuu.
View from the flight was astounding though. Luckily dapat window seat!
Sand dunes |
Dah sampai, keliru pulak mana nak cari teksi. Turns out dia kena jalan ke tepi airport sikit untuk jumpa taxi stand. Rajin-rajinkan laa mulut bertanya.
Usually kalau pegi airports dia akan terang-terang tunjuk kat mana nak naik bas, mana nak naik taxi. Tapi ku rasa Perth Airport ni macam signboard dia macam kurang clear.
Atau mungkin aku je yang blur.
Teksi ni comel macam turtle |
Our accommodation for 4 nights - Hay Street Travellers' Inn |
Kitorang sewa dua bilik for 4 pax, ada jugak yang prefer untuk sewa apartment kat Perth ni, terpulang. Aku rasa kalau datang berlima atau lebih, berbaloi untuk sewa apartment. Kalau tak, mana-mana hostel pun dah cukup.
For more info about our accommodation, kat hujung post ni yeee.
First day kitorang tak sewa kereta pun since sampai pun dah petang. Omg bila sampai Perth ni ku rasa punya laa eksaitedddd. Rasa macam nak terjah bandar dia secepat mungkin, so lepas settle check in, kitorang terus keluar berjalan.
Since Hay Street tu pun dah terletak dalam Perth CBD, jalan kaki tak jauh mana pun, dalam 15 min je untuk sampai ke London Court.
Buildings ala-ala kat London laa kononnya |
Ekceli kat London Court ni tempat orang bershopping jugak, tapi masa aku pergi tempat ni agak.. krik krik krik. Dan to be honest sampai ke sudah impression aku terhadap bandar Perth ni tak berubah. Sangat lain dengan Melbourne yang hidup sampai malam. Perth agak sunyi sepi.. Atau mungkin kitorang berada di tempat yang salah?
Jalan-jalan jumpa Stirling Gardens |
Bell Tower |
Cadangan asalnya nak berjalan sampai Kings Park, tapi boleh tahan jauh jugak laa Kings Park tuuu. Kitorang cari Coles atau yang seumpama dengannya untuk shopping barang basah, tapi malangnya lokasi agak jauh untuk jalan kaki plus dah tutup! Awal benau Coles tutup on weekends, pukul 5 pm dah tutup kedai.
Tapi aku rasa tu laa hakikat kedai kat bandar-bandar Australia kot? Weekends kononnya untuk quality time with family. Lepas pukul 5 pm tu memang bandar sunyi sepi. Pelik bebenor. Maybe sebab kita dah biasa dengan market yang tutup pukul 10 pm setiap hari.
Supermarket ni penyelamat kitorang, dia selalu bukak hingga agak lewat (9 pm - 10 pm, ikut hari). Pulak tu dia dekat sangat dengan Hay Street Travellers' Inn tu, dalam berapa langkah je dah sampai. Omg thank God. Kalau tak, takde dinner laa kitorang malam tu.
Yang menariknya supermarket ni macam Korean yang punya, sebab aku siap jumpa macam-macam Korean stuff dalam ni. Kimchi, ramyeon pedas yang femes tu. Macam Asian supermarket laa.
Hay Street Travellers' Inn tu punnn macam Korean yang punya. Siap nak cakap dengan seorang receptionist perempuan tu kena pakai sign language sebab English dia tak berapa okay. Mak aihh, ku dekat Perth ke dekat Seoul ni ahaha.
Ni facilities dapur dia, semua lengkap untuk share-share. Kalau ragu-ragu bawak laa sabun taharah. |
Tempat simpan groceries, setiap bilik ada satu slot. |
Fridge pun hadooo. |
Gambar dalam bilik takde pulak haha. Dah dapat landing atas katil, kamera pun dah entah ke mana.
Kesimpulannya ku tak ingat apa yang kitorang makan malam tu, mungkin Brahims mungkin Maggi hahaha. Yang penting pergi Aussie memang kena bawak stok makanan banyak sebab makan kat luar mahal.
** Kalau perasan, gambar dalam post ni agak tak sharp dan awesome. Sebabnya nanti ku cerita dalam next post sobsss. Bai!
No comments:
Post a Comment