Okay, a short blog post before I need to hit the sack in about 5 mins! Hahaha. Dah tua tak boleh tidur lambat-lambat.
Caversham Wildlife Park, dekat je lebih kurang setengah jam drive dari Perth CBD. Okay siapa yang pernah pergi mana-mana top destinations in Aussie, be it Melbourne, Sydney, Gold Coast, or Perth, mesti korang akan pergi melawat zoo/park/sanctuary yang akan menempatkan kangaroo/koala/wombat/tasmanian devil dan sebagainya.
Aku tak tahu laa kalau kome macam mana, tapi aku memang takde perasaan nak pergi zoo kalau travel overseas ni. Ye laa binatang mana-mana dalam dunia lebih kurang je, kalau tak gajah, ada zirafah. Tu je. Tapi zoo kat Aussie bestttt sebab ada kangaroo dengan koala ahaha.
Banyak tempat yang sama ada a) kena bayar untuk bagi makan kat kangaroo atau b) kena bayar untuk ambil gambar dengan koala. Yang best sesangat kat Caversham ni, dua-dua aktiviti ni free je. Bayar entrance fees je lepas tu settle, boleh laa bergolek dengan kangaroo sampai puas.
Satu lagi tips pergi zoo kat Aussie ni, confirm ada waktu shows dia. So first thing mesti kena dapatkan park map & activities list dia, and plan your day around that schedule.
Macam kitorang, sampai je dah sedikit lambat so kitorang terus lari nak tengok first show.
Dalam barn |
Sheep shearing |
Comel jek budak sekolah kindy bagi kambing minum susu botol |
Wool yang tak lembut langsung sebelum diproses ahaha |
Cow milking |
Okay to be honest, aku dah tengok show yang sama di 3 tempat berbeza ahahaha. Cikta dengan Fatin syok laa sebab first time experience, ku dengan Kak Farah macam agak zzz jugak laa hahaha.
Basically mana-mana park mesti akan ada shows ni paling koman:
1) Sheep shearing
2) Pakai anjing untuk herd sheep
3) Billy teas
4) Whip-cracking
5) Cow milking
6) Diorang akan naik kuda and tunjuk show sikit kalau kawasan luas
Nak cakap je, once you've seen it once, there's no need to see it twice. Benda yang samaaa je. So kalau nak repeat datang Aussie, takyah laa wajibkan pergi zoo kalau korang dah pernah pergi, unless korang memang geram dengan kangaroo macam aku hahaha.
Ni ayam jenis hape ni gebuuu |
Llama |
Baby kangaroooo sooo cuteee |
Tak ingat binatang apa ni haha tapi comellll |
Lizard yang native kat Australia |
Nampak tak camouflage dia tuuu Btw aku tak tipu, kitorang jumpa binatang ni secara liar kat somewhere in Cervantes, tengah melintas jalan. Tak sempat nak ambik gambar urghhh! |
Cockatoo |
Happy family with wombat ;P Memang plan nak pakai sedondon hahaha |
Sesetengah binatang macam reptiles, birds, dengan wombat ada dalam kawasan ni yang dibuka pada waktu tertentu je Kalau nak masuk sila pakai sanitizer yang disediakan dulu |
Koala kalau tak muka mengantuk, tak sahhh |
Oh btw, aku nak bebel sikit. Sebab aku pernah terdengar ada orang complain, koala ni pemalas laa asyik tidur je bosan laa, ye orang Melayu kita complain masa dekat Aussie.
Korang, kalau pergi berjalan tu jangan laa sibuk nak selfie je, belajar sikit tentang apa yang korang tengok tu. Sebab kalau korang baca information board yang cerita pasal habitat/perangai koala ni, korang tahu laa kenapa koala asyik tidoooo je.
Sedikit cerita: koala ni spesies marsupial, macam kangaroo, sebab dia ada pouch untuk dia jaga dan nourish anak dia sampai anak dia boleh berdikari sendiri. Koala ni makan eucalyptus leaves, which is very low in calorie, maksudnya dari diet dia pun memang dia tak cukup tenaga nak aktif melompat bagai.
Muka budak tak cukup energy. |
Gambar family lagi |
Okay settle gambar dengan koala, boleh laa korang berjalan cari kangaroo.
Actually kangaroo feeding area kat Caversham ni memang paling best, sebab kawasan dia luasss dan makanan untuk kangaroo tu free. Duduk laa dari pagi sampai petang bagi makan kangaroo je kalau korang nak. Tapi kangaroo ni bila dah spoonfed macam ni, diorang memang jadi malassss haha. Waktu tengahari tu memang naptime diorang laa tu.
Ada orang eksaited |
Orang ni yang dah banyak kali tengok kangaroo pun eksaited gakkk Oh I loveee kangaroos, kalau boleh bawak balik Malaysia buat haiwan peliharaan, memang dah lamaaaa dah ku kidnap |
Tengok tu tido ish ish ish |
Gambar family dengan kangaroo yang malas nak layan kitorang |
Seperkara lagi.. Kalau kangaroo tu tak nak selfie ngan korang, jangan laa paksa-paksa dia. Walaupun dia binatang, dia ada perasaan jugak okayyy :( bukan mainan untuk korang dapatkan perfect selfie bagai.
Kangaroo food dah disediakan dalam tong hijau tu, so jangan bagi makan benda lain atau rumput ke kat kangaroo tu yekk. Memang staff zoo ni akan bunyi wisel laa kat korang |
Hari ni ramai budak kindy |
Admission fees, berbaloi sangatt |
Gambar sebelum meneruskan perjalanan |
Okay kalau pergi Perth tu kira wajib laa melawat Caversham ni okay, best!
Ku kata nak taip 5 minit je, ni dah setengah jam ni adesss. Okay laa bai good night!
No comments:
Post a Comment