Showing posts with label Kashmir. Show all posts
Showing posts with label Kashmir. Show all posts

Wednesday, 22 August 2018

Kashmir in Spring #4 - Saffron, Pahalgam, & Mini Switzerland

Selamat Hari Raya! Tengah makan daging korban ke tuuuuuu :P

It's getting harder and harder for me to finish this travel series adui.

I will type in rojak Malay-English laa ye. I can't for the life of me paksa diri taip completely Malay or completely English.

So sambung from last entry, we checked out from out houseboat in Lake Nigeen and said our goodbyes to babuji, and off we go to Pahalgam.

Trying to get that perfect picture on shikara is actually quite tough

The snow-capped mountains from afar

<3

My partner in crime.

Ramai pakcik shikara yang datang nak menjual. Ada yang jual bunga, nak promote gambar diorang,
nak offer ambil gambar kita, jual souvenirs. Macam-macam.

On the way to Pahalgam, berhenti sini cari saffron.

Rustic

Saffron

Sunday, 6 May 2018

Kashmir in Spring #3 - Hazratbal & Sonamarg

Sambil dengar lagu Janam Janam, trying to pick up mood untuk sambung cerita kat Kashmir haha. (KPI: habis cerita Kashmir sebelum masuk Ramadhan).

3rd day in Kashmir, kitorang nak pegi Sonamarg - the 'Meadow of Gold'.

Pakcik sempat sengih orang nak ambil gambar dia

Kitorang singgah ke Masjid Hazratbal dulu, kat bandar Kashmir je lokasi dia. Aku dok google, Wikipedia kata kat sini tersimpan rambut Nabi Muhammad SAW. Wallahualam, kitorang tak tengok pun & masa kat sana tak tahu menahu pun.

Side mana yang boleh masuk pun ku tak tahu laa. Kitorang tak masuk pun.


Hazratbal


Kat sini banyak burung merpati, lelaki tu tengah bagi burung makan



Tuesday, 1 May 2018

Kashmir in Spring #2 - Nigeen Lake, Gulmarg, Apharwat Peak

Disebabkan esok cuti dan bilik aku panas gile takleh nak tido, aku pun gigihkan laa diri untuk update cerita Kashmir ni. Fuhhh.

Entah kenapa masa kat Kashmir ni, either orang lain on time or kitorang yang awal sangat. Bangun pagi, breakfast - menu tetiap pagi sama je, ada roti, telur dadar, bubur nasi, and amende lagi, lupa dah - sempat laa lepak-lepak kat anjung houseboat ni sementara menunggu group lain.

Kitorang actually ada 2 van je - group Zul & group Udey. Aku ikut group Zul, kitorang total 10 orang je termasuk Zul. Group Udey memang full 16 orang satu van tu.

Aku ingat lagi second day kat Kashmir ni, aku nak iron tudung waktu pagi, boleh pulak iron tak panas, suam-suam kuku je. Aku dah sakit kepala memikirkan travel iron aku rosak ke apa ke, rupanya ada masa-masa tu dia auto-off elektrik. Aduyai.

Dah pening nak pakai tudung camane, memula nak recycle je tudung semalam. And then lepas breakfast dah pukul 7 lebih, baru dapat elektrik balik. Cepat-cepat aku balik bilik & gosok tudung.

Nyaris kena pakai tudung semalam. Kalau tak, takde laa aku sengih cenggini.

View Nigeen Lake di waktu pagi

With geng houseboats Islamabad. Best buat kawan baru kat sini, semua boleh masuk.

Boleh naik roof houseboat huhu

Cantik k design houseboat ni, tolong laa paham

On the way to Gulmarg, merata-rata mustard fields

Monday, 23 April 2018

Kashmir in Spring #1 - Houseboat, Gardens, & Tulips!

Entri ni dah terperuk setahun lamanya. So aku upload gambar laju-laju sambil tak nak fikir banyak. Fokus nak update cerita je hahaha. Sedih tau jalan jauh-jauh pastu make such beautiful memories tapi aku tak cerita kat sini, nanti aku lupa.

Yes, I am a goldfish. Pelupa makan banyak sangat semut. Sekian.

Itinerary penuh & bajet ada kat entri tahun lepas, sila klik sini.

Trip to Kashmir, bergerak siang, sampai kat Delhi awal pagi, sempat tido kat Delhi airport jap sementara tunggu flight ke Srinagar, Kashmir waktu pagi. Ye sangat penat. Tapi sekali-sekala tido airport, apa salahnya ehehe. Celik mata je rasa macam semua orang pandang, nasib baik ku tido sopan jer #taktipu.

View dalam flight ke Kashmir, Delhi-Kashmir flight sejam je pon, tolong laa jangan tido

heart eyes

Mustard fields

Okay bila flight touch down je kan, korang boleh dengar ketak ketap ketak ketap orang India bukak seatbelt asdfghjkl. Siap ada yang dah bangun padahal flight baruuuuu je touch down. Sampai pramugara dia kena naikkan suara 'SIR PLEASE SIT DOWN UNTIL THE FLIGHT HAS STOPPED' astaghfirullah first time aku tengok behaviour camni.


Kecik cenonet je airport ni weh

Kat airport ada guide pick up naik van, pastu bergerak ke Nigeen Lake. Bermalam kat houseboat dulu first day ni.

Nak pergi houseboat naik ikut shikara (sampan) ni 

Tuesday, 25 April 2017

Kashmir Spring 2017 - Itinerary, Budget, & Tips

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Ceritanya camni. Aku baru balik dari Kashmir, pergi pada 17/04/2017 - 24/04/2017. Sesampai je kat KL, aku blast gambar sesungguh hati dalam instagram. Sudahnya ramai yang bertanya tentang itinerary & bajet. Kashmir serius cantik, takkan ada yang tak tergoda tengok gambar. Ye laa, tak ramai mana Malaysians yang pernah jejak ke Kashmir, tapi dah makin ramai. So elok laa korang pergi secepat mungkin, kalau dah ramai pergi nanti dah tak rare ahaha.

Aku pergi ikut trip member, Zulhilmi Safain. Aku kenal beliau masa pergi Seoul tahun 2015, beliau yang jadi tour guide kitorang masa tu. Beliau open trip ke Kashmir masa bulan September 2016, aku terus PM beliau dan bayar deposit lol.

Ni pakej yang ditawarkan masa tu, aku ambil all in sebab malas nak fikir banyak.
Setahu aku pakej ground masih lagi pada harga yang sama untuk upcoming trips,
for more info boleh laa PM beliau direct.

Cut to the chase, aku jump terus ke itinerary:

17/04/2017 - 18/04/2017, Isnin - Selasa

Flight Airasia pukul 7 pm dari KLIA2, sampai 10 pm waktu Delhi di Indira Gandhi International Airport. Kitorang overnight kat airport je, lepak je mana-mana. Kalau nak selesa sikit boleh laa tidur kat hotel yang dekat dengan airport, tu charge asing.

Kemudian pagi esoknya naik flight Go Air ke Srinagar Airport, sampai Kashmir waktu tengahari. Setahu aku takde lagi international flight yang direct ke Kashmir, mesti kena transit mana-mana dulu. New Delhi yang paling dekat dengan Kashmir rasanya, sejam setengah je dah sampai. 

Check in kat Houseboat di Nigeen Lake, tempat menginap untuk 3 malam. Lepas lunch dah boleh sightseeing.

By the way, houseboats yang kitorang duduk taraf 3 stars je tapi memang cukup mewah. Katil selesa, lengkap dengan bathroom sendiri, makan dihidang. Memang awesomeee.

P/S: gambar dalam blog ni semua unedited, sebab aku malas. Kalau nak ambil sila credit semula ke blog ni, hormat harta intelek please (walaupun gambar-gambar yang aku ambil tak laa cantik mana), thanks!

View dalam flight ke Kashmir

Houseboats ada di Nigeen Lake & Dal Lake

Nigeen Lake

Transport utama dari houseboat ke darat ialah shikara, sejenis sampan. Selesa sangat duduk dalam shikara ni, takyah pakai life jackets pun hahaha.

Pakcik kayuh shikara

First day kitorang dibawa melawat taman-taman di Srinagar: