Monday, 23 April 2018

Kashmir in Spring #1 - Houseboat, Gardens, & Tulips!

Entri ni dah terperuk setahun lamanya. So aku upload gambar laju-laju sambil tak nak fikir banyak. Fokus nak update cerita je hahaha. Sedih tau jalan jauh-jauh pastu make such beautiful memories tapi aku tak cerita kat sini, nanti aku lupa.

Yes, I am a goldfish. Pelupa makan banyak sangat semut. Sekian.

Itinerary penuh & bajet ada kat entri tahun lepas, sila klik sini.

Trip to Kashmir, bergerak siang, sampai kat Delhi awal pagi, sempat tido kat Delhi airport jap sementara tunggu flight ke Srinagar, Kashmir waktu pagi. Ye sangat penat. Tapi sekali-sekala tido airport, apa salahnya ehehe. Celik mata je rasa macam semua orang pandang, nasib baik ku tido sopan jer #taktipu.

View dalam flight ke Kashmir, Delhi-Kashmir flight sejam je pon, tolong laa jangan tido

heart eyes

Mustard fields

Okay bila flight touch down je kan, korang boleh dengar ketak ketap ketak ketap orang India bukak seatbelt asdfghjkl. Siap ada yang dah bangun padahal flight baruuuuu je touch down. Sampai pramugara dia kena naikkan suara 'SIR PLEASE SIT DOWN UNTIL THE FLIGHT HAS STOPPED' astaghfirullah first time aku tengok behaviour camni.


Kecik cenonet je airport ni weh

Kat airport ada guide pick up naik van, pastu bergerak ke Nigeen Lake. Bermalam kat houseboat dulu first day ni.

Nak pergi houseboat naik ikut shikara (sampan) ni 

Sebenarnya boleh je ikut darat nak pegi houseboat tu, sebab houseboat tu pun bukan park kat tengah-tengah tasik, tersadai di tepi je. Tapi sekaliiii je laa kitorang ikut darat sebab dah malam, shikara nak mendayung pun tak nampak agaknya. Time lain memang wajib naik shikara untuk ke houseboat dan balik ke daratan.

Abuji gigih mengayuh, nampak tu beg banyak hahaha

With Emon and Zai, geng se houseboat ehehe

Rindunyaaaaa nak chill atas shikara camni

Bilik camni muat 3 orang kan, tapi diorang bagi untuk 2 orang je. Heavennn

Toilet pun okay. Takleh basah-basah sebab diorang letak karpet

View kat luar

Actually satu houseboat ni ada 4 bilik, kitorang share 8 orang je satu houseboat. Captain houseboat ni pun aku rasa tido kat houseboat ni, tingkat atas yang agak sadis laa rupanya. Ada dining room dan ruang tamu, TV je takdak haha. Bersosial laa sepuas hati. Nanti kalau ada gambar houseboat lagi, ku share lagi okay.

Settle check in, kitorang keluar jenjalan. Mata dah rabak tapi tetap ku gigihkan.

Shalimar Bagh


Selamba je main air

Nak picnic, makanan tak hado



Nishat Bagh

Pari Mahal

Aku rasa Pari Mahal ni antara tempat yang best nak tengok view, sebab dia atas bukit and tinggi. View surrounding Kashmir ni memang mahal, pergunungan kiri kanan. Masa kitorang pegi ni dah agak panas, so dapat laa view bukit camni. Bayangkan tengah musim sejuk dan nampak snow kat gunung-ganang tu, alahai cantiknya~~



Pari Mahal

Dia nak kata dia dominate border tak kisah laa kat 50 degree atau -50 degree Celcius, pergh

Tulip Garden

Okay sabar je laa tengok gambar-gambar tulips kat bawah ni okay, sebab bila aku tengok pun aku rasa nak terbang pergi Kashmir balik. Adududududu

















Backdrop gunung-ganang ni memang mahal

Aku tengok orang macam tak nak balik je dari tulip garden ni ahaha. Btw nak masuk sini jem & sempit gile, dapat laa first hand experience kesesakan lalulintas kat Kashmir yang disebabkan oleh semua orang nak jalan dulu & tak nak beralah, sampai laa kena ada orang masuk campur & bagi arahan kereta mana kena jalan dulu *facepalm*

Shikara jual bunga

Ni shikara offer nak ambil gambar dengan props atas shikara jugak

Serenity

Houseboats


Okay tu je, lepas dinner memang kitorang pengsan dengan jayanya haha. Sambung next entri okay.

No comments:

Post a Comment