Tuesday, 1 May 2018

Kashmir in Spring #2 - Nigeen Lake, Gulmarg, Apharwat Peak

Disebabkan esok cuti dan bilik aku panas gile takleh nak tido, aku pun gigihkan laa diri untuk update cerita Kashmir ni. Fuhhh.

Entah kenapa masa kat Kashmir ni, either orang lain on time or kitorang yang awal sangat. Bangun pagi, breakfast - menu tetiap pagi sama je, ada roti, telur dadar, bubur nasi, and amende lagi, lupa dah - sempat laa lepak-lepak kat anjung houseboat ni sementara menunggu group lain.

Kitorang actually ada 2 van je - group Zul & group Udey. Aku ikut group Zul, kitorang total 10 orang je termasuk Zul. Group Udey memang full 16 orang satu van tu.

Aku ingat lagi second day kat Kashmir ni, aku nak iron tudung waktu pagi, boleh pulak iron tak panas, suam-suam kuku je. Aku dah sakit kepala memikirkan travel iron aku rosak ke apa ke, rupanya ada masa-masa tu dia auto-off elektrik. Aduyai.

Dah pening nak pakai tudung camane, memula nak recycle je tudung semalam. And then lepas breakfast dah pukul 7 lebih, baru dapat elektrik balik. Cepat-cepat aku balik bilik & gosok tudung.

Nyaris kena pakai tudung semalam. Kalau tak, takde laa aku sengih cenggini.

View Nigeen Lake di waktu pagi

With geng houseboats Islamabad. Best buat kawan baru kat sini, semua boleh masuk.

Boleh naik roof houseboat huhu

Cantik k design houseboat ni, tolong laa paham

On the way to Gulmarg, merata-rata mustard fields


Perjalanan ke Gulmarg ambil masa lebih kurang 2 jam, selain dari ambil gambar, aku banyak tido je ehehe.

Bila dah sampai area bukit-bukau tu, tahu laa dah nak dekat. Kat sini ramai jugak tentera India berjaga dengan senapang. Tak rasa takut pun sebab tak rasa diorang kacau tourists, tapi tu laa kita pun tak tahu apa yang bakal berlaku kat tempat camni.

Kashmiri melepak

Sampai ke area Gulmarg, makan dulu kat restoran. Makanan dia ala buffet, walaupun aku dah tak ingat kitorang makan apa sebab lupa nak ambik gambar haha, yang aku ingat makanan memang sedap kat sini. Tempat guide kitorang bawak untuk lunch memang semua best dan sedap, yang kureng sikit time breakfast & dinner, itu pun sebab takde variasi dari hari ke hari, bukannya sebab tak sedap hahaha.

View snow yang mula mencair


Sementara nak makan

Apa laa motif bawak toilet bowl tu agaknya

Ni tempat nak naik cable car

Siapa yang takut nak naik cable car tu, haa nasib laa. Ni nak naik ke gunung, bukan bukit je haha. Tapi kalau takut memang rugi, sebab view dia subhanaAllah memang first class.




Kat bawah tu Phase I - Kongdoori dekat ketinggian 3080m. Kitorang naik terus ke Phase II dulu


Kalau naik sampai Phase II, nampak laa view macam ni <3

Okay sedikit cerita, 2 bulan lepas kitorang balik dari Kashmir, terdengar laa berita cable car kat sini putus and ada yang meninggal. Serius scary. Teringat aku ngan member memang ada borak time kat atas tu, diorang ni ada buat maintenance ke tak ni.... This is India, after all. Memang malang tak berbau. Tapi sebab dah tahu ada story, even kalau aku pergi Kashmir lagi lepas ni, dah tak berani dah kot nak naik cable car dia. Huuuu..

Tapi view kat Apharwat Peak ni memang awesome

Belakang tu dah Pakistan

Apharwat Peak - 4200m

Tebal tak tebal snow dia


Tak lama pun kat atas tu sebab sejuk fuhhh. Turun ke Phase I balik, kat sini ada macam-macam aktiviti. Sledge, ski, snowbike. Snowbike tu laa paling mahal. Tapi kitorang malas nak buat aktiviti, time tu fokus nak solat je.

Masjid hijau kecik ni ada kat Phase I

Nak solat kat masjid ni pun ada hal. Kitorang yang perempuan ni redah masuk dulu, ambik air solat pun ala kadar sebab mana ada pili air & fasiliti yang lengkap macam kat tanah air sendiri kan. Sambil kitorang solat tu, Zul & Fikri (Fikri tu group member kitorang kat Kashmir) dok jagakan pintu kat luar.

Bila dah siap & keluar masjid, baru laa si Zul & Fikri ni cerita yang ada lelaki Kashmiri datang & argue pasal perempuan tak boleh masuk masjid tu, bla bla bla. Aku memang pelik laa dengan rule diorang ni, habis tu perempuan nak solat kat mana? Memang laa boleh je kan solat atas salji tu, tapi aku rasa kalau ada tempat elok untuk solat, masjid pulak tu, better laa masuk masjid kan.

Ni antara cerita yang kena hadap laa bila kat Kashmir ni. Walaupun Muslim tapi perangai India yang sexist tu masih menebal.

Continue ambik gambar sambil merenung nasib & bersyukur dilahirkan sebagai Malaysian lol

Sledge



Habis cerita kat Gulmarg, balik menuju ke houseboat.

Ni ala tuk-tuk laa kot, rasa macam selalu nampak kenderaan camni dalam movie Hindi hahaha

Bas macam dalam cerita Bhajrangi Bhaijaan dah ni, tapi kurang sikit meriah dia

Malam tu diberhentikan kat kedai karpet, memang first class carpet dia, tapi harga memang beribu RM kbai

Doakan aku diberikan keazaman untuk habiskan entri Kashmir ni haha -.-"

No comments:

Post a Comment