Friday, 12 August 2016

jogja trip #1 - bandar jogja

hello!
entries jogja pakai bahasa melayu laa deh. senang sikit acik nak explain.

anyway, aku baru je balik dari jogja. rasa cam kena taip and habiskan cerita. kalau peram bakal lupa + malas nak post. macam entries tokyo yang masih tak siap dan maldives yang masih krik3.

went to jogja from 06/08/16 - 11/08/16. ada orang ingat kitorang pegi jogja lepas tengok ada apa dengan cinta 2, oh nehi nehi. AADC2 yang pergi shoot kat jogja lepas kitorang beli tiket flight. eh.

international airport paling comel dalam dunia agaknya.
jalan tak sampai 20 langkah daripada turun plane sampai naik teksi.

oh kalau nak pegi hotel, ada 2 option: naik bas transjogja atau naik teksi. kitorang malas naik bas.

keluar dari departure hall, ada orang offer teksi ke hotel, 150k rupiah. pffttt mahal gila. bila kitorang refuse, terus dia cakap 'mau berapa buk? berapa?'

masuk balik departure hall, tanya orang kat taxi stand tu terus. bayaran dia: 75k rupiah. kalau kitorang terus ambik first offer tadi, tak ke kitorang dah kena game? haaa.

hotel kitorang cuma 9.3km from airport (according to google maps), dalam 20-30 min perjalanan je. dan lepas tu kitorang ada tanya2, memang rate teksi dari hotel kitorang ke airport dalam 70-80k rupiah je.

pfffttt lagi sekali. hati-hati di indonesia peeps!

anyway, kitorang memang berhasrat konon nak relax habis, so booking hotel pun kemainnn. ni bukan trip bajet ke jogja bawah RM500 macam yang selalu orang share kat fb, sekian.

the phoenix hotel yogyakarta with its awesome pool

kitorang booking kat airasiago.com, flight pergi balik dan hotel stay for 5 nights around RM900+ seorang.

kitorang tertipu gak sebenarnya. kitorang dok kat superior room, tak dapat bilik depan pool yang awesome tersebut. tapi dapat bilik yang dapat dengar orang main gamelan setiap pagi, kira awesome gak laa hehe.

bed

amenities

complimentary fruits, siap ada salak


part of lobby. dapat welcome drinks and light snacks.
hotel ni besarrrr. cafe area dia pergh awesome.
malangnya tak ambik gambar.

tempat relax tepi fountain

pool di siang hari

nak duduk depan pool sila tempah bilik deluxe

selepas bermalasan setengah hari, baru kitorang keluar dari bilik untuk menjelajah kota jogjakarta.

ambik beca bermotor, dia bawak pusing satu bandar jugak laa. kena bayar 50k rupiah.


tugu jogja. sesak waktu malam, ramai orang melepak ambil gambar.
waktu aku ke jogja, pokemon go baru je release.
kalau nak tahu, tugu jogja ni jugak merupakan pokegym. eh

padang di alun-alun kidul

alun-alun kidul ni patut datang waktu malam, meriah dengan lampu2. cantik. tapi malangnya kitorang malas.

di alun-alun kidul ni ada pengalaman menarik. pakcik beca tu bawak kitorang sampai sini.

sesampai je, ada makcik hulur blindfold (kain warna hitam) suruh kitorang ikut. katanya ada legend/myth kat sini. kalau ko pakai blindfold and dapat jalan daripada tepi padang hingga ke tengah antara dua pokok besar tu, segala doa ko termakbul.

syirik ke amende ke entah ler. aku takde laa percaya, tapi orang dah bawak ke situ terpaksa laa ikut dan tutup je laa mata ko tu. takut gak tetiba ada orang datang merompak ke amende tapi padang ni besar dan ramai jugak orang, haha.

kitorang bayar gak laa 5k rupiah sorang, upah untuk 'experience' ni. pffttt

beca motor, lepas kena 'scam'

lepas tu kitorang menuju ke taman sari water castle. bayaran masuk ke taman sari = 15k rupiah/person. murah ajerr, 10k rupiah baru RM3.

kalau korang cheapskate sangat, tipu laa kata korang ni orang local. kitorang hari tu hampir berjaya dapat harga local tapi makcik lurus baik hati ni pegi cakap lak kitorang dari malaysia. ahaha

dalam taman sari

istana air katanya. tempat sultan zaman dulu bercanda. ni laa swimming pool diorang.

btw, aku spot tikus mati dalam air dia sebenarnya.
krik3
mandi pool sekali pakej dengan leptospirosis



entrance ke dalammm lagi


view daripada atas
ku terpikir, kenapa laa diorang tak scrub pool tu cantik2.
kan obyek wisata tempat ni. hurmm


kemudian kitorang tercari-cari gambar tangga yang ada dalam brochure taman sari tu. tak jumpa. tanya2, diorang kata tu dekat masjid bawah tanah.

ada je orang offer nak jadi tour guide kitorang, tapi kitorang cheapskate. gigih cari sendiri, sampai sesat2. masjid tu kawasan dia kat luar sikit daripada taman sari ni.

setelah berpeluh mencari, ni diaaa entrance nak masuk masjid tersebut.

laluan bawah tanah

ni dia tangga yang femes tu
serius, tak nampak macam masjid langsung tempat ni.
keliru betul haku

ramai sangat orang bergambar kat tengah tu, buat jem kat situ.
so gambar ni je yang kitorang mampu.

graffiti awesome

lepas menjengah taman sari, kitorang dibawa tengok batik dan kaos (baju t-shirt). harga depends sebenarnya, tengok kualitasnya. aku ambik yang mahal sebab kain sedap sikit, dalam 85k rupiah. lengan panjang ada jugak sampai 100k rupiah. nak yang murah, 3 helai 100k rupiah pun dapat.

kemudian kitorang menengok bakpia pulak.

sejenis kuih yang dipromosikan sebagai 'oleh-oleh khas jogja'

bakpia ni kuih rapuh di luar dan ada inti seperti kacang ijo (yang original), keju, nenas, coklat, durian, dsbg kat dalam. sedap gile makan panas2.

kalau nak beli, elok beli masa last day sebab bakpia ni tahan 4-7 hari je. yang sedap ialah bakpia pathok 25, nombor tu penting yeee. pathok tu nama kampung tempat bakpia dibuat, nombor tu pulak nombor rumah yang buat bakpia tu haha. ada banyak nombor lain tapi nombor 25 paling sedap. harga dalam 30-45k rupiah untuk satu box (15-20 pieces), tengok perisa.

sedap weh, tak tipu

lepas makan bakpia, kitorang drop kat jalan malioboro - tempat famous shopping. tapi aku tak suka sangat tempat ni, sesak ramai orang. plus aku tak suka shopping, ahaha.

yang best kat sini, banyak angkringan dan lesehan (tempat makan tepi jalan) dengan harga berpatutan. yang sedap bagi aku, lesehan kat sebelah kiri daripada entrance masjid malioboro tu. nama tak ingat. gambar pun takde sebab segan nak ambik gambar orang makan ahaha.

angkringan dan lesehan ni bukak waktu malam je. pelik gak laa tengok orang makan bersepah macam tu, tepi jalan dan ada yang atas tikar je.

oh, kalau nak rasa makanan spesial jogja - nasi gudeg. aku tak makan sebab orang kata tak sedap. makan pecal lele je kat lesehan ni, hehe.

paling aku tak suka dengan jalan malioboro ni - bau rokok! serius, aku rasa semua lelaki kat jogja ni merokok. seteresssss.

gambar wajib ada - depan papan tanda jalan malioboro
nampak tu, terpaksa beli mask

jalan yang akan ditutup dari masa ke semasa bagi laluan keretapi

antara makanan bungkus yang dijual tepi2 jalan
tak tau amende so kitorang tak beli
ayam tu, kepala ayam pun diorang makan wehhh..

nampak meriah tapi tengok je laa

tugu jogja, havoc at night.

ada kiosk jual kopi kat tepi tugu. cool gile, harga standard cafe kauu.

awesomeness

tapi kopi yang aku rasa kat jogja ialah kopi joss. kopi pastu ditambah arang panas2. ye arang! menggelegak berasap berbuih kopi tu, sedappp. bagi aku tak pahit, sebab aku dah biasa minum kopi heheh.

ada videonya ni tapi malas laa nak upload

kat jogja ni serius ada lagi orang berniaga pakai arang. kopi joss ni of course laa sebab nak pakai arang.
tapi jual bakso pun pakai arang. rasa macam kembali ke 20 tahun yang lepas

tugu
jangan terkejut kalau nampak hantu kat belakang tu, tu cara diorang cari rezeki
pelik betul haku, kat tugu ni ada 2 ekor, kat jalan malioboro pun ada 2 ekor.
malam2 mencari rezeki. tiap2 malam pun ada

okay sampai situ dulu first entry. panjang bebenor. panjang lagi nak cerita ni lalala. kbai!

3 comments:

  1. tangga masjid tu aku macam pernah nmpak dalam filem immortal. dalam cerita tu henry cavil (pelakon man of steal) jadi hero (anak demigod zeus). dia masuk dalam temple zeus, sebijik macam tangga n pintu masuk masjid tu.. pernah tgok cerita immortal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah tengok. aku tertarik ngan tangga tu sebab nampak unique je. ahaha

      Delete