Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Monday, 10 October 2016

jogja trip #9 - prambanan temple

last place before heading back to reality - prambanan temple!

unlike borobudur, prambanan ialah sebuah temple hindu. dari segi binaannya pun dah berbeza.

actually kawasan prambanan ni sangat besar, ratu boko yang tempat shooting AADC2 tu pun kat sini jugak. tapi tak larat aih nak berjalan ke situ, lagipun masa tu tak tau pun tempat shooting AADC2 tu kat situ.

dari kejauhan dah nampak prambanan yang safe to say, lagi tinggi dari borobudur. tapi bangunan dia kecik-kecik dan banyak. borobudur just satu bangunan yang besar.

another World Heritage Site - checked!



kat luar ni binaan yang dah roboh ke? tak sempat nak google.


asalnya, borobudur yang didirikan dulu. lepas tu orang hindu jeles, dan diorang buat laa prambanan. ni serius ni, pernah terbaca somewhere pasal ni. ahaha.

jogja trip #8 - kilang coklat, barang silver, dan kraton

our last day starts dengan kelam-kabut cari supir baru.

kenapa tak nak ambil supir yang dah spend 3 hari dengan kitorang? jujur cakap, tak best. not recommended. mahal pulak tu.

hari terakhir, berbekalkan baki duit yang ada, kitorang decide last minute nak pergi prambanan. rasa macam tak cukup pulak pegi jogja kalau tak pegi prambanan. prambanan pun takde laa jauh sangat, dalam 45 minit dari bandar jogja.

kitorang dok pikir, sama ada nak naik teksi atau bas je. cemana entah partner ku berjaya contact seorang supir last minute tersebut. beliau search online je, Alhamdulillah rezeki.

supir kali ni dah biasa handle orang Malaysia, dah tau perangai ragam kita macam mana dan dah tau tempat mana yang kita suka pergi. harga pun sangat berpatutan, ohmai beliau sangat ohsemmm! kenapa laa tak jumpa contact beliau dari first day lagi!!!

recommended untuk booking dengan dia ni ya:

Pak Jati Wijaya
FB: Jati Wijaya
Whatsapp: +628985101301

yang datang ambil kitorang bukan pak jati, tapi salah sorang partner beliau. lupa dah nama, tapi beliau sangat awesomeee.

kitorang just cakap nak ke prambanan tapi beliau kata pegi prambanan tu sekejap je, flight pulak petang, sementara tu boleh bawak pusing bandar jogja dulu.

oh mai, so awesome. tip top betul.

first dibawa ke kilang coklat ori dari jogja - tugu chocolate.

manual processing. gigihhhh.

jogja trip #7 - pantai parangtritis

lepas merapi, kami ke pantai parangtritis. dan sepanjang perjalanan, harus laa zzzzz..

actually kami sampai parangtritis sangat awal. panas gile baq ang. terbakor acik huhu.

niat asalnya nak ke parangtritis sebab nak tengok pasir hitam yang berkilat-kilat dan naik ATV. setelah diusha harga ATV, rasa cam agak mahal dan tak berbaloi. tak seperti yang ku dah google sebelum tu. mungkin harga baru naik.

kalau tak silap, IDR 100,000 jugak untuk 20 minit. macam sekejap sangat dan mahal. okay cancel ATV.

panassss. ombak besar melambung. rasanya tak boleh mandi kat sini tapi ada je locals mandi.

pergunungan di hujung pantai.


jogja trip #6 - gunung merapi

i'm on a roll today. ada sedikit ruang masa, dan berazam untuk habiskan entries trip jogja by tonight! ahahaha #bigdreams

siapa tak kenal merapi? untuk mereka yang dah matang (ahahaha) pada tahun 2010 seperti aku, korang akan ingat gunung merapi yang meletus dengan hebatnya tahun tu. ramai orang meninggal masa tu, sebab degil tak nak melarikan diri.

Malaysia takde gunung berapi, jadi kita memang takde experience dengan benda ni. i mean, korang tau ke betapa panasnya gas dan asap yang keluar dari perut muka bumi sampai boleh membunuh? ya, tu baru asap gunung berapi, dah cair kulit dan isi. belum lavanya lagi.

merapi akan meletus pada jangkaan setiap 4 tahun, so next letusan pada tahun 2018 (dengan izin Allah SWT). so nanti jangan plan pegi jogja tahun tu ye.

naik jeep yang sumpah cool. merapi yang sayup di kejauhan. awan agak tebal hari tersebut

lembah ni terbentuk akibat laluan lava beberapa tahun lepas. masa tu lavanya sampai ke satu garisan agak tinggi
yang boleh nampak kat tebing tu (dalam gambar ni tak jelas). masyaAllah banyak gile lava

sekarang dah jadi ala-ala kuari, orang ambil pasir dan batu untuk dijual

harga sewa jeep ni kalau tak silap, IDR 350,000 per jeep. boleh muat 3-5 orang, 5 orang memang hazab laa korang berhimpit sebab ada supir yang akan drive jeep tu.

jogja trip #5 - borobudur temple

berazam nak habiskan entries jogja + tokyo before perth trip, tapi macam tak sempat siap je T.T

life is busy. but most of the times when i'm not busy, aku dok tido/tengok running man/having fun. blatantly ignoring chores dan benda2 penting lain yang aku patut buat.

anyhoo..

selepas kalibiru, kitorang menuju ke borobudur temple. borobudur ni kira must-visit place in jogja. kalau tak pergi tengok, maknanya korang belum sampai jogja ler tu.

borobudur jugak listed dalam World Heritage Sites. pergi laa menjenguk, lama dah borobudur tu berdiri kat situ, 1200 tahun menunggu (according to wiki).

besar kawasan dia rupanya. sampai dah petang, sempat melawat candi tu je.

another world heritage site - checked!

actually ada kisah pahit sikit kat sini. kitorang minta tolong supir kitorang belikan tiket. harga tiket masuk borobudur ni sangat berbeza untuk local dan international visitors. local cuma IDR 30,000 (RM 9.50), tapi untuk international IDR 260,000/USD 20 (RM80!)

Sunday, 11 September 2016

jogja trip #4 - kalibiru

finally, lepas tergendala hampir sebulan T.T i am bad at updating my blog.

bukannya apa, nak pilih gambar untuk upload tu.. hurm. senang cite, ada gambar daripada 2 kamera yang perlu diteliti. sangat malas laa jadinya.

anyway, moving on!

kalibiru - basically tempat orang ambik gambar cecantik. otherwise takde apa sangat kat sini, melainkan nak naik atas tu memang curam gile. longgar lutut aiols k.

sebelum mula mendaki dan masih mampu tersenyum

lepas mengomel panjang, sampai pun kat atas

semua pakai manual labour oo.
makcik2 tu angkat batu berat2 untuk dibawak entah ke mana.
tetiba bersyukur keje dalam aircond

antara aktiviti kat atas ni - flying fox
tapi rasa cam tak worth it sebab pendek sangat

tak silap ada 5 platform boleh dipilih untuk ambil gambar. setiap satu tu view dia lain sikit but basically boleh nampak laa tasik kat belakang tu.

platform 1 - paling femes, queue paling panjang, paling mahal.

Sunday, 14 August 2016

jogja trip #3 - gondola pantai timang

lepas cave tubing, kitorang terus ke pantai timang. agak jauh perjalanan.

kat pantai timang ni ada 2 objektif: 1) naik gondola dan 2) makan lobster.

sesampai je, kitorang kena naik ojek (motor) dari kawasan kampung untuk masuk ke pantai timang ni. serius part ni aku tak tau daripada mula. ingatkan kereta pun boleh masuk.

jalan dia memang bumpy teruk. nak jalan kaki, 3km laa pulak. jauh bebenor wehhh. maka kitorang dengan paksa rela naik je laa ojek tu T.T

kalau korang dah tau awal2 nak ke pantai timang ni, boleh pertimbangkan bawak 4x4 kot. itu je yang boleh masuk sampai ke pantai ni.

bayaran: tumpang ojek + naik gondola = 300k rupiah/person. boleh dapat murah lagi ni sebenarnyaaaa. sabau je laa aku.

tu haa gondola atas open sea kauuu

gondola pakai tali je tu weh, manual labour
siap ada orang tarik tali tu bila dah sampai ke hujung

batu dari marikh agaknya
tajam, hati2. kalau terseret luka jugak laa

ombak tu bila menghentam batu ni, sampai tersembur air ke atas wehh. daripada batu ni nak ke bawah jauh menjunam laa jugak. memang open sea betul2 tepi pantai ni.

btw, gondola ni bukan saje2 ada kat sini. inilah cara transportation untuk nelayan yang tangkap lobster kat area sini. cuma lately ni ramai tourists datang nak experience naik gondola ni jugak.

ramai jugak tourists yang ada masa aku datang ni. free2 buat duit kat situ. orang indonesia ni memang terer buat duit!

and satu lagi, kalau nak naik gondola, at your own risk okay. sebab gondola ni bukan diselenggara secara professional, basically ko duduk dalam gondola kayu dan ditarik menggunakan tali secara manual. dari segi safety mungkin dah out kot, krik3.

alhamdulillah aku masih hidup.

tunggu turn naik gondola



Saturday, 13 August 2016

jogja trip #2 - goa pindul & sg oya cave tubing

hari ketiga di jogja, kitorang travel jauh, dekat 2 jam laa jugak untuk pegi cave tubing.

memula asalnya nak pegi ke kalisuci, aktiviti yang sama cuma lokasi dia atas sikit daripada goa pindul. aku buat research, katanya air kat kalisuci lagi laju dan syiok laa nak bertubing. tapi bila lepas borak ngan supir, dia suggest pegi goa pindul, lepas tu boleh river tubing kat sg oya. tak menyesal tukar itinerary, best!

oh btw, kitorang ambik supir untuk bawak kitorang jenjalan 3 hari, total kerugian 2.1 juta rupiah. mahal kan? ye memang mahal. aku tak nak recommend supir yang kitorang ambik ni. nanti aku recommend supir lain yang lagi awesomeee.

supir sangat laaa memainkan peranan penting untuk memastikan trip korang tu best. dia yang akan suggest itinerary terbaik, tempat makan terbaik, dan segalanya terbaik.. suffice to say, kitorang tak dapat yang terbaik. sedih gak laa tapi itu namanya pengalaman~ *ayat pasrah*

okay, moving on.

yang belakang tu guide kitorang untuk cave tubing.
beliau awesome. kelakar. informative.
aku pakai swimsuit muslimah beli sebelum ke maldives hari tu,
pastu sarung tudung instant. huahua

cave tubing nampak macam aktiviti extreme kan, padahal kalau korang pegi kat goa pindul ni, takde benda yang extreme langsung. dalam air pun kena tarik ngan guide, ahaha.

so if you can, please make time for goa pindul cave tubing! salah satu tempat kat dunia yang ko boleh experience cave tubing. kat malaysia nan hado.

bayaran masuk untuk goa pindul + sg oya: 150k rupiah. bagi aku, well worth the money.

dah nak masuk air! airnya biruuuu


Friday, 12 August 2016

jogja trip #1 - bandar jogja

hello!
entries jogja pakai bahasa melayu laa deh. senang sikit acik nak explain.

anyway, aku baru je balik dari jogja. rasa cam kena taip and habiskan cerita. kalau peram bakal lupa + malas nak post. macam entries tokyo yang masih tak siap dan maldives yang masih krik3.

went to jogja from 06/08/16 - 11/08/16. ada orang ingat kitorang pegi jogja lepas tengok ada apa dengan cinta 2, oh nehi nehi. AADC2 yang pergi shoot kat jogja lepas kitorang beli tiket flight. eh.

international airport paling comel dalam dunia agaknya.
jalan tak sampai 20 langkah daripada turun plane sampai naik teksi.

oh kalau nak pegi hotel, ada 2 option: naik bas transjogja atau naik teksi. kitorang malas naik bas.

keluar dari departure hall, ada orang offer teksi ke hotel, 150k rupiah. pffttt mahal gila. bila kitorang refuse, terus dia cakap 'mau berapa buk? berapa?'

masuk balik departure hall, tanya orang kat taxi stand tu terus. bayaran dia: 75k rupiah. kalau kitorang terus ambik first offer tadi, tak ke kitorang dah kena game? haaa.

hotel kitorang cuma 9.3km from airport (according to google maps), dalam 20-30 min perjalanan je. dan lepas tu kitorang ada tanya2, memang rate teksi dari hotel kitorang ke airport dalam 70-80k rupiah je.

pfffttt lagi sekali. hati-hati di indonesia peeps!

anyway, kitorang memang berhasrat konon nak relax habis, so booking hotel pun kemainnn. ni bukan trip bajet ke jogja bawah RM500 macam yang selalu orang share kat fb, sekian.

the phoenix hotel yogyakarta with its awesome pool

kitorang booking kat airasiago.com, flight pergi balik dan hotel stay for 5 nights around RM900+ seorang.

kitorang tertipu gak sebenarnya. kitorang dok kat superior room, tak dapat bilik depan pool yang awesome tersebut. tapi dapat bilik yang dapat dengar orang main gamelan setiap pagi, kira awesome gak laa hehe.

bed

amenities

complimentary fruits, siap ada salak

Saturday, 15 November 2014

bali pt 1

made a newbie mistake, in which i did not make a back up of my back up disk.
so basically, everything important i have is gone.
T.T

my convo pictures, bali pictures. and tonnes of other pictures.
i tell myself that i will get all of them back, whatever it takes.

maybe that's why it's good to live in 2014.
ten years ago if i had corrupted my cd, then bye bye data.

these are pictures of my bali excursion with mama, post-convo.
taken from old blog.
desperately hoping that every picture can be gained back someday.