our last day starts dengan kelam-kabut cari supir baru.
kenapa tak nak ambil supir yang dah spend 3 hari dengan kitorang? jujur cakap, tak best. not recommended. mahal pulak tu.
hari terakhir, berbekalkan baki duit yang ada, kitorang decide last minute nak pergi prambanan. rasa macam tak cukup pulak pegi jogja kalau tak pegi prambanan. prambanan pun takde laa jauh sangat, dalam 45 minit dari bandar jogja.
kitorang dok pikir, sama ada nak naik teksi atau bas je. cemana entah partner ku berjaya contact seorang supir last minute tersebut. beliau search online je, Alhamdulillah rezeki.
supir kali ni dah biasa handle orang Malaysia, dah tau perangai ragam kita macam mana dan dah tau tempat mana yang kita suka pergi. harga pun sangat berpatutan, ohmai beliau sangat ohsemmm! kenapa laa tak jumpa contact beliau dari first day lagi!!!
recommended untuk booking dengan dia ni ya:
Pak Jati Wijaya
FB: Jati Wijaya
Whatsapp: +628985101301
yang datang ambil kitorang bukan pak jati, tapi salah sorang partner beliau. lupa dah nama, tapi beliau sangat awesomeee.
kitorang just cakap nak ke prambanan tapi beliau kata pegi prambanan tu sekejap je, flight pulak petang, sementara tu boleh bawak pusing bandar jogja dulu.
oh mai, so awesome. tip top betul.
first dibawa ke kilang coklat ori dari jogja - tugu chocolate. |
manual processing. gigihhhh. |
kemudian dibawa ke silver making. |
this is where i learn to appreciate handcrafted jewellery. sangat teliti dan penyabar mereka ni |
kat area yang sama ada kedai kopi - pastu terjumpa ni! |
musang luwak yang sedang tidur. ke high on coffee? entah laa, yang penting aku belum pernah rasa kopi luwak. ragu-ragu dengan status kopi tersebut. |
area tempat silver dan kedai kopi |
kemudian kami dibawa ke kraton. kraton ni kira istana zaman dahulu, kawasan luas. sesuai laa nak jalan-jalan habiskan masa.
entrance ticket - dah tak ingat berapa. tak mahal sangat, tapi harga international tetap lagi mahal dari harga local.
kebetulan ada show kat situ, singgah kejap |
kawasan terlarang, boleh tengok takleh masuk |
bangunan dia penuh dengan seni dan warna. banyak gak muzium dalam ni tapi malas nak jenguk satu-satu. |
lepas tu kami request nak makan tepi sawah. beliau bawak je, nama restoran ni pun ku dah tak ingat hahaha. tempat ni touristy sikit, so harga pun harga tourist laa.
tu supir kitorang untuk hari tu. terbaikkk |
sawah padi yang baru lepas ditanam |
No comments:
Post a Comment