Monday, 10 October 2016

jogja trip #5 - borobudur temple

berazam nak habiskan entries jogja + tokyo before perth trip, tapi macam tak sempat siap je T.T

life is busy. but most of the times when i'm not busy, aku dok tido/tengok running man/having fun. blatantly ignoring chores dan benda2 penting lain yang aku patut buat.

anyhoo..

selepas kalibiru, kitorang menuju ke borobudur temple. borobudur ni kira must-visit place in jogja. kalau tak pergi tengok, maknanya korang belum sampai jogja ler tu.

borobudur jugak listed dalam World Heritage Sites. pergi laa menjenguk, lama dah borobudur tu berdiri kat situ, 1200 tahun menunggu (according to wiki).

besar kawasan dia rupanya. sampai dah petang, sempat melawat candi tu je.

another world heritage site - checked!

actually ada kisah pahit sikit kat sini. kitorang minta tolong supir kitorang belikan tiket. harga tiket masuk borobudur ni sangat berbeza untuk local dan international visitors. local cuma IDR 30,000 (RM 9.50), tapi untuk international IDR 260,000/USD 20 (RM80!)

supir dah beli, tapi nak masuk tu diorang siap check style kastam. makanya, kitorang tak lepas. kena beli tiket international, nasib baik tiket tu boleh refund.

harga dah laa cekik darah dan tak rasional langsung. pastu guard kat pintu masuk tu boleh lak cakap, 'kami dapat idea dari malaysia juga, price local dan international tak sama'.

kureng asam kau. at least kat malaysia takde laa sampai 8 kali ganda beza tiket local ngan international. orang indon memang terer part buat duit ni. perghhh!

kalau harga sunrise trip, cecah IDR 400,000. korang convert laa sendiri berapa. den tak mampu.

nasib baik laa borobudur ni memang cantik tempatnya. ku sabarkan travel partner yang panas di sebelah, ahaha.


so huge! dan architecture dia amazing gile, bayangkan tangan manusia yang memikul dan menyusun batu-batu tersebut



nampak macam lengang kan, padahal semua orang dah berkumpul kat tingkat paling atas temple. cari port melayan sunset


kitorang ada baca laa sikit sebanyak tentang temple ni, ada explanation sikit-sikit kat perkarangan temple ni.

borobudur ialah temple buddha. in fact, the world's largest buddhist temple. maka teramat banyak patung buddha yang ada kat sini, dan di setiap sisi tu pose buddha tu berbeza-beza.

disebabkan faktor usia, ada buddha yang dah patah tangan, tak ada kepala. ada jugak yang dicuri dan dijual, siap ada yang display kat museum overseas. nak lebih info boleh google je, menarik jugak. takde laa pergi semata nak ambil gambar je kan, dapat laa sikit ilmu :P



omg i fail at posing


by the way ukiran di dinding tu menceritakan kisah buddha. ada hikayat yang femes tapi bila aku tengok, sumpah aku tak paham apa yang nak diceritakan. nak ambil tour guide dalam ni, tapi kitorang tak nak bayar extra lepas kejadian kat gate tadi ahaha.

anyway, lepas google, rupanya dia nak menceritakan tentang kehidupan yang tak mementingkan materialistik dan dunia semata.

bila fikir balik, semua agama dalam dunia ni ajar benda yang lebih kurang sama je - buat baik, jangan buat jahat. so simple.

stupa. dalam setiap stupa tu ada patung buddha

kat topmost floor


view sekeliling - so nice

kalau tak mampu nak ikut sunrise tour, sunset tour pun dah cukup cantik. save bajet sikit, tak perlu bagi duit lebih kat diorang k #emo ahahaha

stupa ni dah pecah, so nampak laa buddha kat dalam tu

tangga yang narrow dan tinggi. lelah nak panjat

so bayangkan orang zaman dahulukala yang takde mesin, takde jentera, susun blok batu besar-besar untuk bina temple ni


apa laa yang nak diceritakan agaknya ni



ni hantu ke monster ke apa ke ek

okay tambahan cerita sikit.. borobudur ni mengalami ancaman hakisan akibat volcanic ash daripada gunung merapi yang akan meletus 4 tahun sekali. ye laa debu dan asap tu kan panas, so boleh merosakkan struktur binaan yang dah sangat lama ni.

from time to time, ada restoration project yang diorang buat kat sini. aku tengok, tempat ni memang terjaga. terpujuk sikit hati yang terbakar sebab kena bayar mahal tadi, ahaha.

dah gelap sikit.. look at those mountainsss




bye borobudur!

No comments:

Post a Comment