last place before heading back to reality - prambanan temple!
unlike borobudur, prambanan ialah sebuah temple hindu. dari segi binaannya pun dah berbeza.
actually kawasan prambanan ni sangat besar, ratu boko yang tempat shooting AADC2 tu pun kat sini jugak. tapi tak larat aih nak berjalan ke situ, lagipun masa tu tak tau pun tempat shooting AADC2 tu kat situ.
dari kejauhan dah nampak prambanan yang safe to say, lagi tinggi dari borobudur. tapi bangunan dia kecik-kecik dan banyak. borobudur just satu bangunan yang besar.
another World Heritage Site - checked! |
kat luar ni binaan yang dah roboh ke? tak sempat nak google. |
asalnya, borobudur yang didirikan dulu. lepas tu orang hindu jeles, dan diorang buat laa prambanan. ni serius ni, pernah terbaca somewhere pasal ni. ahaha.
dalam setiap bangunan ni ada 4 exit, boleh nak masuk tapi takde apa pun. dia cuma ada bilik-bilik yang menempatkan tuhan hindu. |
ukiran |
sekeliling bangunan tu boleh jalan-jalan |
ramai orang waktu tu |
tbh, dari jauh nampak cantik. tapi dah dekat, agak serabut. i prefer seni borobudur actually. |
our awesome pic |
hari tu sangat panas. kami jalan-jalan, explore sikit-sikit, ambil gambar je. kat sini takde explanation tentang binaan dia, mungkin diletakkan di tempat lain.
layan gambar je laa ye. nak baca pasal prambanan pun tak sempat lagi. tapi gambar-gambar kat sini memang cantik :D
selepas hampir tertinggal flight sebab melayan green tea ice blended yang gile mahal kat coffee bean, finally we're flying back home! |
goodbye jogja, insyaAllah we'll visit you again someday! believe it or not, banyak lagi tempat belum sempat pergi kat jogja niiii |
also, i witnessed such beautiful sunset on the plane that day |
kalau tanya total kerugian, memang serius tak ingat. kalau tak silap aku tukar duit RM1200, campur dengan flight + hotel ~RM 900, maka lebih RM2000 jugak yang habis kat sini.
budget trip laa sangat kannn, ahahaha. sebenarnya boleh murah lagi, jangan laa memilih hotel macam kitorang dan gunakan supir yang lebih jimat. Indonesia boleh mencekik jika kita kurang bijak. lesson learnt, next time dah boleh aplikasikan ilmu yang dikaut.
thanks to my travel partner yang bersabar dengan aiols. you are the most awesomest person ever <3
No comments:
Post a Comment