Saturday, 28 November 2020

New mom-to-be.

To be honest, aku dah lama nak jadi mak budak lol. Sejak aku di bangku sekolah lagi, cita-cita aku ialah nak ada anak sendiri & family yang bahagia.

Tapi bila aku nak berkahwin, aku plan nak honeymoon setahun dulu. Jalan-jalan dengan husband, bercuti luar negara berdua, berkenalan since aku tak sempat 'bercinta' dengan husband lama-lama, so aku rasa aku nak spend time berdua dulu sebelum bertiga. Awww sweet nya plan aku masa tu lol.

Then, tetiba COVID-19 datang.

Kitorang kahwin mengejut, awal daripada tarikh yang sepatutnya sebab gomen announce PKP. Haaaa takut sangkut tak boleh kahwin hahaha. Majlis kahwin aku pun postpone sampai sekarang tak buat lagi.

Aku kahwin bulan Mac. Bulan Mei, UPT naik double line.

Mana plan asal nak berdua setahun tu? Ahahaha aku bagitau husband, memandangkan plan tu cancel, kita try for baby terus laa. Perfect time nak grow a baby in tummy ni since kita pun tak boleh pergi mana-mana.

Gittewww pemikiran aku lol. Dan Alhamdulillah, Allah bagi rezeki awal.

Anyway, habis cerita tu.

When I became pregnant, macam biasa as an excited new mom yang ada banyak masa kat tangan (compared to nanti bila dah ada anak), I started googling and reading and studying everything.

Banyak benda yang aku dah baca dalam masa 6 bulan kebelakangan ni. Of course, baca sesuatu tak sama dengan melalui sesuatu, tapi aku suka untuk lebih bersedia (however little) nak menghadap kehidupan yang akan totally berubah lepas ni.

Ni list senarai benda yang aku sedang/sudah/kena baca:

Pregnancy

  • Check-up klinik - what to expect
  • Apa simptom normal dalam setiap trimester
  • Bila kena pergi hospital
  • Apa yang boleh dimakan & tak boleh dimakan
  • Vitamin tambahan apa yang perlu ambil
  • Kegel exercise
  • Perineal massage - untuk kurangkan koyakan ketika bersalin
  • Amalan ketika mengandung

Bersalin
  • Apa tanda-tanda bersalin
  • Proses bersalin - ada 3 stages of labour
  • Apa tanda-tanda yang memerlukan C-section
  • Kaedah yang ada untuk mengurangkan sakit contraction
  • Doa/ayat Quran yang boleh dibaca untuk kurangkan sakit contraction
  • Breathing technique
  • Cara meneran

Alternatively boleh join Antenatal Class untuk persiapan bersalin, aku plan nak join kelas di Andorra bulan Disember ni, tapi malangnya aku rasa kelas antenatal dia semua cancel lepas kes COVID naik mencanak.

Breastfeeding

To be honest, breastfeeding ni ceritanya sangat panjang & sangat overwhelming. Rata-rata kita ingat it's natural, baby keluar terus pandai menyusu rupanya TAK ye. I won't even try to list down things to read sebab BANYAK SANGAT. Ramai yang fail breastfeeding sebab kurang ilmu dan pengalaman, belum cerita yang tertekan waktu berpantang sebab isu breastfeeding.

Lagi mudah untuk aku suggest, korang join laa mana-mana breastfeeding class SEBELUM baby lahir, especially kalau plan untuk menyusu badan sepenuhnya. Aku join kelas Antenatal Breastfeeding Workshop, online je oleh Dr Nurhaya. Ilmu & support yang diterima sangat berbaloi dengan harga kelas, as compared to bila aku try belajar sendiri-sendiri dekat Google & Facebook groups yang akhirnya memeningkan otak aku sendiri.

Lepas habis tempoh kelas antenatal bf tu, aku dimasukkan dalam Facebook support group. Yang aku tak sangka & sangat bersyukur ialah Dr Nurhaya kemudiannya ada buat satu kelas live dengan Dr Rohayu, pakar O&G. Dr Ayu ni terangkan pulak tentang proses bersalin & what to expect. Lepas ni akan ada satu kelas live lagi tentang Caesarian section pulak. Kiranya aku tak dapat pergi kelas antenatal tu, diganti sedikit laa dengan kelas online ni tanpa perlu bayar apa-apa extra lagi dah. Bersyukurrrr sangat.

Okay sambung sikit lagi:

Early childhood development
  • Cara nak jaga/soothe baby masa umur 0-3 bulan: sangat recommended untuk follow FB page Baby Language. Boleh juga baca buku Happiest Baby on The Block by Harvey Karp
  • Parenting style - buat masa sekarang aku baca & focus on Positive Parenting
  • Montessori education - yang paling buat aku tertarik, komponen penting yang boleh dibuat di rumah ialah practical life skills
  • Buku untuk education baby
  • Toys untuk merangsang development baby
  • Kesihatan & keselamatan baby - aku baru beli Ebook Formula Kecemasan untuk Si Kecil, baru je launch, ditulis oleh 3 doktor/MO kanak-kanak

Ni baru part knowledge/benda yang perlu dibaca, itupun belum complete lagi. Belum bahagian barang yang perlu disediakan untuk menyambut bayi haha. Lagi-lagi first time mom macam aku ni, semua benda aku nak kena baca & prepare.

Anyway untuk barang baby, bagi aku dua ni penting untuk dibaca:
  • Pemilihan carseat - please jangan pilih yang murah-murah je, especially kalau berulang-alik jauh dengan anak hari-hari (aku bakal drive sejam sehari dengan baby nanti). Tambahan jugak, sila belajar cara yang betul untuk pakaikan anak carseat, sebab kalau setakat ada carseat tapi pemakaian salah, anak masih tak selamat ye kalau berlaku kemalangan. Sangat-sangat penting dan sila make sure ada carseat sebelum baby lahir pun.
  • Cara babywearing yang betul - ni untuk mereka yang nak beli carrier untuk bawak anak jalan-jalan. Sila beli carrier yang ergonomic/hip-healthy, hipseat carrier yang banyak dijual tu tak sesuai untuk tumbesaran tulang/posture anak & jugak tak selesa sebenarnya untuk parents pakai.

Okay tu je laa setakat ni, ini pun dah panjang sangat. Maybe dari masa ke semasa aku slow-slow share apa yang aku tahu, especially lepas dah praktiskan kat baby sendiri (nanti kena kecam pulak, eleh belum ada anak belum rasa belum tahu laa huahua). Banyak info-info ni boleh Google, join FB group, follow FB page, follow IG dan Telegram group yang berkaitan, selain join online course/beli buku.

Ilmu tu ada merata luasnya, zaman sekarang ni di hujung jari je. So belajar laa supaya kita boleh jadi ibubapa yang lebih bersedia insyaAllah..

Doakan aku ye, lagi 2 bulan nak bersalin ni, tak tahu nak explain feeling nervous dan excited ni aaaaaaaa. Okbai!

No comments:

Post a Comment