Ya Allah lamanya tak bukak blog. Selama ni membebel kat twitter je.
Now I'm married and pregnant (18 weeks today!), rasa macam banyak benda yang nak dibebelkan dan rasa better tak cerita kat Twitter 😅
Takut orang condemn 'eleh baru je kahwin, cakap je banyak kau tunggu laa setahun dua lagi' 'eleh baru je pregnant, cerita cam best je, nanti anak dah keluar kau tahu ler'
Aku tak pasti laa orang ingat bila aku baru kahwin aku baruuuu terfikir benda-benda pasal alam perkahwinan dan parenting ni ke haha. Truth be told being married was one of my 'ambition' masa sekolah menengah dulu, then selepas uni dan kiciwa bercinta aku malas nak fikir sangat dah.
Tapi kalau Tuhan dah kata jodoh, siapalah boleh menghalang kuikuikui.
Anyway, lepas ni aku rasa aku nak start sharing balik apa yang aku belajar. Aku tahu aku tak cukup belajar lagi and experience-wise memang zero habis laa, so aku boleh share teori je. Tapi aku rasa, better laa belajar teori dan ada ilmu untuk digunakan insyaAllah bila tiba masanya daripada tak belajar apa-apa langsung.
Of course apa yang aku share nanti tak boleh nak apply pada semua situasi, as we know every marriage is different, every child is different. Manusia ni kompleks dan apa-apa yang berkait dengan soal manusia takde one size fits all.
Tapi, aku share je laa apa yang aku belajar ye.
Harap tak dimaki atau dicerca 'perasan best' kat sini lol. Aku takde niat nak condemn sesiapa. Most of the time aku menulis (tak kisah di blog, FB, Twitter, IG etc) semua untuk puaskan hati sendiri je dan takde halakan ke siapa-siapa.
Maybe next post aku cerita tentang persiapan menyambut baby in terms of physical, mental, emotional, financially insyaAllah.
For now, aku nak sambung study dulu haha.
Wish me luck!
No comments:
Post a Comment