Hai! Aku ingat nak share tentang pregnancy journey, tapi tak tertulis-tulis hmmm baby pun dah selamat keluar 18.01.2021 yang lepas haha. Nanti bila-bila aku share pasal baby insyaAllah.
Aku nak share dulu cabaran yang aku lalui pada hari-hari pertama lepas bersalin. Aku share tentang awal pantang je sebab masa baby umur 14 hari, aku rasa badan dah sangat okay 😅
Aku melahirkan anak secara normal dan ada luka episiotomy atau kena gunting laa senang cerita. Episiotomy ni sefaham aku tak wajib sebenarnya even for first time mom, tapi normal jugak untuk first time mom akan dijahit sebab koyak semasa bersalin sama ada terkoyak sendiri atau dibuat episiotomy.
1) Bersalin sorang-sorang semasa PKP
Tahan contraction sorang-sorang, bersalin sorang-sorang, handle baby sorang-sorang lepas bersalin. Aku warded kejap je, 1 malam je. Alhamdulillah yang ni tak banyak sangat cabaran bagi aku sebab memang dah tahu kena buat semua ni sorang-sorang.
Honestly it's not for everyone, ada orang sakit penat sangat lepas bersalin tu, aku pulak bila sakit je mintak ubat tahan sakit kat nurse, so sakit tu tolerable. Baby pulak tidoooo je tak banyak ragam, Alhamdulillah Allah mudahkan.
2) Nak mulakan breastfeeding
Sebab ni anak pertama, aku macam tak boleh brain sangat macam mana nak breastfeed dia walaupun aku dah belajar banyak gile tentang breastfeeding masa pregnant. Baby pulak lepas lahir akan tidurrrrrrr je especially masa 24 jam pertama tu. Aku pulak susukan baby masa dia bangun je, bila fikir balik kesiannnn baby mak dia tak terfikir untuk bangunkan baby setiap 2 jam untuk menyusu.. Nurse pulak takde yang ingatkan 😅
Tapi I don't blame myself too much, sebab kembali kepada point no 1: aku lalui semua ni sensorang dan masih letih lepas bersalin.
3) Tak reti handle anak
Anak first, again sebab aku sorang-sorang masa tu. First time tukar pampers baby, aku pakaikan pampers dia terbalik weh ahahahahaha. Masa tu pakai sample Offspring yang aku dapat, ada tulisan 'newborn', aku pulak ingatkan tulisan tu kena menghadap depan ahahaha. Ngoks jugak bila fikir balik.
Yang kesian sikit, aku lupa yang aku kena burp baby lepas susukan dia. First time dia tersedak tu betul-betul sebelum discharge, teruk gile dia menangis time tu, kesian sangat. Handle laa baby melalak sorang-sorang kat hospital tu, takde orang nak tolong wuwuwu.
4) Baby jaundice
Kisah jaundice ni panjang sikit. Aku dah anticipate yang baby akan kuning, sebab aku darah O dan hasben darah A. Tapi disebabkan aku tak breastfeed dia kerap (mungkin) masa 1st and 2nd day dia tu, berat dia drop banyak dari 3.1kg terus sampai 2.85kg hari ke-2 dia. Kesian baby sobs.
Lepas jumpa Dr kat klinik kesihatan (KK) tu, aku tekad nak breastfeed dia setiap 1-2 jam, tapi cabaran kat sini ialah dia tidurrrrrrr je tak nak bangun. Puas aku kejut dengan segala cara, baby memang tak nak bangun. Nak kejut dia je boleh ambil masa 40 minit. Jaundice baby memang letih sesangat ye, memang sangat susah nak bangun. Bayangkan badan orang lepas bersalin pun tak kuat mana, tak cukup rehat, tak boleh tidur sebab nak kena susukan baby, tapi baby pulak tak nak bangun.
Hari-hari kena pergi check KK masa ni. Hari ke-3 dia, berat makin turun ke 2.82kg. Sangat hampir 10% weight loss, kalau dah 10% rasanya kena refer hospital balik dah. Bilirubin level pun borderline je nak kena phototherapy. Dr pulak nasihat untuk tambah formula milk kalau tak mampu nak fully breastfeed.
Mungkin niat Dr tu baik je sebab kesian kat orang lepas bersalin, penat. Tapi aku memang down laa hari tu sebab dari time pregnant memang niat nak fully breastfeed dia sampai at least setahun (aku tak aim 2 tahun punnn). Masa ni laa muncul persoalan 'cukup ke tak susu ni, baby ada minum ke tak sebenarnya, berat asyik turun'. Bersyukur sangat husband support time ni. Berguna jugak segala artikel breastfeeding yang aku share dekat dia 😂
Hari tu aku sangat gigih breastfeed dia, tapi down jugak sebab dia masih susah nak bangun. Dalam otak dah mentally prepared kalau dia kena admit ward esok harinya, tapi aku masih risau tentang susu dia sebab selagi boleh aku memang tak nak topup formula.
Hari ke-4, berat baby naik ke 2.92kg, bilirubin level pun turun. Hari yang sama jugak first time aku rasa 'milk coming in' dan dah nampak susu keluar. Aku rasa beban yang duduk atas bahu sejak beberapa hari lepas terangkat dan hilang. Hari yang sama jugak, aku kumpul susu pakai milk collector, just in case kalau baby kena warded, aku ada stok susu yang boleh bagi kat nurse nanti. Dapat dalam 2 oz macam tu je hari tu, tapi aku dah bersyukur sangat-sangat.
Fast forward, hari ke-15 baru Dr kata baby dah clear from jaundice. Takde phototherapy, tak payah admit Alhamdulillah. Berat dia pun dah exceed berat lahir dia masa umur dia 7 hari, syukur sangat-sangat. Jujurnya aku takut nak berpisah dengan baby, sebab sedih nak tinggal dia kat hospital hahaha.
5) Kena gerak perlahan-lahan sebab luka episiotomi sakittt
Aku sejenis manusia yang tak reti duduk diam, jalan masa pregnant pun laju gila sampai orang asyik marah, so bayangkan laa lepas bersalin tetiba kena paksa diri slow down. Aku pulak nak bergerak pantas sebab hari awal-awal tu setiap hari kena pergi KK, nak breastfeed lagi bila budak ni menangis. Tapi memang sakit laa luka episiotomi tu, hampir 10 hari jugak aku ambil painkiller untuk keep the pain under control.
Selain tu, nak duduk sangat seksa ye. Tak boleh put pressure dekat luka tu, sakittt. Part ni yang paling aku tak suka sebab duduk tu sangat basic ye, takkan nak berdiri 24 jam. Selain dari tu, alhamdulillah aku tak rasa sakit masa nak buang air, ada yang kata nak buang air tu sakitttttt sangat.
6) Tangan lenguh
Yang ni terpaksa masukkan sebab aku tak prepare langsung untuk tangan lenguh hahaha. Awal-awal bersalin tu dengan tak pandai menyusu lagi, kena ampu berat baby entah berapa jam sehari, end up lengan aku memang sakit lenguh longlai. Sampai satu hari tu aku bagitau hasben untuk handle angkat baby bila bukan wajib untuk aku pegang baby, dan aku belajar position yang betul masa susukan baby (dah belajar pun teori tapi nak buat praktikal tak mudah ye, dengan baby menangis nak susu dan kau pun desperate asalkan baby dapat latch). Lepas tu baru okay dan lengan aku tak rasa macam nak tercabut dah.
Aku ingat lagi hari ke-3 or hari ke-4 lepas bersalin tu aku bagitau hasben, bangun pagi je aku rasa macam badan aku baru lepas dilanggar lori. Segala tempat sakit dan nak bangun dari katil pun payah. Aku pun tak tahu macam mana aku nak handle hari-hari pertama tu kalau takde hasben yang supportive dan penyabar.
7) Takde confinement lady
Aku dah plan nak ambil confinement lady untuk seminggu, lepas tu PKP. Terpaksa cancel. Jadinya aku serupa macam tak berpantang laa, takde nak merasa bertungku bertangas semua tu. Mak aku tak reti nak jaga orang berpantang ni, dan aku pun tak expect mak aku untuk jaga aku sebab dia masih kerja walaupun WFH. Kesiannn mak aku, hari-hari dia masakkan untuk aku pun aku dah syukur sangat.
Tapi kalau boleh, next time kena ambil laa orang jaga masa pantang ni. Yang aku rasa ralat sebab aku tak reti nak jaga luka episiotomi tu (walaupun dah baca cara nak jaga luka, tapi ada jugak benda yang aku tak tahu dan takde orang yang ingatkan), end up luka tu infected masa hari ke-11. Aku nanges sungguh-sungguh masa tu sebab takut kena jahit balik. End up pergi klinik, Dr bagi antibiotik je. Takde sebut pun pasal jahit balik, aku je yang takut seriau huuuuu.
Jangkitan luka tu ada tahap keseriusan dia, level aku mild je laa kot sebab aku takde demam takde sakit apa, cuma nampak luka tu tak cantik. Kalau teruk memang ada je yang kena jahit balik ðŸ˜
8) Bleeding nipples/perlekapan yang salah
Yang ni aku tak pasti TMI ke tapi aku share je laa sebab it's a big part of my experience. Iya, sangat sakit nak menyusu bila berdarah macam tu. Siap ada sekali tu baby jeluak keluar darah, aku dah nak panic tapi bila aku Google and bukak group breastfeeding kat Facebook, benda tu ada je berlaku especially bila nipple berdarah dan baby telan darah.
Masalah utama kenapa boleh berdarah ni ialah dengan lekapan baby atau latch sebenarnya. Aku try tanya Google (Google is my best friend nowadays), sama ada boleh untuk aku pakai nipple shield atau pam dulu dan sebagainya, sebab sakit gile weh nak menyusu, memang ketap gigi tahan sakit. End up memang takde solution quick fix, kena teruskan menyusu dan usaha untuk betulkan latch. So that's what I did.
Alhamdulillah sebenarnya bleeding nipples ni tak ambil masa yang lama nak resolve, dalam 2-3 hari dia akan jadi macam darah beku dan scabbing camtu. Sipi lagi hari tu nak jadi cracked nipple sebenarnya - yang ni lagi seram. Aku rasa nipple cream yang aku pakai every time lepas menyusu pun sangat membantu (aku pakai Medela Purelan, selain dari tu boleh try Lansinoh jugak - anything yang pure lanolin should help).
To be honest aku masih struggle dengan latch dan masih tak dapat enjoy breastfeeding. Orang kata rasa oxytocin flow masa menyusu, rasa happy & sayang sangat kat baby - tu semua aku tak dapat rasa lagi. Walaupun dah tak sakit macam gile masa nak latch, tapi masih sakit laa especially masa lepas menyusu.
Yang part ni aku nak sabarkan je dan harap sakit tu akan hilang dalam masa 2-3 bulan. Kalau tak hilang jugak, aku plan nak jumpa lactation consultant/counsellor bila-bila PKP dah reda nanti. Hopefully aku jumpa laa cara untuk enjoy breastfeeding journey ni nanti, insyaAllah aminnn.
Okay aku rasa sampai situ dulu kot sharing aku, ni pun dah sangat panjang. Aku tekad nak tulis sebab experience lepas bersalin ni lagi memenatkan dan sedikit traumatizing bagi aku compared dengan pregnancy dan bersalin haha. Just in case kalau lagi setahun gatal rasa nak ada baby lagi, aku boleh baca balik entri ni dan insaf sekejap haha. Jaga newborn ni penat wehhhhhh!
Anyway, I keep reminding myself, the days are long, but the years are short. Kejap je lagi budak ni besar, pastu aku akan rindu these moments pulak. Bertabah dan bersabar laa harungi hari demi hari yeeee! InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment