Saturday, 13 August 2016

jogja trip #2 - goa pindul & sg oya cave tubing

hari ketiga di jogja, kitorang travel jauh, dekat 2 jam laa jugak untuk pegi cave tubing.

memula asalnya nak pegi ke kalisuci, aktiviti yang sama cuma lokasi dia atas sikit daripada goa pindul. aku buat research, katanya air kat kalisuci lagi laju dan syiok laa nak bertubing. tapi bila lepas borak ngan supir, dia suggest pegi goa pindul, lepas tu boleh river tubing kat sg oya. tak menyesal tukar itinerary, best!

oh btw, kitorang ambik supir untuk bawak kitorang jenjalan 3 hari, total kerugian 2.1 juta rupiah. mahal kan? ye memang mahal. aku tak nak recommend supir yang kitorang ambik ni. nanti aku recommend supir lain yang lagi awesomeee.

supir sangat laaa memainkan peranan penting untuk memastikan trip korang tu best. dia yang akan suggest itinerary terbaik, tempat makan terbaik, dan segalanya terbaik.. suffice to say, kitorang tak dapat yang terbaik. sedih gak laa tapi itu namanya pengalaman~ *ayat pasrah*

okay, moving on.

yang belakang tu guide kitorang untuk cave tubing.
beliau awesome. kelakar. informative.
aku pakai swimsuit muslimah beli sebelum ke maldives hari tu,
pastu sarung tudung instant. huahua

cave tubing nampak macam aktiviti extreme kan, padahal kalau korang pegi kat goa pindul ni, takde benda yang extreme langsung. dalam air pun kena tarik ngan guide, ahaha.

so if you can, please make time for goa pindul cave tubing! salah satu tempat kat dunia yang ko boleh experience cave tubing. kat malaysia nan hado.

bayaran masuk untuk goa pindul + sg oya: 150k rupiah. bagi aku, well worth the money.

dah nak masuk air! airnya biruuuu



okay guide kitorang ada laa cerita pasal gua ni, stalactite, stalagmite, column dan sebagainya. menarik untuk orang yang sukakan nature. dia point out benda2 menarik dalam gua ni, macam batu kristal yang melekat kat dinding gua. dan cerita2 legend berkaitan gua ni, ahaha.

gua ni ada 3 fasa - cerah, sederhana, dan gelap. kalau gelap tu memang betul gelap laa kiranya. kalau tutup lampu flashlight, memang takkan nampak apa.

dan airnya dalam, mencecah 12 meter. gerun nak memikirkan apa yang ada kat lantai gua yang 12 meter tu. dah laa gelap.

aku je yang cerah kat sini weehuu

sambil bercerita, ada gak guide tu buat lawak kelakar. contoh:

#1 
'Stalactite ini berbunyi seperti gong bila diketuk *ketuk 3 kali, bunyi gong bergema*' 
'Namun harus diketuk 2-3 kali aja, kalau kali ke-4 bunyinya bukan seperti gong.. Udah ada bunyi merintih' 
'Haaa? Merintih??' 
'Iya, udah kali ke-4 yang memukulnya merintih kesakitan' 
😂😂😂 

 #2
'Kedalaman di sini mencecah 12 meter. Jika jatuh kunci, mau mengambilnya hanya ada 2 cara' 
'Macam mana??' 
'Ikhlas dan beli baru' 
😂😂😂 

#3 
'Di sini terlihat kristal yang melekat di dinding gua.. Kristal ini kerap diambil oleh pengunjung. Walau diambil namun nampaknya kristal ini makin membanyak' 
'Bagaimana mau ambil?' 
'Ambil dengan kamera' 
😂😂😂 

adoi laa guide yang sorang ni.

ada area cetek untuk main dalam gua.
nampak orang berdiri tu? dia tengah ready nak terjun.
aku pun apa lagiii.. terjunnnn

makcik kat sebelah yang tetiba 'alahhh lupa nak bawak doxy'
prophylaxis untuk lepto. manjang ingat lepto makcik ni.
alhamdulillah kitorang berdua sihat je lepas balik tubing ni,
cuma gelap sikit

this is such an awesome view.

udah keluarrr

seterusnya kitorang tunggu pick up truck datang bawak kitorang ke sg oya, dalam 5 minit perjalanan.

serius dah lama tak naik belakang pick up truck wehh! awesomeeee.

*video ada. nak share tu malas.

lalu sawah padi untuk ke sg oya
tu guide kitorang gigih angkatkan tube.
makasih ya pak :D

merentasi rumput tak ditebas

into the river!

selingan:
gambar dalam entri ni semua ambik pakai xiaomi yi. sangat berpuas hati dengan kualiti gambar. nak buat review camera, tak berkesempatan lagi.

satuuuuu je - aku tak jumpa lagi cara nak elak fogging dalam waterproof case bila main dalam air. pakai anti-fog insert pun tak jalan. so nanti nampak laa blur dalam gambar tu sebab fogging. sobs.

fogging ni berlaku jugak kalau pegi tempat lagi sejuk dan kamera ko makin panas. contoh: kat jepun hari tu. cuaca luar sejuk tapi temperature dalam casing tu dah naik. so gambar aku kat shibuya banyak jugak yang blurry, sobs.

okay, moving on.

air keruh sebab baru lepas hujan hari sebelumnya.

tengok laaa batu ngan rumput kat belakang tu!
subhanallah, serius cantik. rasa cam kat new zealand uols


dok relax je sambil guide tarik..
tak challenging langsung.. ahaha



guide enterprem

makcik hepi


okay, part yang extreme sikit --
ko boleh terjun daripada jambatan buluh tu.
nampak je rendah tapi ada dalam 3 meter gak tuuuu

view lepas daripada jambatan buluh ni sangat perfect. ada air terjun, rumput, dan tempat orang 'cliff diving'. serius awesome.

malangnya aku tak ambik gambar sebab sibuk terjun daripada jambatan.

ada air terjun

okay yang ni tinggi. nampak rendah, tapi tinggi.
ada dalam 8 meter gak rasanya.
yang kat atas tu, aiols tengah kecut perut nak terjun.

antara benda yang aku sangat teringin nak buat - cliff diving.

ni ala-ala diving gak laa ni. pergh cuak gak acik. abang kat atas tu suruh landing dengan betul, sakit kalau landing salah. dia kata ada orang sampai pengsan sebab sakit sangat.

bila acik dah kecut perut, dia kata 'tu budak mat saleh tu dah terjun 3 kali.' okay ni tak boleh jadi. acik nampak budak tu terjun tadi, tak mungkin acik dikalahkan oleh budak umur 10 tahun.

maka acik terjun. pastu landing salah. sakit cam gile. terus terdiam kejap sebab sakit sangat.

tapi tak menyesal. ahahaha best!

perfect view.

lepas terjun sampai sakit, perjalanan diteruskan sampai hujung sungai. lepas tu naik, dihantar ke base camp naik pick up truck lagi sekali. mandi dan teruskan perjalanan.

so yeah, sape yang terasa nak cave tubing dalam gua awesome dan menyelusuri sg oya dengan view macam new zealand, sila ke jogja.

till next time, adieu!

1 comment:

  1. Letak sabun cuci pinggan mangkuk sunlight dekat casing sebelah dalam. Gosok dgn gauze. Lepas tu test dlm air. Kalau xjadi, usaha lagi. Lol!

    ReplyDelete