Sunday, 14 May 2017

Perth #3 - Fremantle

Settle Penguin Island, kitorang terus ke Fremantle untuk makan fish & chips muahaha.

Kalau korang tak tahu, ada dua restaurant femes dengan fish & chips diorang kat Fremantle ni: Kaili's & Cicerello's. Untuk first time ni kitorang menghala ke Kaili's dulu.

Btw nak cari parking kat sini memang susah sikit, lagi pulak kitorang datang time peak hour lunchtime. So jalan kaki jauh sikit laa kan, tapi takpe asalkan dapat parking. Ko jangan buat keje parking haram macam kat Malaysia, ni Ostolia bukan Malaysia diknon, kena saman nanti hakak tak tanggung. Parking kat sini pulak mostly berbayar -.-" bajetkan jugak laa Aussie Dollar korang untuk bayar parking.


Kaili's

Cicerello's belah sana

Harga memang standard camni, ambil satu kongsi dua orang, tutup mata bayar je


Kat dalam Kaili's ni ada ala-ala fish market, kalau korang nak merasa lobster ke oyster ke boleh laa habiskan duit dollar korang kat sini. Kitorang mampu makan fish & chips jeee.



Portion besarrr

Kitorang punya

Yang ni lecturer kak Farah belanja

Okay fish & chips kat sini sedaaap, lagi sedap dari kat Cicerello's. Aku tahu sebab kitorang datang lagi Fremantle sebelum balik Malaysia, masa tu pergi makan kat Cicerello's pulak sebab nak compare haha. Tartar sauce kat Kaili's lagi sedap, plus ada yang kata Cicerello's menggunakan batter yang meragukan? Hmm kitorang tahu bila ada orang share dalam fb group Tips Cuti-Cuti Perth, tapi masa tu kitorang dah balik Malaysia dah.

Kalau ada yang tak tahu, sesetengah kedai menggunakan beer batter sebagai salutan tepung ikan sebelum digoreng. So.. yeah. Eat at your own risk, sebab kedua-dua restoran ni tak certified as halal. So far aku tahu Kaili's tak pakai beer batter, so next time kalau nak jugak makan fish & chips kat Perth, pergi Kaili's je laa okay.

Air Dare tu sedappp, mocha milk gituu, mana-mana convenience store pun ada jual

Tip: bawak sendiri sos cili daripada Malaysia!! Diorang mat saleh ni tak reti makan chilli sauce kot. Kitorang asalnya tertinggal paket sos cili tu dalam kereta, menapak laa balik kereta untuk ambil sos cili adoyai.

Yang kiri sekali tu Ms Thelly, lecturer kak Farah masa dia buat degree dulu
Ms Thelly ni dah migrate & mengajar kat Perth pulak, dia asalnya orang Indonesia
Thanks Ms Thelly belanja kitorang lunch!

Oh btw hampir lupa nak cerita, lepas habis makan kena letak tray kat tempat yang disediakan okay. Kitorang tak perasan sign tu (padahal dah try cari), pastu burung seagulls attack meja makan kitorang yang ada saki-baki fries sikit tu. Omg seagulls ni kalah gagak kat Malaysia weh. Lepas tu orang sekeliling memang bagi stink eye laa :(

Kitorang bukan tak nak alih tray, kitorang tak tahu nak letak kat manaaaa. Dah keluar and datang balik kemudiannya baru perasan ada tempat letak tray sobsss. Segan gak laa orang sekeliling pandang & marah-marah, maafff kami tak tahuuu ;(

Jalan-jalan di sekitar pier lepas makan



Ferris wheel yang ada kat park dekat dengan Kaili's & Cicerello



Banyak burungggg

Lepas habis pusing kat situ, kitorang menuju ke Fremantle Market pulak.

Tup-tup tengok jalan ditutup sebab ada event amende entah, kesudahannya parking jauh sikit & jalan kaki lagi.

Comel je diorang tutup jalan & sediakan kapur untuk orang conteng-conteng
Freo = nama timangan Fremantle

Kitorang pun join the fun laa

Fremantle Market ni ada closing time, boleh google je


Ala-ala Queen Vic Market @ Melbourne jugak tapi lebih meriah dengan makanan
Kecik je market ni

Beli barang basah untuk masak

Sempat laa beli juice ni sebab presentation dia awesomee hahaha, mahalll

Aku sebenarnya sukaaa sangat kalau mat saleh jenis friendly ni,
almaklumlah islamophobia kan dah merata, Australia tak terkecuali,
so kadang-kadang scary jugak


Kat Fremantle Market ni sempat jugak kitorang rembat souvenir & t-shirt walau tak digalakkan sebab semua orang suruh beli souvenir kat E Shed Market yang kononnya lagi murah.

So, mahal ke souvenir kat sini? Opkos. Takleh lawan laa dengan E Shed Market, tapi honestly aku lagi prefer kualiti t-shirt kat sini. I mean, kat mana je korang pernah beli t-shirt murah-murah yang kualiti elok & tahan lama? Nan hadooo. So untuk diri sendiri & keluarga terdekat, elok laa spend duit lebih sikit untuk beli souvenir t-shirt yang elok.

Sebenarnya banyak lagi benda yang boleh dibuat kat Fremantle ni, tapi sebab kekangan masa maka ini je yang kami sempat.

No comments:

Post a Comment