Wednesday, 24 May 2017

Perth #6 - Pick Your Own Strawberries @ Bullsbrook

Sebenarnya hari ke-4 di Perth ni, kitorang dah check out siap-siap untuk bermalam di Cervantes. Lepas pergi Caversham Wildlife Park, kitorang pergi strawberry picking yeayy.

Kat Perth ni ada banyakkk option untuk fruit picking. Kitorang asalnya plan nak pergi Raeburn Orchard (45 minit dari Perth CBD) sebelum ke Wave Rock, tapi malangnya tak sempat. So kami sempat ke PYO Strawberries kat Bullsbrook ni je sobsss.

Btw kalau nak buat aktiviti fruit picking, boleh laa google dulu buah yang korang nak petik tu ada masa musim bila. Selalu orang nak petik apple atau persimmons/pisang kaki. Dan sebenarnya Raeburn Orchard tu tak benarkan orang awam untuk buat fruit picking pun (according to website dia). Tapi boleh laa nak ambil gambar dengan ladang epal kat situuuu, cantikkkk.

PYO Strawberries @ Bullsbrook ni mengambil masa sejam driving dari CBD.

Panas dan masih berlalat

Beli kotak kat sini dulu dan bayar entry/pax

Tanaman strawberry. Actually kitorang tersalah masuk, patutnya kena petik kat kawasan yang hujung sikit hahaha

Pasir dia hitam dan berdebu. Habis kasut seluar kotor

Pilih pandai-pandai yee

Red and sweet

2 kotak penuh

Okay to be honest, strawberry kat sini lain dengan yang kat Cameron Highlands tu. Dia manis dan bukan masam. Seriously, masa memetik ni pun aku tak boleh tahan dah. Lap buah tu ala kadar dengan seluar, lepas tu masuk mulut. Repeat banyak kali. Heaven.

Tapi sayangnya, dia tak tahan lama. Jangan berangan ler nak bawak balik Malaysia bagai. Hari esoknya tu dia dah start lembik-lembik walaupun dah simpan dalam fridge.

Ladang strawberry yang luassss dan cantikkkk

Dua makcik yang eksaited

Makcik ni lagi over eksaited

Makcik ni frust dengan lalat





Alamat ni boleh google je, atau google Ti Strawberry Farm, nanti dia keluar laa directions

Berat weh kotak ni, bergilir-gilir laa nak angkat sampai ke kereta

Ada jugak dia jual tea coffee gitu

AUD 10 untuk setiap box, lepas tu AUD 2 untuk additional person

All things considered, kalau ada terlebih masa, boleh laa singgah petik strawberries kat sini. Total kitorang bayar cuma AUD 24 untuk 2 kotak penuh strawberry wehh, kau tak dapat harga macam tu kat Cameron. Though to be honest, kalau datang berempat macam kitorang cukup laa beli satu box je, itu pun dah lebih dari cukup. Kitorang beli 2 sebab ada orang overeksaited tengok buah *rolls eyes* macam dah nak buat jem stroberi dah aku nengok gayanya.

Dan cerita sedih sikit.. Aku rasa hampir sekotak strawberry tu akhirnya berakhir dalam tong compost je. Sebab kitorang memang dah tak larat nak makan, dah muntah berry strawberry dah lepas tu hahaha. Dah offer kat orang lain pun diorang tak nak. Kesimpulannya, orang tamak selalu rugi. Sekian.

Berhenti kat Lancelin untuk solat, solat kat padang jeee

Kitorang teruskan perjalanan ke Lancelin, ingatkan nak main sandboarding tapi kitorang sampai lambat, kedai yang sewakan board tu pun dah tutup. Makanya singgah solat Zohor & Asar dan tengok je laa padang pasir tu dari jauh.

Padang tempat singgah solat, ada toilet senang nak ambil wudhuk

Masa kitorang solat tu takde orang marah or halau pun, orang pun takde sangat. Lancelin dan Cervantes ni memang dead town weh, macam mana laa orang kat sini boleh survive hidup dengan takde apa-apa. Orang yang ada setakat lalu dan pandang kitorang dengan penuh curiousity. Alhamdulillah takde orang ganggu pun.

Padang pasir putih dari kejauhan

Otw to Cervantes

Indian Ocean di kejauhan

Seingat aku laa, time hampir maghrib ni kitorang terserempak dengan kangaroo liar, dia berdiri tengah-tengah jalan wehhh! Confident gile kangaroo tu. Aku macam tercegat, tak tau kenapa tak keluarkan kamera nak ambil gambar. Terkezut sangat gayanya hahaha. Orang asyik cakap kena berhati-hati time drive kat Aussie, takut terserempak dengan kangaroo, tapi aku tak sangka aku akan dapat experience tu haha.

Kitorang slow down kan kereta, pastu kangaroo tu cross jalan and masuk dalam semak balik. Omg semak kat tepi jalan ni nampak renek, tapi dalammmm rupanya. Kangaroo tu masuk je terus hilang tak nampak apa. Entah apa lagi binatang yang ada dalam semak samun ni.

So a word of caution: binatang memang lagi aktif waktu maghrib dan malam. Jalan pulak gelap takde lampu. So be careful, jangan bawak laju sangat. Kang kalau terlanggar kangaroo, pecah headlights, satu hal pulak nanti.

Total driving hari ni ambil masa dalam 4 jam, dari Perth CBD - Caversham Wildlife Park - TI Strawberry Farm - Lancelin - Cervantes. Kitorang bermalam di Cervantes yang sejukkkk untuk 2 malam, sangat beza dengan Perth yang dah mula panas.

No comments:

Post a Comment