Aku bukannya aim nak perfect skin pun, but suffice to say Alhamdulillah aku bersyukur dengan kulit aku. Aku pernah merasa kulit merah memanjang sebab berjerawat, semasa fasa hormonal imbalance aka zaman muda remaja dulu. Menginjak umur 20s skin aku dah clear sendiri tanpa pakai apa-apa special produk pun, in fact aku adalah manusia yang agak benci buat facial. Sakit!
Btw reasons kenapa aku pilih produk dari Korea ialah agak panjang, tapi senang cerita sebab Koreans ni obsessed dengan skincare, jadi product range dia sangat extensive. Skincare is a way of life for Koreans, sebab tu kulit diorang memang flawless dan diorang memang aim untuk dapatkan good skin, bukan touch up dengan makeup memanjang (macam Westerns).
Eh panjang pulak intro. Katanya nak cerita pasal products cis bedebah. Gambar kat bawah semua dari google sebab aku malas nak ambil gambar satu-satu.
1) Cleansers
Sebab aku ikut Korean cult dan bukannya Western philosophy (regarding to beauty products), maka jatuh wajib untuk aku guna 2 jenis cleanser.
- Oil-based cleanser: Banila Co Clean It Zero
RM59 (without GST) @ Hermo.my |
Ada banyak version Clean It Zero ni, aku ambil yang biasa je sebab cleanser je kot, bukan leave on product, tak perlu overspend sangat. And btw aku dah kurang sikit pakai cleanser ni sebab........ malas. Krik krik krik. Leceh nak scoop benda daripada jar ni. Sebenarnya functionality botol produk pun memainkan peranan, orang yang kena kejar masa memang lagi suka pakai produk dalam pump bottles atau tubes. Plus it's more hygienic that way.
Anyway, aku tetap suggest untuk orang yang selalu pakai makeup, sangat laa digalakkan untuk pakai oil-based cleanser. Senanggg je nak hilangkan bekas makeup. Kalau malas nak pakai produk daripada dalam jar macam ni, banyak je produk lain dalam pump bottles. Google je cleansing oil. Clean It Zero ni dalam bentuk balm, sejenis solid, jadi memang kena scoop.
- Foam cleanser: The Face Shop Rice Water Bright Cleansing Foam
RM 35.95 @ The Face Shop |
Cleanser ni best sebab tak mengeringkan kulit, plus pH dia agak rendah. Aku tak tau kenapa pH produk big deal sangat untuk skincare addicts, basically diorang kata pH lagi rendah (more acidic) lagi bagus untuk kulit, tapi aku tak jumpa lagi scientific journals yang support statement ni.
And btw kalau beli cleanser ni kat Hermo atau Althea akan dapat cheaper price, dalam RM20+. Aku beli yang ni kat kedai sebab masa tu diorang ada promo, free satu lagi cleanser yang sama 100ml.
2) Face Scrub/Exfoliator
So far aku ada 2 produk exfoliator, yang aku pakai mengikut iklim muka (iklim pun bolehhh). Harus diingatkan, nak exfoliate ni cukuplah 1-2x seminggu, hari-hari buat pun jahanam jugak kulit muka. Exfoliators ni bantu untuk buang sel kulit mati, ada 2 jenis - physical dan chemical exfoliators. Yang kat bawah ni contoh physical exfoliators je if I'm not mistaken, kalau chemical exfoliators akan utilize AHA/BHA as active ingredient. Aku tak berani lagi pakai chemical exfoliators ni, kau kena betul-betul faham kegunaan dia sebelum pakai. Kalau dah over exfoliate skin ni nanti boleh timbul masalah muka yang lain pulak, so please guna ikut arahan yang dah diberikan.
- Skinfood Black Sugar Mask Wash Off
RM20 @ Althea |
Usually aku pakai mask ni bila kulit dah tak licin/lembut and perlukan scrub yang kasar sikit. Lepas pakai ni confirm muka rasa smooth dan lembut je. Texture produk dia memang macam gula kasar, so kalau kulit jenis sensitif tu jangan laa rub ganas-ganas sangat. Boleh je larutkan sikit dengan air dulu, baru pakai. Ni kira produk wajib beli laa sebab harga dia pun berpatutan sangat, satu tub ni boleh last 1-2 tahun agaknya.
- Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask
RM39 @ Althea |
Memula aku pakai produk ni, aku tak suka sangat sebab ada rasa minty sangat kat muka. Entah kenapa lama-lama aku dah tak rasa minty dah. Pelik tapi sekarang produk ni dah masuk dalam list favourite aku. Kalau rasa muka tu ada jerawat sikit-sikit and kau tak nak tonyoh jerawat tu dengan sugar, pakai je laa clay mask ni. Clay mask ni pun bagus untuk macam-macam tapi aku pun dah tak ingat apa yang bagus sangat tu hahaha. Yang penting dia best.
Btw Innisfree ada buat 2 version volcanic clay mask ni: normal and super version. Aku beli je yang super sebab harga beza sikittt sangat, dalam seringgit dua je (kalau tengok online).
3) Toner/First Treatment Essence
Sebenarnya the world of toners ni sangat complicated. Toner ni kalau ikut Western style dia agak astringent, tapi kalau K-products toner sepatutnya ialah hydrating - melembapkan. Dan toner kat Korea dipanggil sebagai skin, kat Japan pulak dipanggil lotion. Tapi kalau kat Korea, lotion tu lain pulak. Sila konpius.
Dan mengikut pemahaman aku, kalau dah pakai First Treatment Essence (FTE), kau dah tak payah apply toner. So aku lump kan FTE dalam kategori ni walaupun ia adalah essence.
- The Face Shop Chia Seed Hydrating Toner
RM 78.35 @ The Face Shop |
Toner ni bukanlah pilihan hati aku, tapi aku dapat free sebab masa tu promo. Aku letak kat tapak tangan & ratakan kat seluruh muka. Consistency dia macam air & cepat menyerap. I guess it works laa kot, tak tau nak kata hahaha. Toner ni step yang penting sebab dia ready-kan kulit muka untuk terima segala macam produk lagi yang kau akan letak lepas tu.
Wishlist:
- Missha Time Revolution The First Treatment Essence - Intensive
RM131 @ Althea |
Benda ni serius cult product, orang cakap dia dupe SKII dengan harga yang lebih murah. Active ingredient dia pun sama je dengan SKII tu. Aku belum beli yang ni sebab harga dia mahal weh dan sebab toner aku belum habis lagi. Kumpul duit dulu okayyy.
- Etude House Wonder Pore Freshner
RM59.90 (without GST) for 500ml @ Hermo.my |
Ni pun cult product jugak, tapi dengan harga yang lagi melegakan hati dan poket. Orang kata dapat laa mengecilkan pores dekat muka, tapi aku tak pakai lagi so aku tak tahu. Mungkin lepas aku bankrap pakai Missha FTE tu, baru aku akan beli yang ni muehehe.
4) Essence
Koreans kata essence is the heart of skincare routine. Maknanya penting sangat-sangat laa ni. Selalunya function essence ni ialah untuk melembapkan kulit, apply lepas pakai toner. Tapi kalau korang perasan laa, sebenarnya point yang paling penting ialah skin hydration. Nak cakap pasal hydration ni panjang cerita, fahamkan je laa dulu yang ia penting ahaha.
- Innisfree Jeju Sparkling Mineral Essence
RM80 @ Althea |
Okay essence yang ni aku pakai sebab ada positive review, dan essence ni memang menarik dari segi texture dia. Masa spray produk ni atas tangan, dia keluar macam buih gas tapi nanti akan melt down jadi liquid bila sapu atas muka. Cecair dia bukan runny macam air, tapi lebih kepada texture serum. Menarik sangattt. Agak best pakai, dah habis dah pun sebotol ni. Aku suka bau dia yang ala-ala Sprite tu. Tapi bagi aku harga dia agak mahal untuk aku repeat order.
Personally, lepas ni most likely aku akan beli Missha FTE dan gabungkan je step toner & essence ni. Sebab aku takde masa nak tunggu semua layer kering atas muka waktu pagi sebelum pergi kerja, aku dah laa jenis bangun lambat muehehe.
Wishlist:
- Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence
RM58.50 (without GST) @ Hermo.my |
Aku tengah usha essence Cosrx yang satu ni, tengah tambah tolak darab bahagi sama ada cukup tak bajet nak try benda ni. Banyak positive reviews pasal produk ni, kiranya untuk hydration memang the bomb laa. Tapi aku kena fikir yang aku tak sempat nak layer 6 jenis produk atas muka tiap-tiap pagi, sekarang pun dah 5 layer (toner, serum, moisturiser, sunblock, BB cream) adohai.
Yang baki seterusnya ni aku masukkan dalam post baru laa yek, in case nanti ada pertambahan produk-produk kat atas pulak lol. Yes entri ni akan di update dari masa ke semasa, makin banyak aku update makin bankrap laa aku sobs.
No comments:
Post a Comment