Saturday, 10 June 2017

Kompilasi Skincare Products dari Korea II

Okay, tak nak bebel panjang, sambung part II. Nak baca intro boleh ke part I ye.

5) Serum/Ampoule


Serum dan ampoule ni termasuk dalam kategori treatment untuk muka. Okay apa masalah kulit kau? Tone kulit tak sekata? Jerawat? Jeragat? Parut? Kedut? Pori besar? Serum dan ampoule laa jawapannya. Beza essence, serum, dengan ampoule ialah kepekatan produk. Ampoule > serum > essence, so dari situ boleh agak laa yang mana paling mahal. Aku tak pernah pakai ampoule lagi sebab harga dia semua exceed RM100, dan aku rasa aku takde laa apa-apa masalah kulit yang aku tak puas hati sangat. Eleh padahal sebab harga mahal, kalau tak mampu tak payah laa nak flawless sangat kan muahaha.

Walaupun ampoule tu mahal, but the good thing is usually kau akan apply dekat specific area je. Contoh, masalah kau ialah jeragat, kau sapu kat tempat jeragat tu je dan bukannya seluruh muka. Usually 1-2 drops dah cukup per application.

Serum pun sama, tapi sebab serum lagi murah, aku bedal je pump 1-2 kali dan apply satu muka hahaha.

  • Innisfree Green Tea Seed Serum

RM61 @ Althea

Okay produk ni legit famous gile. Serum ni main function dia ialah hydration (again), tapi aku rasa price point dia agak affordable dan bau green tea dia sangat menyegarkan. Aku pakai once a day waktu pagi je, sekali pakai pump 2 kali, satu botol tahan hampir 5 bulan jugak laa. Mungkin kalau pakai berjimat sikit boleh tahan lagi lama, dan yang penting serum ni masuk dalam kategori wajib repeat order.

  • It's Skin Power 10 Formula VC Effector

RM25 @ Althea

Okay honestly cakap, aku beli serum ni sebab dia murah hahaha. Mana nak jumpa Vitamin C serum harga RM25 weh! Serum ni dalam botol dropper dan bau dia macam citrus. Supposedly untuk skin brightening effect, aku rasa okay-okay je sebab aku takde laa gelap sangat, so aku tak nampak obvious effect. Ada orang bagi review yang serum ni membantu lighten her post-inflammatory hyperpigmentation (PIH), iaitu kesan merah/gelap bekas jerawat. Aku suka sebab dia murah, simple je kan hahaha.

Aku baca review orang lain, vitamin C products ni kena pakai waktu malam je, so aku ikut opinion yang ni. Ada yang pakai 2x sehari tapi personally aku rasa elok pakai malam je. Malas pulak nak cari scientific evidence pasal ni.

Oh btw, vitamin C products ni selalunya mahal sebab jenis vitamin C yang diguna. Yang murah macam ni maybe absorption dia takde laa awesome sangat, plus untuk pastikan kulit dapat optimal absorption agak renyah, iaitu kau kena pastikan kulit kau berada dalam pH acidic for best absorption bla bla bla, according to pembacaan aku. Aku jenis manusia tak suka renyah, jadi beli je Vit C serum yang murah. Point dia ialah, kalau kau beli produk mahal tapi tak reti cara pakai untuk memastikan produk dapat berfungsi dengan optimum, membazir jugak laa duit kau.

6) Sheet Masks


Sheet masks! Kalau kat Korea, tak kisah laa kau gender apa atau kekeliruan gender sekalipun, semua orang pakai sheet masks. Usually aku pakai 1-2x a week bila aku rasa nak manjakan kulit (ecewahh). Again, point dia ialah HYDRATION. Dulu aku pernah buat 1-week sheet mask challenge, tiap-tiap malam pakai sheet mask, fuiyohh agak annoying jugak laa. Hasilnya kulit memang well hydrated tapi tak kuasa laa aku nak buat tetiap malam. Harga sheet mask pun takde laa murah sangat, membazir weh tsk tsk tsk.

Berikut merupakan sheet masks yang jadi favourite aku:

  • Faith in Face Facial Hydrogel Masks

RM11+ @ Watsons

Ni sheet mask paling favourite. Harga dia boleh murah lagi kalau Watsons buat sale, aku pernah dapat harga sekeping RM9+. Aku selalu tunggu time sale je baru beli. Ye harga dia memang agak mahal tapi berbaloi sebab mask dia bukan diperbuat daripada cotton tapi hydrogel. Omg I am in love with hydrogel masks, feeling dia atas skin memang luxurious betul. Mask dia melekap elok je atas muka. Nak tahu best macam mana, kena try sendiri. Fuhhh heavennn.

Dia ada 5 jenis macam dalam gambar ni, target untuk specific problems. Semua aku pernah try, my favourite yang aku asyik beli ialah Miss Invisible Pore & Nourish Me.

  • Innisfree It's Real Squeeze Mask

RM4/piece @ Innisfree

Ini beli kat kedai Innisfree je laa, murah lagi daripada online. Ada 16 'flavours', aku rasa yang jadi favourite ramai orang ialah Green Tea, Aloe, & Strawberry. Aku pernah pakai Shea Butter, pun best jugak. Cotton mask yang tak susah nak pakai, fit elok kat muka, serum dia takde laa over banyak sangat sampai menitik-nitik keluar, just nice je. Yang paling penting dia murah dan best, sekian.

7) Moisturiser - Gel/Lotion/Cream


Dulu aku merupakan sejenis manusia yang tak suka pakai moisturiser sebab bila aku apply moisturiser, kulit rasa pedih. Rupanya dulu kulit aku memang kering sangat, sampai flaking habis kulit, dan tak tahu laa kenapa aku tak pernah terfikir nak tukar skincare products. Aku pakai satu line brand yang sama je, it works for me untuk 2 tahun pertama tapi lepas tu dah tak sesuai dengan kulit.

Senang cerita sejak aku discover K-products dan the vastness of options yang ada, kulit aku takde flaking dah. Dan aku dah tak setia pada satu brand je. Selagi kau boleh try apa yang ada, kau try je. Aku bersyukur jugak kulit aku bukan jenis yang sensitif, so far aku letak apa pun dia tak pernah breakout atau naik ruam dan sebagainya.

Okay habis mukaddimah moisturiser, pantang kasi can boleh jadi panjang ceritanya -.-"

Moisturiser datang dalam bentuk gel, lotion, dan cream, so apa bezanya? Content oil dan water.
Gel - paling banyak air dan paling sikit oil (atau takde langsung).
Lotion - ratio air dan oil yang lebih kurang sama, maybe lebih air sikit daripada oil.
Cream - lebih oil daripada air.

Selalunya pilihan orang nak pakai yang mana satu depends pada jenis kulit dan keadaan cuaca. Malaysia takde musim sejuk, tapi kalau kat tempat sejuk kulit perlu moisturiser yang agak heavy seperti cream untuk elak kulit jadi kering. Aku personally akan pakai gel-based moisturiser untuk waktu siang sebab bila pakai cream, kulit akan jadi berminyak sangat. Tapi waktu malam dan especially kalau tidur dalam aircond, wajib pakai cream-based moisturiser.

Anyway, pilihan di tangan anda, ikut mana yang selesa. Jangan ingat kalau kulit kau jenis berminyak, kau kena elak cream terus tau. Sebenarnya bila kulit detect yang dia tak cukup kelembapan (sama ada minyak/air), kulit ada mekanisme sendiri di mana dia akan menghasilkan sebum. More sebum = lagi berminyak laa muka. So kena balance kan sebum production tu dengan sapu moisturiser yang cukup.

Bercakap pasal kelembapan kulit, bukan orang yang dry skin type je yang boleh dehydrated, oily dan combination skin pun boleh jadi dehydrated jugak. Tapi for more info boleh laa google dan baca sendiri, kalau makin panjang bebelan aku ni, aku pun naik tak larat nak baca.

  • The Face Shop Chia Seed Moisture Recharge Cream

RM99.55 @ The Face Shop

First time aku beli moisturiser ni harga dia RM100+, second time beli dah turun harga dah. I am in loveee with this moisturiser, walaupun mahal aku sanggup beli woo. Texture dia sangat best dan bau dia sangat pleasant. Dulu aku pakai 2x sehari tapi memang kulit muka aku berminyak habis waktu siang, so sekarang aku pakai waktu malam je. Bangun pagi memang kulit rasa soft dan hydrated. Satu jar ni boleh tahan dalam 6 bulan jugak bila pakai jimat-jimat.

Dia ada satu lagi version, No Shine Hydrating Cream yang lebih sesuai untuk kulit berminyak, sebab version tu takde oil. Ni apa yang orang kedai Face Shop tu bagitau aku laa. So korang boleh laa pegi kedai dan test dulu apa yang ada, better test dulu kalau nak beli benda mahal ni.

  • Mizon Snail Recovery Gel Cream

RM25 @ Althea

Moisturiser ni dia tulis gel cream, tapi texture dia lebih kepada gel yang viscous/pekat. Disebabkan aku tak nak pakai cream waktu siang, aku gamble je beli yang ni lepas baca positive reviews, aku fikir kalau dia tak best pun harga dia takat RM25 je. Sekali aku menyesal tak beli 2 botol sebab Althea lambat betul nak stock up benda ni. Cisss! Gel ni tinggal baki nyawa-nyawa ikan je lagi, dah laa kat Malaysia aku tak rasa ada kedai Mizon ni. Nangessss.

Anyway aku pakai gel ni sebagai moisturiser waktu siang, apply selepas serum dan sebelum sunblock. Tak buat kulit aku berminyak, sangat recommended.

  • Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel

RM14/tub @ Althea

Benda ni basic sangat untuk sesiapa pun. Jatuh kategori wajib ada. Come on laa, satu tub besar ni baru RM14 kot, pakai 5 tahun pun tak habis agaknya hahaha.

Okay aku mainly pakai aloe vera gel ni lepas solat kat tempat kerja. Aku tak pakai makeup balik lepas solat, tapi at least kena pakai moisturiser sebab kulit aku mudah kering. Satu perkara yang renyah sikit sebab gel ni datang dalam tub yang sangat besar, jadi untuk memudahkan ia untuk dibawa dan dipakai, kau kena repack dalam botol yang kecik sikit. Renyah sikit laa tapi sebab dia murah sangat, best untuk dipakai, dan bau pun sedap, aku sanggup je.

Banyak function aloe vera gel ni, paling famous ialah untuk soothe sunburn. Atau boleh letak banyak-banyak atas muka sebelum tidur dan pakai sebagai mask. Be creative, pakai laa macam mana pun, aloe vera gel ni universal sangat.

Btw sebab Nature Republic punya version ni sangat famous, berhati-hati laa dengan fake products. NR punya 92% Aloe Vera je okay, kalau 98% atau 100% tu mungkin membohong laa tu, mana mungkin produk tu ada 100% aloe vera je tanpa preservatives kan. Harga yang ori pun dalam lingkungan RM14 - RM25 je, tak mahal mana. So jangan laa tersalah beli yang fake okayy.

8) Sunblock

Sunblock ni komponen penting dalam skincare, tanya laa aesthetic doctor mana-mana pun. Kenapa? Sebab sunlight atau lebih tepatnya sinaran UV boleh merosakkan kulit muka, dan masalahnya bukan sekadar kulit jadi gelap. Kalau kulit dah rosak sebab sun damage, kulit jadi kering, kasar, dan berkedut. Satu lagi masalah besar: skin cancer! Aku tak pasti berapa ramai Malaysians yang dapat skin cancer tapi aku tahu kanser kulit ni masalah yang besar di negara Barat, sebab kulit diorang lagi cerah, meaning less melanin production, meaning less protection to sunlight.

Anyway aku pernah kerja dekat farmasi in charge of klinik pakar kulit, dan ramai je patient kena photodermatitis. So pakai je laa sunblock for protection.

Nak cerita detail pasal sunblock lagi:
Nilai SPF - protection against UVB yang boleh menyebabkan sunburn dan skin cancer
Nilai PA - protection against UVA yang boleh mempercepat proses penuaan kulit

So penting untuk kau pilih sunblock yang ada kedua-dua ni, sekurang-kurangnya pakai yang SPF 30 dan PA +++.

Nak detail lagi boleh discuss tentang physical dan chemical sunscreens, tapi agak complicated laa. Yang penting ialah pilih sunblock yang sesuai untuk kulit masing-masing, ramai orang kulit sensitif tak boleh sapu sunblock, tapi sunblock pun ada banyak jenis. The key is finding the right one for you.

  • BiorĂ© UV Aqua Rich Watery Essence SPF 50+ PA++++

RM35+ @ Watsons

Okay hands down, this is THE BEST SUNBLOCK EVER. The only item dalam senarai aku ni yang bukan K-product, Biore ni ialah produk Japan. Basically sunblocks dari Japan memang lagi best atas sebab-sebab yang aku tak ingat kenapa. Kalau Biore somehow decide untuk discontinue produk ni, memang aku akan meroyan dan tulis surat panjang lebar kepada Biore, sekian.

Texture sunblock ni macam air, sangat senang untuk sapu dan dia takde laa buat muka jadi putih macam sapu sunblock Banana Boat tu. Dia senang menyerap, boleh jadi makeup base, dan yang penting SPF dan PA dia cukup tinggi untuk combat kedua-dua UVA dan UVB. Sunblock ni kena apply cukup ye, experts kata at least kena sapu 1/4 sudu teh ke bahagian muka waktu siang. Kena reapply kalau kau berpeluh/basuh muka/berenang. Satu tube ni boleh tahan dalam 4-5 bulan.

On another note, again, beli laa sunblock ni kat Watsons masa tengah sale, boleh dapat less than RM30.

9) Sleeping Mask/Pack

Sleeping mask ni ialah sejenis mask tapi orang sapu time nak tidur, dan overnight the product will work its magic. Sebab ia adalah mask, ia agak potent daripada moisturiser walaupun rupa dia macam moisturiser je, so tak digalakkan pakai setiap hari. Satu lagi sleeping mask ni sepatutnya dibilas pada waktu pagi, ada je aku pernah baca orang tak bilas sleeping mask (who does that?? Bangun tido terus pegi keje ke -.-") dan muka dia naik jerawat kecik-kecik lepas tu.


  • Laneige Water Sleeping Mask


RM79 (without GST) @ Hermo.my

This is another cult product, famous gile. And worth buying for its hype sebab bagi aku dia tak mahal, pakai pun 1-2x a week so satu tub ni boleh tahan setahun. Dia claim boleh purify skin, moisturise skin, soothing skin, dan bau dia yang menenangkan boleh membantu kau untuk tidur lena. Dan orang selalu cakap, bila kau pakai mask ni muka nampak segar macam kau dapat tidur cukup 8 jam gitteww. Anyway aku rasa produk ni memang best, dan memang dapat moisturise dan brighten kan kulit. Kalau pakai sleeping mask ni, memang takyah apply moisturiser dah.

Brightening dan whitening membawa maksud yang berbeza ye. Aku tak obsessed dengan whitening tapi kalau dapat brightening effect memang best, muka jadi bercahaya glowing gittewww.


So far itu je laa produk yang aku pernah beli dan pakai, insyaAllah akan update dari masa ke semasa kalau aku ada beli produk lain pulak. Sekarang ni kena pakai jimat-jimat dan kumpul duit sebab nak travel hahaha sobs.

Kalau korang tanya, kenapa skincare routine aku tak cukup 10 steps ala-ala Korean skincare routine? Jawapannya, aku cuma skip eye cream je. Eye cream ni mahal dan aku tak rasa ada keperluan lagi untuk pakai, dan aku takde bajet sebenarnya ahaha. Alhamdulillah aku takde dark circles atau prominent eye bags. Bersyukur sangat aku masih dapat tidur at least 5 jam setiap hari, kalau dah kahwin ada anak nanti mungkin lain ceritanya.

Mungkin nanti aku akan buat separate post pasal make-up products pulak, tapi yang tu sikit je since aku tak suka makeup, tak payah laa expect post yang panjang macam post skincare ni hahaha. Till then, adios!

No comments:

Post a Comment