Thursday, 13 July 2017

Perth #8 - Pinnacles & Lancelin

Many people consider Pinnacles to be the highlight of the trip to Perth.

Pandangan aku? Wajib pergi kalau pergi Perth. Tapi ada mat saleh cakap kat aku: 'it's a heck of a long journey just to see some old rocks.'

I would have to agree, kind sir. But it's thousands old rocks, where else would you get to see that? Lol.

Anyway, ada orang buat trip pergi balik hari je dari Perth CBD ke Pinnacles + Lancelin ni. Tapi 3 jam pergi dan 3 jam balik, total 6 jam dalam kereta. Kiranya tak pergi Cervantes laa. Ikut korang laa tapi aku decide nak jugak stay kat Cervantes sebab tak nak penat sangat drive pergi balik plus nak tengok Lake Thetis jugak.

Pinnacles Desert (bukan dessert ye) terletak kat Nambung National Park. Nak masuk park ni kena bayar AUD 12 per kereta. Park ni sebenarnya sangat luas tapi orang selalunya masuk untuk tengok Pinnacles je.







Dah tempat luas macam ni, kalau jalan kaki memang tak kemana laa kome. Boleh drive dalam ni ikut jalan yang disediakan. Just be careful sebab jalan tu dia tanda dengan batu je, aku hari tu boleh tak perasan parking depan batu kecik, pergi langgar batu tu and tersangkut jugak laa tayar. Perlukan bantuan orang ramai untuk menolak kereta dannnn jalan dia tu bukannya tar, pasir halus je yang ada tempat tak berapa mampat.

Kau bayang je laa driving atas pantai macam mana, macam gitu laa dia. A word of advice: be extra careful!

Ambil masa agak lama laa dalam ni, kitorang drive sambil parking ambil gambar tu pun ambil paling kejap sejam setengah. Besarrrr tempat ni.


Masa ku pergi tu agak berangin dan cloudy. Ada orang pergi sini panas terikkk.


Batu-batu kecil yang menanda jalan

Macam kat Marikh pun hado kan :P








Korang boleh google macam mana batu Pinnacles ni boleh ada kat sini. Senang cerita, macam stromatolites kat Lake Thetis tu, dia terhasil dah ribuan tahun lamanya. Yang menariknya raw material yang menghasilkan batu kapur ni datang daripada seashells kat laut. Aku tak pandai nak explain panjang sebab it's not my expertise and I don't fully understand it. Tapi it's so interestinggg!

Kalau korang ada terlebih-lebih masa, boleh laa datang sini petang time senja gitu and stay lewat sikit, dapat tengok bintang-bintang bergemerlapan. Mana yang kaki kamera tu boleh laa pacak kamera dan buat star trails huuuu bestnyaaaa.

Habis tengok Pinnacles, kitorang rushing ke Lancelin pulak.

View sepanjang perjalanan.
On one side, weird Australian shrubs.
On the other side, the Indian Ocean!

Awas binatang melintas


Kedai Lucky 7 ni penting sebab kat sini laa tempat korang nak sewa sandboard untuk buat aktiviti sandboarding kat Lancelin. Nak buat aktiviti, masuk tempat sand dunes tu tak payah bayar. Kena bayar untuk sandboards je okay.

Harga: AUD 10 untuk sewa satu board selama 2 jam tapi ada deposit AUD 50 yang kau akan dapat balik kalau kau pulangkan board dia on time. Kedai ni tutup pukul 5 pm so elok laa kau datang sini at least pukul 3 pm. Kitorang sewa 2 boards je lepas tu kongsi 4 orang. Letih jugak nak mendaki bukit pasir ni wehhh.

Btw diorang akan bagi lilin sekali dengan board tu, fungsi lilin tu ialah untuk melicinkan board. Gores je kat bahagian bawah board tu untuk memastikan korang dapat meluncur turun bukit pasir dengan laju yippeeeee.


Luas jugakkkk tempat ni


Actually aku ada ambil video masa turun ni, tapi banyak sangat accident berlaku sebab susah okay nak pegang Yi camera sambil turun bukit, mesti senget dan terbalik jadinya lalala. Senang cerita memang best main kat sini tapi penat jugak dan korang akan berpasir gile muehehe. Terasa macam kembali ke zaman kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment