Methods dalam entry ni lebih kepada cara nak guna skincare, bukan tentang brand apa yang famous atau ingredient apa yang effective. Yang tu maybe aku akan share di lain entri (kalau ada masa T.T)
1) 4-2-4 Cleansing Method
First ever method yang aku jumpa. Method yang diamalkan Bae Suzy (Korean actress & singer) untuk betul-betul bersihkan muka. If you guys tak tahu, cleansing ni sangat penting dalam Korean skincare philosophy. Kalau tak bersihkan kulit betul-betul, pores boleh tersumbat & whatever serum/actives yang kita apply lepas tu pun tak boleh absorb dengan cemerlang. That's why cleansing is very important. Beza kan dengan Malaysians, asyik nak cari serum yang best je untuk fix all skin issues, patutnya fix your cleansing first! :P
What you need: oil cleanser & any kind of water-based cleanser
How to do it:
1) Massage cleansing oil kat kulit selama 4 minit
2) Tanpa membilas, apply water-based cleanser directly atas kulit selama 2 minit
3) Basuh muka selama 2 minit dengan air suam untuk remove both the cleansers, lepas tu bilas lagi dengan air sejuk selama 2 minit untuk 'improve blood circulation & complexion'
Bonus: how to massage your skin. Source: Google. |
Did I try it: hell no. Ain't nobody got 10 minutes just to wash your face ahahaha
Recommended?: Maaaaaybe untuk orang yang pakai heavy/thick makeup. Otherwise, just normal double cleansing without the fancy 4-2-4 method will already work wonders.
2) 7-Skin Method
Skin ni bukannya bermaksud kulit tau. Di Korea, 'skin' merupakan nama lain untuk toner. Ye, Koreans ni memang pelik sikit. Sama laa dengan Japanese pun, diorang tak pakai term toner.
Mini glossary:
Malaysia & the rest of the world: toner
Korea: skin
Japan: lotion
Padahal semuanya texture yang sama, iaitu seperti air ('watery'). Dari segi function, toner ni ada pelbagai function actually, nanti kat entri lain aku cerita T.T but in this method, skin atau toner yang digunakan ialah jenis hydrating toner.
What you need: hydrating toner, preferably ones yang watery & light in texture, and CHEAP.
How to do it:
Ambil sikit toner, letak atas palm. Dan pat pat pat atas kulit sehingga kulit dah absorb. Ambik lagi sikit toner, letas atas tapak tangan. Dan pat pat pat atas kulit sehingga kulit dah absorb. Repeat 7 kali. Sekian.
This hydrating toner is insanely famous, and siap ada new version dah: Klairs Supple Preparation Unscented Toner |
Did I try it: ... yeah, sort of. Aku try sekali dengan toner dalam gambar ni sebab aku try nak habiskan dia (I got it in 30ml bottle and I didn't really like it). It takes so long to complete 7 layers, like maybe 20-30 minutes? Tapi memang kulit jadi well hydrated, effect dia macam lepas pakai sheet mask. Ada subtle glow & plump due to all the hydration.
Recommended?: if you have all the time in the world, yeaaaaah why not? Haha. Many skincare youtubers I know limit to 3 layers je untuk pakai every day, 7 layers macam overkill sangat kan. Especially in this humid & hot weather of Malaysia, skincare absorbs slower compared to drier climate.
Otherwise, I'd stick to my sheet masks sebab tak perlu effort sangat & effect dia sama je. Plus doing 7 layers of toners everyday will use up your product so fast, kalau guna toner yang murah takpe laa jugak kan.
3) Skip Morning Cleansing
Which means = tak payah pakai cleanser waktu pagi. Dun dun dun..
Method ni first popular daripada Liah Yoo, a Korean skincare Youtuber yang sekarang dah launch her own line of products (if anyone's interested, it's called Krave Beauty).
Her skincare philosophy is one of the things I dig. Liah is all about gentle, fun, but effective skincare, and her line of products pun reflect benda yang sama. So dia asyik cakap yang cleansing boleh jadi harsh to skin, especially sensitive skin types. How? Sebab cleansing boleh bersihkan kotoran & minyak atas kulit, tapi at the same time ia boleh strip away kelembapan kulit. Kelembapan kulit ni sangat laa penting sebab kulit yang sihat akan kekal lembap, kulit yang lembap jugak akan kurang jadi kedut, takde laa nampak pores macam besar sangat, and nampak glowing gittew.
What you need: eh.. nothing.
How to do it:
Waktu pagi, takyah pakai cleanser. Done.
... Okay laa, Liah pakai hydrating essence which is Primera Miracle Seed Essence (yang mahal gile) waktu pagi, swipe muka dengan cotton pad yang dah dituang essence tu. Siap.
Did I try it: Mula-mula memang skeptical, like macam kotor je tak basuh muka? But when you think about it, waktu malam bukannya kulit kita terdedah kepada kotoran pun. Aku untung sikit laa sebab muka tak berminyak waktu tidur, so aku boleh bilas je muka waktu pagi dengan air. Then aku ambil satu Cosrx Pimple Clear Pad and swipe muka. Siap.
Actually aku tak tahu bila nak guna benda ni, baki banyak lagi, so pakai je laa waktu pagi kan. Huahua |
Recommended?: Yes! Especially untuk dry to combo skin types. Skin aku dapat maintain its overnight hydration bila skip cleanser. I know it sounds weird to skip morning cleansing, tapi try laa dulu k. Saving sikit penggunaan cleanser aku ahahaha.
4) Pore Killer Method
Method ni first mentioned by Fiddy Snails, as in 'how to temporarily shrink pores' sebab pores kita takkan boleh hilang sebab dia sebahagian daripada fisiologi kulit kita okayy. Over time entah kat mana aku baca orang refer to the method as 'Pore Killer Method', so kita ikut je laa nama tu k haha.
Basically, method ni digunakan untuk bersihkan pores daripada blackhead & sebaceous filaments. Pores yang bersih akan nampak lebih kecik.
What you need: BHA atau salicylic acid dengan concentration at least 2% & pH 3-4, clay mask, dan oil cleanser.
Dulu aku guna 3 produk dalam gambar kat bawah ni, tapi actually tak kisah laa nak guna brand apa pun asalkan cukup 3 jenis produk tu.
How to do it: Preferably waktu pagi, macam weekends ke sebab method ni kena pakai atas kulit yang bersih. Kalau petang kan nak kena basuh muka dulu, and kena buat semua steps ni and basuh muka balik, leceh.
1) Apply BHA. Kalau kulit jenis kering/dehydrated, maybe sapu kat area yang banyak blackhead/SF je. Otherwise, nak sapu kat seluruh muka pun boleh. Tunggu 15-30 minit.
2) Tak payah bilas, terus apply clay mask. Tunggu ikut instruction kat clay mask product tu. Usually 5 minit je, jangan tunggu mask jadi kering kontang sampai merekah.
3) Bilas clay mask dengan air suam. Keringkan muka.
4) Apply oil cleanser, tunggu 15 minit.
5) Massage muka dengan oil tu dalam 2-3 minit. Some people akan rasa 'grits' keluar daripada pores masa buat step ni, tu ialah sebum yang tersumbat dalam pores yang keluar. Jyeah!
6) Emulsify oil cleanser tu dengan sedikit air, lepas tu bilas muka sampai bersih. You're done.
Some people takkan rasa grits tu, like me. It's okay, doesn't mean the method is not working. Buat 1-2x seminggu, you'll still get the benefit of clearer pores :)
Did I try it: of course! I like the smooth feeling of my face after buat method ni, tapi grits takde laa keluar seketul seketul. And some of my SF memang degil, tapi takpe laa pasrah sobs.
Recommended?: Yup! It's still a good method to use untuk clear your pores & achieve better skin. Nowadays I skip the oil cleansing part of the method (derhaka ni) sebab I usually do this at night, still sama je effect dia lalala.
5) Toner Mask
Ni katanya orang Jepun dah lama buat. Aku first time dengar from some Youtuber, tak ingat siapa. Toner Mask ni ala-ala method 7-skin je, function dia untuk hydrate kulit, tapi aku rasa toner mask ni cepat sikit nak buat compared to 7-skin method.
What you need: watery toner & some cotton pads.
I used another toner dulu, tapi toner tu macam expensive nak guna as toner mask, so lepas tu dah tak guna method ni. Pastu hot kat twitter pasal Hatomugi Skin Conditioner ni (popularized by tweeter @skinnyondinie), memang sangat moist lepas pakai tapi pastu skin macam naik tiny bumps, so for now kalau nak buat toner masking I use Muji Light Toning Water (Moisture) ni. Belum try Hatomugi balik, nanti nanti laah.
How to do it:
1) Tuang your choice of toner atas cotton pad, preferably beli yang 5-layer cotton pads (boleh cerai-cerai kan layer dia kepada 5 bahagian)
2) Tepek atas muka, 5 helai cotton pads tadi untuk setiap bahagian muka - dahi, pipi, hidung, dagu (boleh refer gambar kat bawah jugak)
3) Biarkan 5-10 minit
4) Buang cotton pads tu dan nikmatilah betapa hydrated nya kulit anda weehuuu
Did I try it: of course! I usually do it kalau nak pick up skin hydration dengan cara yang paling cepat. I think result dia tak se-best pakai sheet mask, tapi good enough. Sometimes I use it in the morning sambil gosok baju kerja, sometimes I do it masa bosan lalala.
Recommended: Yes! Tapi one word of caution: this method uses A LOT of your toner, so jangan laa pergi pakai method ni dengan your SKII asdfghjkl. Hatomugi Skin Conditioner tu agak murah, satu botol 500ml boleh dapat dalam RM30, so highly recommended kalau you takde skin sensitivities.
Sebenarnya entri ni dah terperuk dalam my draft section dalam 4 bulan..? Maybe even longer haha. Sekarang makin jarang update blog, lagi senang nak update ig je lalala. Sometimes I miss blogging but sadly orang zaman sekarang tak rajin dah nak baca bebelan orang di blog.
So what do you think? More sharing on blog vs more on ig? Let me know your thoughts <3
Next skincare entry would most likely be on moisturisers. Susahnyaaaaaaa nak cari moisturiser yang best zzz.
No comments:
Post a Comment