Monday, 23 April 2018

Kashmir in Spring #1 - Houseboat, Gardens, & Tulips!

Entri ni dah terperuk setahun lamanya. So aku upload gambar laju-laju sambil tak nak fikir banyak. Fokus nak update cerita je hahaha. Sedih tau jalan jauh-jauh pastu make such beautiful memories tapi aku tak cerita kat sini, nanti aku lupa.

Yes, I am a goldfish. Pelupa makan banyak sangat semut. Sekian.

Itinerary penuh & bajet ada kat entri tahun lepas, sila klik sini.

Trip to Kashmir, bergerak siang, sampai kat Delhi awal pagi, sempat tido kat Delhi airport jap sementara tunggu flight ke Srinagar, Kashmir waktu pagi. Ye sangat penat. Tapi sekali-sekala tido airport, apa salahnya ehehe. Celik mata je rasa macam semua orang pandang, nasib baik ku tido sopan jer #taktipu.

View dalam flight ke Kashmir, Delhi-Kashmir flight sejam je pon, tolong laa jangan tido

heart eyes

Mustard fields

Okay bila flight touch down je kan, korang boleh dengar ketak ketap ketak ketap orang India bukak seatbelt asdfghjkl. Siap ada yang dah bangun padahal flight baruuuuu je touch down. Sampai pramugara dia kena naikkan suara 'SIR PLEASE SIT DOWN UNTIL THE FLIGHT HAS STOPPED' astaghfirullah first time aku tengok behaviour camni.


Kecik cenonet je airport ni weh

Kat airport ada guide pick up naik van, pastu bergerak ke Nigeen Lake. Bermalam kat houseboat dulu first day ni.

Nak pergi houseboat naik ikut shikara (sampan) ni