Sunday 5 March 2017

my new obsession - skincare!

kalau perasan laa, aku dah lama tak update blog. partly sebab aku busy (like seriously, and if i have to choose between blogging and tengok kdrama, aku pilih kdrama opkos). partly sebab aku semakin malas.

then i thought maybe it's because blogging feels very routine.

aku selalu dah upload gambar travel and draft post siap-siap supaya senang nak menaip bila mood datang.

tapi mood tak datang-datang. bila nak menaip je, jari keras. maybe sebab sebelum ni aku taip mostly in english? memang aku plan untuk taip in english supaya at least aku dapat practise written english yang makin berkarat ahaha.

so this time around aku rojakkan semua laa ye. tukar format menulis sikit. and share benda-benda lain selain travel jugak.

if you know me, you know only 2 things matter in my life: work and traveling.

travel ni tak dapat buat setiap hari, and work drives me crazy lately. so akhir 2016 lalu, aku decide untuk find something new. satu hobi yang aku boleh buat everyday, no matter how busy i am.

so i chose skincare! hahaha.

ceritanya, bukan sebab aku banyak sangat tengok kdrama (i am a moderate fan - aku takde artis feveret or pelakon feveret or whatnot). aku realize kalau dah nama artis tu confirm laa lawa, muka airbrushed memanjang.

tapi my 'revelation' happens in chiang mai. aku ikut day trip dengan travel agent dan ada 2 orang wanita korea join sekali dalam van yang sama. jeng jeng jeng.. aku terfikir kenapa laa orang korea ni kulit diorang cantik-cantik. ni real life depan mata ni, dan bukan dalam TV.

okay, i am sold. first thing aku buat lepas balik chiang mai - pergi kedai face shop dekat ioi mall putrajaya.

and the rest is history.


you might be wondering, why skincare and not makeup?


1) aku tak reti pakai makeup. pakai makeup memerlukan kerajinan, kesabaran, dan teknik yang awesome.

2) a good skin comes from good skincare habits, not makeup.

so, aim aku start semua ni bukan sebab nak nampak flawless, tapi sebab nak adopt good habits.

and sebelum aku beli apa-apa produk, memang aku google dan research sungguh-sungguh.

to be honest, the famous korean 10 steps skincare routine doesn't have to be expensive. you just have to know what you're putting on your face.

untuk starters macam aku ni, memang akan habis banyak duit laa hahaha -.-" tapi produk tu long lasting, it takes many months to finish one product.

and you have to know where you go shopping for korean products as well. aku beli online dekat trusted websites je, iaitu Hermo dan Althea.

in my opinion Althea can be a bit cheaper sebab Hermo ada charge GST, tapi barang Hermo sampai cepat (within 3 days) compared to Althea (within 2 weeks), sebab Hermo ship daripada dalam Malaysia, sedangkan Althea ship dari Korea.

aku lagi prefer Althea walaupun penantian itu satu penyiksaan haha. maybe satu hari nanti aku boleh buat comparison Althea vs Hermo.

dan sepatutnya, ko tak boleh change SEMUA product yang ko tengah pakai pada waktu yang sama. you sort of have to ease one by one product into your routine, and test satu persatu. tapi aku degil muahaha. kulit aku tak bermasalah sangat, tak sensitif, so boleh laa try all products in one go.

it's a huge adjustment to change from a 4-step skincare (cleanser, toner, serum, moisturiser) into an almost 10-step routine, tapi alhamdulillah it's been one month plus dan aku masih istiqomah haha.

aku tukar products sebab aku perasan muka aku jadi senang merah & pantang kena sunlight, sampai kawan aku selalu tegur kenapa muka macam udang kena bakar. tapi dulu memang aku tak pakai sunblock langsung haha. plus i think my skin was getting irritated, pakai moisturiser je rasa pedih sampai memang most days aku tak pakai apa-apa pun, just cleanser je.

not good.

i was using nano white products for close to 5 years, btw. bukannya produk tu tak bagus tapi mungkin dah tak sesuai dengan kulit aku. skin changes over time, it is a living organ, you see.

so far bila dah tukar jadi berpuluh step routine ni, my skin is getting moisturised and pampered everday. takde laa sampai flawless (but i do think i look better in pictures - moga aku tak jadi wanita kuat selfie) but i like how my skin feels nowadays.

kalau aku rajin maybe someday i can list out all the products i'm using, tapi sebenarnya produk yang aku beli & pakai ni mostly cult favourites - memang ramai orang dah buat reviews.

and these products are cheaper than you might think! ini serius. korean beauty products are affordable IF you know what and where to buy.

okay till later, bye!

No comments:

Post a Comment