Sunday, 14 August 2016

jogja trip #3 - gondola pantai timang

lepas cave tubing, kitorang terus ke pantai timang. agak jauh perjalanan.

kat pantai timang ni ada 2 objektif: 1) naik gondola dan 2) makan lobster.

sesampai je, kitorang kena naik ojek (motor) dari kawasan kampung untuk masuk ke pantai timang ni. serius part ni aku tak tau daripada mula. ingatkan kereta pun boleh masuk.

jalan dia memang bumpy teruk. nak jalan kaki, 3km laa pulak. jauh bebenor wehhh. maka kitorang dengan paksa rela naik je laa ojek tu T.T

kalau korang dah tau awal2 nak ke pantai timang ni, boleh pertimbangkan bawak 4x4 kot. itu je yang boleh masuk sampai ke pantai ni.

bayaran: tumpang ojek + naik gondola = 300k rupiah/person. boleh dapat murah lagi ni sebenarnyaaaa. sabau je laa aku.

tu haa gondola atas open sea kauuu

gondola pakai tali je tu weh, manual labour
siap ada orang tarik tali tu bila dah sampai ke hujung

batu dari marikh agaknya
tajam, hati2. kalau terseret luka jugak laa

ombak tu bila menghentam batu ni, sampai tersembur air ke atas wehh. daripada batu ni nak ke bawah jauh menjunam laa jugak. memang open sea betul2 tepi pantai ni.

btw, gondola ni bukan saje2 ada kat sini. inilah cara transportation untuk nelayan yang tangkap lobster kat area sini. cuma lately ni ramai tourists datang nak experience naik gondola ni jugak.

ramai jugak tourists yang ada masa aku datang ni. free2 buat duit kat situ. orang indonesia ni memang terer buat duit!

and satu lagi, kalau nak naik gondola, at your own risk okay. sebab gondola ni bukan diselenggara secara professional, basically ko duduk dalam gondola kayu dan ditarik menggunakan tali secara manual. dari segi safety mungkin dah out kot, krik3.

alhamdulillah aku masih hidup.

tunggu turn naik gondola



Saturday, 13 August 2016

jogja trip #2 - goa pindul & sg oya cave tubing

hari ketiga di jogja, kitorang travel jauh, dekat 2 jam laa jugak untuk pegi cave tubing.

memula asalnya nak pegi ke kalisuci, aktiviti yang sama cuma lokasi dia atas sikit daripada goa pindul. aku buat research, katanya air kat kalisuci lagi laju dan syiok laa nak bertubing. tapi bila lepas borak ngan supir, dia suggest pegi goa pindul, lepas tu boleh river tubing kat sg oya. tak menyesal tukar itinerary, best!

oh btw, kitorang ambik supir untuk bawak kitorang jenjalan 3 hari, total kerugian 2.1 juta rupiah. mahal kan? ye memang mahal. aku tak nak recommend supir yang kitorang ambik ni. nanti aku recommend supir lain yang lagi awesomeee.

supir sangat laaa memainkan peranan penting untuk memastikan trip korang tu best. dia yang akan suggest itinerary terbaik, tempat makan terbaik, dan segalanya terbaik.. suffice to say, kitorang tak dapat yang terbaik. sedih gak laa tapi itu namanya pengalaman~ *ayat pasrah*

okay, moving on.

yang belakang tu guide kitorang untuk cave tubing.
beliau awesome. kelakar. informative.
aku pakai swimsuit muslimah beli sebelum ke maldives hari tu,
pastu sarung tudung instant. huahua

cave tubing nampak macam aktiviti extreme kan, padahal kalau korang pegi kat goa pindul ni, takde benda yang extreme langsung. dalam air pun kena tarik ngan guide, ahaha.

so if you can, please make time for goa pindul cave tubing! salah satu tempat kat dunia yang ko boleh experience cave tubing. kat malaysia nan hado.

bayaran masuk untuk goa pindul + sg oya: 150k rupiah. bagi aku, well worth the money.

dah nak masuk air! airnya biruuuu


Friday, 12 August 2016

jogja trip #1 - bandar jogja

hello!
entries jogja pakai bahasa melayu laa deh. senang sikit acik nak explain.

anyway, aku baru je balik dari jogja. rasa cam kena taip and habiskan cerita. kalau peram bakal lupa + malas nak post. macam entries tokyo yang masih tak siap dan maldives yang masih krik3.

went to jogja from 06/08/16 - 11/08/16. ada orang ingat kitorang pegi jogja lepas tengok ada apa dengan cinta 2, oh nehi nehi. AADC2 yang pergi shoot kat jogja lepas kitorang beli tiket flight. eh.

international airport paling comel dalam dunia agaknya.
jalan tak sampai 20 langkah daripada turun plane sampai naik teksi.

oh kalau nak pegi hotel, ada 2 option: naik bas transjogja atau naik teksi. kitorang malas naik bas.

keluar dari departure hall, ada orang offer teksi ke hotel, 150k rupiah. pffttt mahal gila. bila kitorang refuse, terus dia cakap 'mau berapa buk? berapa?'

masuk balik departure hall, tanya orang kat taxi stand tu terus. bayaran dia: 75k rupiah. kalau kitorang terus ambik first offer tadi, tak ke kitorang dah kena game? haaa.

hotel kitorang cuma 9.3km from airport (according to google maps), dalam 20-30 min perjalanan je. dan lepas tu kitorang ada tanya2, memang rate teksi dari hotel kitorang ke airport dalam 70-80k rupiah je.

pfffttt lagi sekali. hati-hati di indonesia peeps!

anyway, kitorang memang berhasrat konon nak relax habis, so booking hotel pun kemainnn. ni bukan trip bajet ke jogja bawah RM500 macam yang selalu orang share kat fb, sekian.

the phoenix hotel yogyakarta with its awesome pool

kitorang booking kat airasiago.com, flight pergi balik dan hotel stay for 5 nights around RM900+ seorang.

kitorang tertipu gak sebenarnya. kitorang dok kat superior room, tak dapat bilik depan pool yang awesome tersebut. tapi dapat bilik yang dapat dengar orang main gamelan setiap pagi, kira awesome gak laa hehe.

bed

amenities

complimentary fruits, siap ada salak