Wednesday, 22 August 2018

Kashmir in Spring #4 - Saffron, Pahalgam, & Mini Switzerland

Selamat Hari Raya! Tengah makan daging korban ke tuuuuuu :P

It's getting harder and harder for me to finish this travel series adui.

I will type in rojak Malay-English laa ye. I can't for the life of me paksa diri taip completely Malay or completely English.

So sambung from last entry, we checked out from out houseboat in Lake Nigeen and said our goodbyes to babuji, and off we go to Pahalgam.

Trying to get that perfect picture on shikara is actually quite tough

The snow-capped mountains from afar

<3

My partner in crime.

Ramai pakcik shikara yang datang nak menjual. Ada yang jual bunga, nak promote gambar diorang,
nak offer ambil gambar kita, jual souvenirs. Macam-macam.

On the way to Pahalgam, berhenti sini cari saffron.

Rustic

Saffron

Tuesday, 21 August 2018

5 Korean skincare methods

Okay, so in this entry aku nak share Korean skincare methods yang aku tahu atau pernah try. Weehuuu.

Methods dalam entry ni lebih kepada cara nak guna skincare, bukan tentang brand apa yang famous atau ingredient apa yang effective. Yang tu maybe aku akan share di lain entri (kalau ada masa T.T)

1) 4-2-4 Cleansing Method

First ever method yang aku jumpa. Method yang diamalkan Bae Suzy (Korean actress & singer) untuk betul-betul bersihkan muka. If you guys tak tahu, cleansing ni sangat penting dalam Korean skincare philosophy. Kalau tak bersihkan kulit betul-betul, pores boleh tersumbat & whatever serum/actives yang kita apply lepas tu pun tak boleh absorb dengan cemerlang. That's why cleansing is very important. Beza kan dengan Malaysians, asyik nak cari serum yang best je untuk fix all skin issues, patutnya fix your cleansing first! :P

What you need: oil cleanser & any kind of water-based cleanser

How to do it:
1) Massage cleansing oil kat kulit selama 4 minit
2) Tanpa membilas, apply water-based cleanser directly atas kulit selama 2 minit
3) Basuh muka selama 2 minit dengan air suam untuk remove both the cleansers, lepas tu bilas lagi dengan air sejuk selama 2 minit untuk 'improve blood circulation & complexion'

Bonus: how to massage your skin. Source: Google.

Did I try it: hell no. Ain't nobody got 10 minutes just to wash your face ahahaha

Recommended?: Maaaaaybe untuk orang yang pakai heavy/thick makeup. Otherwise, just normal double cleansing without the fancy 4-2-4 method will already work wonders.


2) 7-Skin Method

Skin ni bukannya bermaksud kulit tau. Di Korea, 'skin' merupakan nama lain untuk toner. Ye, Koreans ni memang pelik sikit. Sama laa dengan Japanese pun, diorang tak pakai term toner.

Mini glossary:
Malaysia & the rest of the world: toner
Korea: skin
Japan: lotion

Padahal semuanya texture yang sama, iaitu seperti air ('watery'). Dari segi function, toner ni ada pelbagai function actually, nanti kat entri lain aku cerita T.T but in this method, skin atau toner yang digunakan ialah jenis hydrating toner.

Sunday, 6 May 2018

Kashmir in Spring #3 - Hazratbal & Sonamarg

Sambil dengar lagu Janam Janam, trying to pick up mood untuk sambung cerita kat Kashmir haha. (KPI: habis cerita Kashmir sebelum masuk Ramadhan).

3rd day in Kashmir, kitorang nak pegi Sonamarg - the 'Meadow of Gold'.

Pakcik sempat sengih orang nak ambil gambar dia

Kitorang singgah ke Masjid Hazratbal dulu, kat bandar Kashmir je lokasi dia. Aku dok google, Wikipedia kata kat sini tersimpan rambut Nabi Muhammad SAW. Wallahualam, kitorang tak tengok pun & masa kat sana tak tahu menahu pun.

Side mana yang boleh masuk pun ku tak tahu laa. Kitorang tak masuk pun.


Hazratbal


Kat sini banyak burung merpati, lelaki tu tengah bagi burung makan



Tuesday, 1 May 2018

Kashmir in Spring #2 - Nigeen Lake, Gulmarg, Apharwat Peak

Disebabkan esok cuti dan bilik aku panas gile takleh nak tido, aku pun gigihkan laa diri untuk update cerita Kashmir ni. Fuhhh.

Entah kenapa masa kat Kashmir ni, either orang lain on time or kitorang yang awal sangat. Bangun pagi, breakfast - menu tetiap pagi sama je, ada roti, telur dadar, bubur nasi, and amende lagi, lupa dah - sempat laa lepak-lepak kat anjung houseboat ni sementara menunggu group lain.

Kitorang actually ada 2 van je - group Zul & group Udey. Aku ikut group Zul, kitorang total 10 orang je termasuk Zul. Group Udey memang full 16 orang satu van tu.

Aku ingat lagi second day kat Kashmir ni, aku nak iron tudung waktu pagi, boleh pulak iron tak panas, suam-suam kuku je. Aku dah sakit kepala memikirkan travel iron aku rosak ke apa ke, rupanya ada masa-masa tu dia auto-off elektrik. Aduyai.

Dah pening nak pakai tudung camane, memula nak recycle je tudung semalam. And then lepas breakfast dah pukul 7 lebih, baru dapat elektrik balik. Cepat-cepat aku balik bilik & gosok tudung.

Nyaris kena pakai tudung semalam. Kalau tak, takde laa aku sengih cenggini.

View Nigeen Lake di waktu pagi

With geng houseboats Islamabad. Best buat kawan baru kat sini, semua boleh masuk.

Boleh naik roof houseboat huhu

Cantik k design houseboat ni, tolong laa paham

On the way to Gulmarg, merata-rata mustard fields

Monday, 23 April 2018

Kashmir in Spring #1 - Houseboat, Gardens, & Tulips!

Entri ni dah terperuk setahun lamanya. So aku upload gambar laju-laju sambil tak nak fikir banyak. Fokus nak update cerita je hahaha. Sedih tau jalan jauh-jauh pastu make such beautiful memories tapi aku tak cerita kat sini, nanti aku lupa.

Yes, I am a goldfish. Pelupa makan banyak sangat semut. Sekian.

Itinerary penuh & bajet ada kat entri tahun lepas, sila klik sini.

Trip to Kashmir, bergerak siang, sampai kat Delhi awal pagi, sempat tido kat Delhi airport jap sementara tunggu flight ke Srinagar, Kashmir waktu pagi. Ye sangat penat. Tapi sekali-sekala tido airport, apa salahnya ehehe. Celik mata je rasa macam semua orang pandang, nasib baik ku tido sopan jer #taktipu.

View dalam flight ke Kashmir, Delhi-Kashmir flight sejam je pon, tolong laa jangan tido

heart eyes

Mustard fields

Okay bila flight touch down je kan, korang boleh dengar ketak ketap ketak ketap orang India bukak seatbelt asdfghjkl. Siap ada yang dah bangun padahal flight baruuuuu je touch down. Sampai pramugara dia kena naikkan suara 'SIR PLEASE SIT DOWN UNTIL THE FLIGHT HAS STOPPED' astaghfirullah first time aku tengok behaviour camni.


Kecik cenonet je airport ni weh

Kat airport ada guide pick up naik van, pastu bergerak ke Nigeen Lake. Bermalam kat houseboat dulu first day ni.

Nak pergi houseboat naik ikut shikara (sampan) ni 

Monday, 12 February 2018

My latest skincare routine

Macam biasa laa, aku tengah dalam proses nak upload gambar travel yang banyak tak terkata tu, so in the meantime update benda simple dulu, like my skincare routine haha.

Actually there's nothing simple about my routine, especially untuk orang yang tak kisah sangat pasal skincare ni. So far I think I have close to 15 steps and more than 25 products..? Tapi of course laa aku tak pakai everything at one time.

So, for starters:
My skin type - still trying to figure this one out, tapi aku rasa combination skin. Oily on T-zone mostly waktu siang, dry everywhere else especially on chin area
Skin concerns - redness, occasional acne, enlarged pores, dark circles, under eye wrinkles

These are my latest skincare steps:

1) Oil cleanser

Kose Softymo Speedy Cleansing Oil

Beli kat Japan dalam 550 yen, tak sampai RM25. Cleansing oil pakai for PM routine je. Does its job well, aku suka pakai oil dalam pump bottle, senang. Cleansing oil takyah beli yang fancy fancy sangat huahua.


2) Low pH foam cleanser


Hada Labo Gokujyun Hydrating Face Wash

Pun beli kat Japan, tak sampai RM20 pun bila convert. Kat Watsons/Guardian pun ada, dalam RM30 kalau tak silap, kalau tengah sale lagi murah. pH 5.5 so it's gentle to skin, sesuai laa untuk orang kulit kering macam gurun Sahara ni haa.


3) pH adjusting toner


Cosrx AHA/BHA Clarifying Treatment Toner

pH adjusting toner ni untuk turunkan pH level kulit dan sediakan kulit untuk terima actives. But this one aku pakai every day sebab AHA/BHA content dia tak tinggi pun so quite gentle for everyday use. Baru je beli, ~RM48 from Hermo, pakai pun tak sampai sebulan lagi.