Showing posts with label Macau. Show all posts
Showing posts with label Macau. Show all posts

Sunday, 15 October 2017

Macau Day Trip #2 - St Paul's Ruins & The Venetian

Okay sambung balik cerita di Macau. Bila skip menaip, mula laa malas nak sambung cerita hahaha.

Jalan keliling penuh kedai. Sampai hujung nampak laa view ni

Kalau pegi sini, tolong laa beli dan minum air ni. Ala-ala Chatime, Tealive kat Malaysia. Tapi nikmatnyaaaa sebab cuaca panas gileee.

St Paul's Ruins

Dulunya tempat ni bekas gereja Catholic. Ada muzium kat dalam ni, tapi masuk kena bayar. Kitorang decide untuk jalan-jalan kat luar je. Kat tepi Ruins ni ada taman, tapi kitorang tak rajin nak masuk.

Hang out kat tepi-tepi ni melayan kepenatan dan minum air. Tepi tangga ni rumah orang je weh

View of the other side. Ramai orang

Malas nak crop gambar plis

Wednesday, 4 October 2017

Macau Day Trip #1 - Fisherman Wharf & Senado Square

Day trip to Macau! Selalunya orang pergi Hong Kong akan sekalikan visit to Macau jugak, sama ada day trip atau overnight di Macau. Terpulang laa pada aktiviti, kalau nak berkasino kena laa stay lama sikit kat Macau kan! Ahahaha.

Sama macam HK, Macau or Macao ni merupakan Special Administrative Region of China. Berbeza dengan HK yang heavily influenced by Queen's Great Britain, Macau ni lebih influenced by Portuguese. Macau ni terkenal serata dunia dengan perjudian, dalam dunia ni negara dia laa ramai orang kaya & hidup lebih lama bila compared dengan other countries (info: Wiki).

Info lain yang aku baru tahu, Macau ni baru 'dibebaskan' dari Portuguese rule pada tahun 1999 dan seterusnya menamatkan era European colonialism di Asia. China terus ambik dia masuk SAR lepas tu.

Anyway, kalau dari HK nak ke Macau, boleh naik feri atau flight. Tapi naik feri paling senang, perjalanan pun ambik masa sejam je.

Pemandangan dari China Ferry Terminal

Turbojet

Ada beberapa tempat boleh board ferry ni & harga berbeza ikut tempat kita nak naik tu. Kitorang naik kat China Ferry Terminal sebab dekat je kat Kowloon, option satu lagi ialah dekat HK Island. Beli tiket kat terminal terus, dalam RM200/person untuk return ticket.

Masa kat terminal hari tu, mat salleh depan kitorang acah terkejut gile harga tiket mahal katanya, sedangkan bila aku research sebelum ke HK, memang itu laa lingkungan harga dia..? So aku tak tahu laa ada tiket yang lagi murah ke, tapi memang mat salleh tu blah dan kononnya cari company lain yang jual tiket. Tapi to be honest, kat terminal ni diorang macam jual tiket categorized by destination, bukan company.

Anyway kitorang naik ferry pukul 9 pagi, sampai Macau dalam pukul 10 camtu. Still kena go through immigration jugak ye, huhu malas betul -.-"

Feri yang selesa

Aku plan itinerary kat Macau ni ikut distance tempat tu. Yang paling dekat, lebih kurang 15 minit berjalan dari Macau Outer Harbour Ferry Terminal ialah Fisherman Wharf, so kitorang berjalan ke situ dulu.

Ni dekat Macau Convention Center kalau tak silap. Sebelah je dari tempat yang dituju