Sunday, 15 October 2017

Macau Day Trip #2 - St Paul's Ruins & The Venetian

Okay sambung balik cerita di Macau. Bila skip menaip, mula laa malas nak sambung cerita hahaha.

Jalan keliling penuh kedai. Sampai hujung nampak laa view ni

Kalau pegi sini, tolong laa beli dan minum air ni. Ala-ala Chatime, Tealive kat Malaysia. Tapi nikmatnyaaaa sebab cuaca panas gileee.

St Paul's Ruins

Dulunya tempat ni bekas gereja Catholic. Ada muzium kat dalam ni, tapi masuk kena bayar. Kitorang decide untuk jalan-jalan kat luar je. Kat tepi Ruins ni ada taman, tapi kitorang tak rajin nak masuk.

Hang out kat tepi-tepi ni melayan kepenatan dan minum air. Tepi tangga ni rumah orang je weh

View of the other side. Ramai orang

Malas nak crop gambar plis

Sebelah ni rumah orang je haaa. Mesti ada Airbnb sini kan hahaha

Sambil lepak, sempat jugak shopping souvenir kat kedai tepi ni. Harga so-so je, takde laa murah sangat. Sempat laa beli fridge magnet kat sini.

Close up


Lepas dah penat melepak, matahari pun dah makin turun, kitorang patah balik ke Senado Square untuk naik shuttle bas dari Grand Lisboa.

Kedai merah yang belah kanan ni macam femes as souvenir shop, banyak betul kedai dia kat sini. Tapi dia jual babi salai kot. Pastu offer sample kat kitorang, nak bagi rasa. Pengsan nak lari jauh-jauh hahahaha

K-beauty stores pun banyak weh. Terbeli jugak laa mask dan lip tint Tony Moly sebab tengah sale, murah gilaaaa. Lip tint tu kat Malaysia harga RM30+, kat sini RM10 je.




Terpaksa tunjuk gambar ni sebab susah gile nak dapatkan tiket dia ni!!! Grrr.

Satu unanticipated hiccup terjadi kat Grand Lisboa ni. Terminal shuttle bus dia kat level LG, tapi baru tahu yang kena ambil tiket shuttle free kat level 2. Pergi situ, tak tahu apa masalah, beratur kat situ tak bergerak dekat sejam. Dia kata tiket habis or tak boleh print or something like that. Tapi tunggu jugak laa sebab kitorang takde option lain. Last-last dapat jugak tiket kuning ni, pergi LG balik untuk tunggu shuttle bus pulak. Nasib baik tunggu bas tak lama pun -.-"

Anyway, casino dalam Grand Lisboa ni memang grand laa. Tapi CCTV merata-rata huhu.

Dari Grand Lisboa pergi ke Ferry Terminal dulu. Kat Ferry Terminal ni naik shuttle bus The Venetian pulak huhu.

Macau Tower dari dalam bas

Macau Tower ni offer banyak extreme activities okay, kalau berminat dengan benda-benda camtu boleh laa pergi. Aku tahu Song Ji Hyo pernah buat bungee jumping dari Macau Tower ni untuk Running Man. Members lain buat aktiviti pusing kat luar top floor Macau Tower ni & panjat sampai atas. Boleh laa tengok episode 133 RM kalau curious ahaha.

Grand hotels everywhere. Dahsyat betul

Shopping mall dalam The Venetian

Tadaaaaa. Tempat ni yang nak pergi sebenarnya

Propa je ni

Little Venice in Asia

Tahu tak, tempat ni sebenarnya indoor? Aku serius ingat aku tengah jalan kat luar, sampai member cakap tengok langit tu betul-betul. Lukisan je rupanya, nampak real gile. Fuhhhh dahsyat.

Berangan

Disebabkan lighting 'langit' tu fake, agak susah jugak nak ambil gambar yang proper kat sini. Banyak gambar jadi gelap, sobs.



Gondola ride. Berbayar ye, siap orang tu nyanyi sambil mengayuh lagi.


Sooo pretty

Puas ambil gambar kat The Venetian, jalan dalam shopping mall ni menghala kat The Parisian pulak. Kitorang ingat nak pergi kat fake Eiffel Tower tu, sekali kena bayar dan agak mahal pulak. Cancel zz.

Paintings dalam bangunan

Kat sini first time jumpa elevator melengkung, tapi tak sempat ambil gambar. Sempat video jeee

<3

Fountain kat The Parisian

Ni dari tempat nak naik bas


Naik bas balik Ferry Terminal

Night view

Kitorang balik dari The Venetian ke Ferry Terminal, pastu naik feri balik ke HK. Penatttt jugak laa, lepas balik tu makan kejap pastu terus pengsan.

Last sharing: HKD is widely accepted in Macau. Tak payah tukar ke duit MOP dia, tapi mungkin diorang akan pulang baki dalam MOP.

Ni sim card yang aku beli kat airport, 5GB untuk 8 days, HKD 118. Okay laa untuk kongsi 2 orang pakai personal hotspot, banyak sebenarnya 5GB tuuuu. Salesperson tu kata boleh pakai jugak kat Macau tapi hmmph hampeh.

No comments:

Post a Comment