Dah lama gile aku tak tulis pasal travel rasanya. Well, I'm backkk! Muahaha.
So aku ada 3 travel stories yang pending: Chiang Mai, Kashmir, dan Hong Kong. Tu yang tak termasuk travel dalam negara lagi tu erkk. Btw aku dah sampai ke semua 13 negeri di Malaysia yeahhh finally!
Anyway Chiang Mai and Kashmir terpaksa hold on dulu sebab aku malas nak pilih gambar haha (forever alasan yang sama). Let's move on to HK!
So aku fly ke HK dengan my bestie pada Hari Raya ke-4. Maafkanlah anakandamu mama sebab tak reti duduk diam kat rumah. Beli tiket flight pun a few weeks before puasa, memang unplanned compared to my other trips.
Why HK? Sebab I miss traveling to cities. Before this, aku tak pernah sangka that I am actually a city person. I like reliable, dependable public transport, and the cool city skyline. I especially love cities that are near to rivers or the ocean (Melbourne, omg). So bila aku research Asian countries yang dekat dan aku tak pernah pergi to have a city getaway, HK comes first to my mind.
|
Gugusan kepulauan |
|
This looked so surreal with your own eyes |
|
Berbukit-bukau jugak |
|
Tengah bandar Kowloon |
Sebenarnya sampai sekarang aku still confused dengan status Hong Kong ni. Officially, Hong Kong ni namanya Hong Kong's Special Administrative Region of People's Republic of China panjang gile watdehek, ada currency sendiri yang separate dari China, dan ada government sendiri. As far as I understand, diorang takde military capability and depends on China on this. I really need to read up on the world's political and geographical facts tapi aku payah betul nak hadam benda-benda ni hahaha. I'm trying though.
So geographically, HK ni ada 4 districts yang utama: Hong Kong Island, Lantau Island, Kowloon, New Territories, dan Outlying Islands. Tourists usually akan pergi ke 3 districts yang pertama tu je. Kowloon ada banyak attraction points and markets, HK Island ada Islamic Centre (and halal food) dan Ocean Park, Lantau Island ada airport dan Disneyland.
We chose to stay in Kowloon sebab murah dan dekat dengan banyak attraction.
|
Concrete jungle |
|
Artsy stairs |
|
Kowloon Park |
|
Bersih |
|
This looks so picture perfect, that lighting ughhh |
|
Bila aku duduk nampak tak cantik pulak lol |
|
Gambar tipikal Hong Kong.
Not particularly beautiful, but very Hong Kong |
|
Kowloon Mosque, betul-betul sebelah Park dia dan dekat jalan utama. |
|
Bangunan yang tengah dibaikpulih selalunya diorang tutup dengan sejenis kain jarang pastu support pakai buluh.
Nampak macam tak stabil je tapi seluruh HK pakai buluh ni hokayy |
|
Chungking Mansion yang serius famous.
Accommodation memang murah dalam ni tapi untuk ketenangan hati sendiri, please don't book a room here.
Sila google untuk tahu cerita tempat ni. |
|
HK Space Museum.
Which is sooo cool, kalau aku tahu awal-awal, dah lama aku masukkan dalam itinerary sobs |
Sebenarnya lepas sampai tu kitorang cari Avenue of Stars, tapi ada signage yang Avenue of Stars tu diorang tengah buat maintenance, so diorang pindahkan ke tempat baru - Garden of Stars. 2km berjalan dari hotel, fuhhhh.
|
Sampai sini, naik tangga ikut jejantas dia |
|
Ni laa Avenue of Stars yang tengah buat maintenance |
|
View dari jejantas |
|
Belakang tu ialah Garden of Stars |
|
Dah sampai Garden of Stars, acah-acah posing |
Actually Garden of Stars ni takde apa sangat. Kalau korang tahu Hollywood Walk of Fame yang ada bintang atas sidewalk untuk selebriti terkenal 'A-list stars' tu, kat sini konsep dia macam tu laa. Bezanya dia ambil cap tangan dan buat statue artis China yang terkenal.
|
Ni je pon yang aku kenal, Bruce Lee. Itupun aku tak pernah tengok movie dia. Adoyai |
|
Pastu banyak statues camni, so ambik je laa apa-apa gambar yang patut lol |
|
And now aku dah konpius, statue tadi Bruce Lee ke Jet Li entahhh? Lollll |
Habis pusing Garden of Stars yang kecik tu, jalan 10 minit dah settle, patah balik ke Space Museum tadi untuk tengok Symphony of Lights. Symphony of Lights ni dia main lampu kat bangunan HK ni, dan show dia permanent. Setiap hari ada, tepat pukul 8 malam.
|
Jalan area belakang ni, kat situ laa tengok show lampu malam-malam |
|
View skyline ni best. Tu muka penat gile tu. Datang awal untuk dapat seat yang awesome sebab ramai betul orang, memang berebut laa weh. |
|
Dah nak senja. Twilight katanya |
|
Junk boat merah ni banyak, ada yang bawak jenjalan, ada yang boleh dinner atas tu. Sediakan $$$ je |
|
Boleh lak dia parking depan kitorang untuk turunkan penumpang.. nasib baik kejap je haha |
|
<3 |
Okay to be honest light show malam tu tak best sangat, tak tahu laa sebab cloudy ke hape, tapi aku suspect sebab bukan weekend dan sebab bukan ada special holidays. Setahu aku kalau time new year memang awesome laa light show dia. Masa-masa lain, biasa je kot.
|
Time ni tengah pening camane nak ambik gambar, flash kamera tak bawak huahua |
|
Okay harap puas hati dengan gambar skyline yang banyak tu hahaha |
|
Clock Tower |
|
Jumpa port yang ada lighting yang sesuai untuk ambik gambar hahaha |
Satu tip untuk ambil gambar di tempat gelap: guna cahaya flashlight dari phone dan halakan kat muka. Aku buat camtu kat sini, pastu orang keliling pandang sengih-sengih je, segan kejap haha. Tip ni tak best sangat sebab flashlight tu lighting dia harsh, tapi okay laa daripada takde langsung kan. Selagi boleh, dapatkan cahaya warm & soft macam aku dapat dalam gambar kat atas hehehe.
|
Banyak bas double decker, lane dia pulak sempit-sempit, claustrophobic sungguh rasa |
Malam tu kitorang penat, tak sanggup nak menapak sejauh 3.4km ke Ladies Market tu, so kitorang decide nak naik bas je. Naik bas dia tak susah pun, download je laa apps public transport dia siap-siap. Tambang dia pun takde laa mahal sangat. Nak lagi mudah, beli Octopus card lepas touchdown dekat airport tu.
Unfortunately, kitorang pegi Ladies Market dan Sneaker Street dekat Fa Yuen Street tu, satu gambar pun tarak. Nampak sangat penat tu lalala. Beli barang pun tak. Jalan, tengok-tengok, balik. Fridge magnet dia pun mahal and biasa-biasa je.
|
Ni view dalam bilik. Cenonet je, tapi okay laa ada bilik air sekali (yang juga cenonet). |
Accommodation kitorang ni booked through Booking.com, namanya Hang Ho Hostel. Rate yang agak murah, dalam RM470 untuk 3 malam, bilik double bed yang comel cenggini. Murah untuk standard HK laa, selesa je walaupun kecik, lagipun bukan nak spend banyak sangat masa dalam bilik.
Next entry dekat Ocean Park pulak, yeayyy!
No comments:
Post a Comment