Bulan Ogos yang lepas, aku bagitahu yang aku nak start pakai AHA.
Bulan September, aku TERRRbeli BHA pulak.
So far, aku baru pakai AHA dalam 2 bulan, dan BHA dalam sebulan. The results?
Like seriously, omg my skin gets so awesome and it super lovessss the acids.
Okay so let me break this down into details. In this entry, I will focus on AHA je dulu.
So, what is AHA?
- alpha hydroxy acids, sejenis kumpulan acid yang digunakan dalam low concentration untuk tujuan exfoliation
- jenis-jenis AHA: glycolic acid (paling common), lactic acid, mandelic acid
- AHA ni water-soluble & bantu exfoliate lapisan kulit paling atas, vs BHA yang oil-soluble dan akan exfoliate ke dalam pores
- sesuai untuk kulit kering since AHA tak mengeringkan kulit as compared to BHA
Why exfoliation is important?
- untuk bersihkan pores daripada impurities - sebum, habuk, sisa makeup, dll
- bila pores bersih, baru essence, serum, dan sebagainya boleh absorb ke dalam kulit dengan lagi pantas & bertindak dengan lebih berkesan
- increase skin turnover - kulit kita usually akan complete shedding cycle dia dalam masa ~28 hari. So bila kita exfoliate dengan kerap, kulit akan complete shedding cycle lebih cepat, so lapisan kulit paling atas ialah yang baru, bukannya dead cells yang dah lama terkumpul atas kulit
Skin turnover cycle. Gambar hasil carian Google. |
Aku mula pakai AHA sebab
1) nak hilangkan PIH - post-inflammatory hyperpigmentation
2) nak ratakan warna kulit/brighten (bercahaya?) skin
3) nak kurangkan whiteheads
Aku pakai CosRx AHA Whitehead Power Liquid, containing 7% glycolic acid |
Disebabkan aku tak pernah pakai AHA dan aku tak tahu macam mana kulit aku akan react, aku try pakai seminggu sekali dulu. Then 2x seminggu. Sekarang aku maintain dengan 1-2x seminggu je, sebab malas dan I am still being cautious, takut jadi overexfoliation.
Cara aku pakai AHA: basuh muka. Tunggu 10-15 min untuk kulit muka jadi pH yang normal balik (kadang-kadang skip jugak step ni sebab malas nak tunggu lama). Sapu AHA pakai jari kat seluruh muka, tak nak pakai cotton pad sebab nak jimat. Tunggu 20-30 minit, then sambung dengan routine yang seterusnya.
Aku pakai AHA ni waktu malam je. CosRx AHA Liquid ni watery macam air, dan bau dia tak best hahaha. It has a bit of a chemical smell, dan bau macam burnt rubber. Aku tak sensitif sangat kat bau dan boleh tolerate lagi nak pakai AHA ni, tapi sesetengah orang cakap bau dia kuat sangat tak tahan. Depends laa pada hidung korang.
For me, aku rasa kulit aku tak sensitif sangat, pakai apa pun jarang rasa pedih kecuali bila kulit tengah kering dan pakai produk yang ada alcohol. Dan Alhamdulillah so far belum pernah breakout from using any product lagi.
Tapi bila aku pakai AHA ni, kulit akan rasa prickly dan pedih sikit. Rasa mencucuk sikit-sikit, tapi aku tak rasa muka aku tahap burning dan sakit sampai nak nanges. Lepas 20 min, muka aku akan jadi merah sikit - hasil irritation laa ni. Aku chill dan teruskan skincare routine yang lain.
Usually aku akan follow up dengan lots of hydration - ie sheet mask dan sleeping mask. Paling tidak pun, wajib sapu moisturiser ye. Hydration penting untuk elak overexfoliation dan untuk soothe kan balik kulit yang dah irritated tu. Muka yang merah tu takkan lama, esok pagi tu confirm dah normal balik kalau sapu proper moisturiser.
Hasil bila bangun esok pagi:
1) Whitehead kecik-kecik tu memang clear
2) Kulit rasa lembut dan licin
3) Kulit lagi cerah sekata
No joke. Even first time use pun aku boleh nampak effect dia. Whitehead memang cepat hilang. Kulit cerah sekata tu, ambil masa nak nampak. PIH pun bukan instantly hilang, for me personally ambil masa 2 minggu hingga sebulan untuk dia betul-betul hilang, DENGAN SYARAT korang jangan asyik kacau jerawat dan bekas jerawat tu. Biar je dia heal sendiri.
So, recommended ke product ni? Hell yeah. Awesome dan sangat berbaloi dengan harga (RM63 dekat Hermo.my). Since pakai AHA ni 2x seminggu je, aku tengok produk tu macam tak luak pun. I hope it can last at least a year hehehe.
And tbh, results kat skin bila pakai acids ni, memang lain sangat. I could never achieve my current state of skin kalau aku tak start pakai acids. Exfoliation is indeed very important to achieve glowing, healthy skin.
Next post insyaAllah aku akan sambung dengan BHA pulak - what is BHA, kenapa aku decide nak pakai BHA, apa kesannya so far, dan etc.
Btw, my blog posts are not meant to diagnose or treat any skin condition. Kalau masalah kulit korang teruk atau berpanjangan, please seek proper medical treatment. I am simply a skincare hobbyist and enjoy testing products and evaluating their results on my face. Your results may vary.
tgok tajuk, aku ingtakan AHA yang American Heart Association tu.. hahaha
ReplyDelete