Day trip to Macau! Selalunya orang pergi Hong Kong akan sekalikan visit to Macau jugak, sama ada day trip atau overnight di Macau. Terpulang laa pada aktiviti, kalau nak berkasino kena laa stay lama sikit kat Macau kan! Ahahaha.
Sama macam HK, Macau or Macao ni merupakan Special Administrative Region of China. Berbeza dengan HK yang heavily influenced by Queen's Great Britain, Macau ni lebih influenced by Portuguese. Macau ni terkenal serata dunia dengan perjudian, dalam dunia ni negara dia laa ramai orang kaya & hidup lebih lama bila compared dengan other countries (info: Wiki).
Info lain yang aku baru tahu, Macau ni baru 'dibebaskan' dari Portuguese rule pada tahun 1999 dan seterusnya menamatkan era European colonialism di Asia. China terus ambik dia masuk SAR lepas tu.
Anyway, kalau dari HK nak ke Macau, boleh naik feri atau flight. Tapi naik feri paling senang, perjalanan pun ambik masa sejam je.
Pemandangan dari China Ferry Terminal |
Turbojet |
Ada beberapa tempat boleh board ferry ni & harga berbeza ikut tempat kita nak naik tu. Kitorang naik kat China Ferry Terminal sebab dekat je kat Kowloon, option satu lagi ialah dekat HK Island. Beli tiket kat terminal terus, dalam RM200/person untuk return ticket.
Masa kat terminal hari tu, mat salleh depan kitorang acah terkejut gile harga tiket mahal katanya, sedangkan bila aku research sebelum ke HK, memang itu laa lingkungan harga dia..? So aku tak tahu laa ada tiket yang lagi murah ke, tapi memang mat salleh tu blah dan kononnya cari company lain yang jual tiket. Tapi to be honest, kat terminal ni diorang macam jual tiket categorized by destination, bukan company.
Anyway kitorang naik ferry pukul 9 pagi, sampai Macau dalam pukul 10 camtu. Still kena go through immigration jugak ye, huhu malas betul -.-"
Feri yang selesa |
Aku plan itinerary kat Macau ni ikut distance tempat tu. Yang paling dekat, lebih kurang 15 minit berjalan dari Macau Outer Harbour Ferry Terminal ialah Fisherman Wharf, so kitorang berjalan ke situ dulu.
Ni dekat Macau Convention Center kalau tak silap. Sebelah je dari tempat yang dituju |
Bila jalannnnnnn sampai hujung, tetiba nampak view ni, maknanya kita dah sampai destinasi. Yeahhh |
Roman style sangat |
To be honest, aku tak tahu sejak bila tempat ni wujud, dan kenapa ia wujud. Tapi rupa dia ala-ala Colosseum dekat Rome. Aku assume dia ambik role yang sama macam Colosseum zaman dulu, which was an amphitheatre. Masa aku pergi tu ada orang tengah buat rehearsal or some sort atas pentas dia.
Nampak macam theatre dah kan..? Berlangitkan bintang gitteww |
View dari belakang. Cantik kannnn |
Lepas kitorang jalan ke belakang ni, kitorang try nak masuk balik bahagian dalam kat area theater tadi, tapi ada guard larang! Okay tak boleh masuk ke area dalam tu sebenarnya hmm. Takde sign pun, so kitorang redah je hehehe.
Tempat ni bukan macam tourist destination sangat. Ada orang tapi tak jadi tumpuan kot, sebab tu aku boleh ambik gambar dengan gembiranya sorang-sorang macam tu. Kalau nak pergi sini, google je Fisherman Wharf, okay.
Btw, tempat ni exciting kalau kau belum pernah pergi Rome laa kot. Tapi bila pergi tengok tempat camni, rasa macam nak pergi experience the real thing pulak. Mak aihhh mana nak cari duit pergi Italy T.T
Jalan dalam lagi nampak macam kedai-kedai |
Sambung ambik gambar kat Colosseum, belakang tu ada orang tengah shoot wedding ehehe |
Kasi can laaa |
Dah habis pusing kat sini, jalan balik ke Outer Harbour Terminal untuk naik bas ke centre Macau.
Kat Macau ni best sebab hotel dan kasino yang besar offer free bus shuttle dari ferry terminal/airport ke hotel diorang. Dan hotel diorang ni dekat je dengan centre of attraction, dan ada jugak kasino & hotel tu sendiri yang jadi centre of attraction macam The Venetian.
Confused kan nak paham T.T macam tu laa perasaan aku bila nak search info pasal Macau ni. Kena faham satu ni je: cari hotel yang dekat dengan attraction yang korang nak pergi. Macam Senado Square dan St Paul's Ruins ni paling dekat dengan Grand Lisboa (hotel/casino), so naik shuttle bas dari terminal tu ke Grand Lisboa dan lepas tu berjalan laa korang ke tempat yang korang nak pergi tu. Okay?
By the way, jangan risau nak naik turun free shuttle bus ni, diorang memang takkan halau. Pilih laa hotel/kasino yang besar, sebab hotel yang kecik-kecik mungkin nak proof yang korang stay kat tempat dia sebelum dia bagi korang naik. Exploring Macau pakai shuttle buses ni macam dah jadi culture kat sana, perfectly acceptable & yang penting free!
Ni haa bangunan Grand Lisboa |
Bangunan ni unik. Sekali pandang macam hodoh jugak, tapi unik. |
Kitorang silap sebab pergi ambik shuttle bus Wynn casino kot, which is jauh banyak laa daripada Senado Square. Lepas tu kitorang try masuk casino dia, boleh pulak dia mintak passport aku sedangkan dia tak mintak passport bestie aku pun, wehhh aku dah lama lepas umur 18 tahun kot. Aku rasa dia terkejut kot tengok umur sebenar aku, maybe dia ingat aku ni budak sekolah lagi -.-"
Dah masuk casino tu, jalan je laa tengok orang berjudi kan. Rupanya macam masuk arcade je weh. Like seriously, berjudi tu macam gaming je kot bagi diorang. Dalam casino tu terang benderang je, bukannya lampu malap liplap macam dalam nightclub. Bayangkan je laa supersized arcade pastu tambah marble floors, tempat nampak macam mahal. Tu je.
Pastu aku acah nak ambik gambar sebab nak test boleh ke tak, guard tu punya laa marah & suruh aku delete gambar omg. Aku ambik gambar hala kat tempat yang takde orang pun zzz.
Senang cerita: takyah laa test nak ambik gambar. Memang tak boleh, unless ko curi-curi pasang hidden camera hahaha.
Lepas rasa macam kuda dalam kandang kambing (aku tak ingat peribahasa asal krik3), kitorang blah dari casino tu. Agak-agak laa kan, perempuan pakai tudung masuk casino, nampak tak kena sangat. Aku pun rasa gelisah je walaupun aku takde laa buat benda salah, takat masuk nak tengok je, aaah tapi keluar je laa cepat-cepat hahaha.
Jalan dari Wynn casino ke Senado Square tu ambik masa hampir setengah jam jugak. Dah laa waktu tengahari dengan terik dan panasnya, rasa terseksa sungguh sobs. Tolong laa ambik shuttle bus ke Grand Lisboa, dekat sangat.
Nampak square ni terus legaaaa lepas tu terus duduk bawah pokok sebab panas sangat & penat huuu |
Super love design tiles dia, whimsical sangat |
Area ni kiri kanan macam tempat shopping jugak laa, banyak kedai |
Nak cari tempat makan halal, tapi sini opkos laa susah nak jumpa. Portuguese Egg Tart pun aku tak berani try sebab tak tahu boleh makan ke tak. Tapi kitorang menghala ke kedai tau fu fah yang katanya sedap sangat, entah macam mana laa aku google boleh terjumpa orang cerita pasal kedai ni.
Lokasi dia kena masuk ke lorong sebelah Senado Square ni, pastu dalammmmmm lagi. Dalam gile, ingatkan dah sesat dah.
Tapi seriously, this is heaven. Lembut dan sedap gile. Wehhh rindunyaaa |
Ada bowl besar, bowl kecik, dan air soya. Tu je dia jual weh |
Lorong kecik. Dah laa semua kedai lain tutup. Huuuu |
Ni haa kedai dia. Kecikkk sangat je, memang takkan jumpa laa kalau tak google siap-siap. |
Kalau ada yang terasa nak pergi kat kedai ni, nama dia Firma U Tac Hong, alamat dia kat Google Maps: 19D Rua da Madeira.
Anyway, lepas tu kitorang menghala balik ke Senado Square, tapi bestie aku terjumpa kedai Indonesian yang halal kat lorong ni. So kitorang makan dan tumpang solat kat situ.
Aku tak ambik gambar sebab... kedai tu agak daif sebenarnya. Rumah kat atas kedai tu tempat kitorang tumpang solat, rasanya tempat diorang duduk jugak. Aku bersyukur ada tempat nak tumpang solat, tapi sebab living conditions diorang memang sangat daif.. buat aku fikir panjang pasal warga asing yang datang bekerja kat negara kita ni. Macam tu jugak kot living conditions diorang.... Hmm.
Senang cerita, aku tak tahu kat mana yang boleh solat kat Macau ni. Ada je masjid tapi nunnn dekat dengan Outer Harbour Terminal sana tu, nak kena jalan kaki lagi tu. Plus aku tak tahu kitorang boleh masuk tak, agak serik lagi sebab kat India, surau/masjid tu perempuan tak boleh masuk solat zzz. Teruk betul.
Perut dah kenyang, balik semula ke Senado Square untuk menghala ke St Paul's Ruins pulak.
Terussss je ikut jalan ni, ada banyak signboard |
Chinese, Portuguese, English |
Sambung cerita St Paul's & The Venetian kat next entry laa ye, baiii.
By the way, info mengenai shuttle bus casino yang aku dapat lepas google:
Casinos area Cotai (Macau center, consider dekat dengan Senado Square): Grand Lisboa, MGM, Wynn
Pastu kalau nak pergi The Venetian, naik shuttle bus The Venetian tu je dari terminal, settle keje.
Sadly aku tak jumpa hotel mana yang offer free shuttle bus ke Macau Tower.. so kesimpulannya, tak pergi Macau Tower laa kitorang.
seronoknyaa hihi. salam singgah :)
ReplyDeletehttps://messarah.blogspot.my/2017/10/masuk-sem-2.html