Monday, 2 October 2017

Hong Kong #2 - Ocean Park

The next day bangun awal pagi, makan sarapan daripada Malaysia atas belas ihsan bestie (aku memang fail kalau nak ingat pasal makan ni, reti buat itinerary & jalan je) dan terus keluar sebelum pukul 9 pagi.

Aku ingatkan pukul 9 pagi tu dah ramai orang, turns out takde laa ramai sangat walaupun matahari dah tinggi. Maybe orang dah masuk keje kot.

Another art stairs

Jumpa market, bestie nak beli buah -.-" pantang jumpa buah makcik sorang ni

Oldskool style warung kat HK. Rare gile tempat camni. Nak ambik gambar banyak lagi tapi cuak

Aku pun tak tahu kitorang jalan kat mana, main redah je. Tempat ni dekat area Kowloon Park jugak ni.

HK skyline in the morning

Clock Tower

Kat area Clock Tower ni ala-ala transportation hub. Ada bus stop yang banyak dan kat sini jugak ada Terminal Star Ferry. Star Ferry ni macam feri Pulau Pinang laa yang nak menyeberangi Selat Melaka tu. Star Ferry kat sini panjang sejarah dia, boleh naik ni untuk pergi ke Hong Kong Island, tambang HKD 1.50 je. Murahhh, siap dapat view yang awesome lagi.

Star Ferry

Free seating dalam feri. Yang menariknya penyandar kerusi ni boleh tolak ke depan atau ke belakang, senang orang nak tengok view


Salah satu tempat untuk turun

Setahu aku Star Ferry ni boleh pergi kat Central Pier atau Wan Chai Pier. Kalau pergi Wan Chai, lagi dekat dengan area Timesquare, tempat shopping. Kitorang tak sempat pun pergi situ.

Setelah sesat dalam stesen MTR diorang, akhirnya sampai jugak ke Ocean Park! Yang best nya, MTR ke Ocean Park tu baru je siap akhir tahun 2016. Syukurrr tak payah naik bas hehe.

Tadaaaaa


Ni hari Khamis ni, punya laa ramai manusia beratur nak masuk

Kitorang beli tiket Ocean Park online je kat Klook mobile app, senang tak payah print apa-apa pun, just tunjuk QR code je. Masa beli tu harga dia RM207/pax, murah dekat RM100 daripada Disneyland HK.

Oh kalau tanya kenapa kitorang tak pergi Disneyland, 1) sebab tiket dia lagi mahal, 2) aku prefer rides yang lebih thrill, Disneyland macam untuk kanak-kanak sikit, dan 3) aku dah pernah pergi Disneyland Paris, to be honest memang tak nak repeat dah kot mana-mana Disneyland ahahaha. Too old already to live out my Disney dreams.

Anyway bila dah masuk ke Ocean Park ni, kitorang cepat-cepat naik train untuk ke Thrill Mountain. Ocean Park ni ada dua area, satu kat bawah yang ada banyak aquarium dan zoo, serta rides untuk kanak-kanak. Kat atas lagi best untuk orang yang lebih dewasa.

Dah sampai atas, baru tahu rides yang best bukak pukul 11 am laa pulak duh. So kitorang jalan-jalan pusing-pusing main benda lain dulu.

Ni ala-ala aquarium, banyak sharks


Kolam dia besar okay, boleh laa aku bajet-bajet gegirl dan menjerit bila terkejut nampak shark besar sebab takde orang lagi kat situ hahaha
Ye aku takut sharks sebenarnya, sebab tu aku tak pernah tengok cerita Jaws


Bengis betul muka sharks kat sini

Eh jendul ni pun ada

Interactive screen dia awesome

Aquarium dia pun awesome

Stingray

Habis tengok shark, cari roller coasters yang terdekat. By the way, semenjak aku dah makin tua ni, aku dah makin cuak nak naik roller coasters. Dulu aku jenis main redah je. Oh man faktor usia ni tak best betul.

Roller coaster yang pertama

Yang buat bertambah seram, roller coasters dia terletak tepi-tepi lereng bukit je. Terasa tinggi ya amat

Ni haa satu lagi benda yang buat aku nak putus nyawa: The Abyss


Tu tempat nak tengok dolphins show

Tengok muka budak tu cuak.
Alaaa relaks laa dik, cuak kejap jeeeee *berlagak muahaha

View camni laa dari atas rides semua, fuhhh

Tunggu dolphins show nak start

Sekali kontena lalu, burung helang lalu. Macam-macam

Sea lions

Dolphins

Show yang ajar pasal ocean conservation

Tbh, aku tak tahu dah berapa kali aku tengok show macam ni hahaha. The best show yang aku pernah tengok ialah dekat Sea World, Gold Coast. Tapi katanya dekat Sea World ni haiwan dia mistreated, adoyai. Aku harap Ocean Park ni tak macam tu laa, sebab dia sendiri dok tekankan mesej ocean and wildlife conservation.

Hair Raiser roller coaster!!! Yang paling thrill yang ada kat Ocean Park

Gambar ni diambil lepas tunggu sejam setengah untuk naik roller coaster ni dan tak sampai seminit pun naik tu. Haaaadoyai

Review: boleh tahan best jugak laa roller coaster ni walaupun kejap sangat. Dia nonstop naik turun dan pusing dekat 5 kali kot. Lokasi di tepi lereng gunung dan view yang awesome walaupun tak sempat nak menghayati haha. Tapi tak pasti berbaloi tak tunggu sejam setengah untuk naik sebab kejap sangat.

Sebab keadaan cuaca yang panas sangat dan kitorang dua-dua dah cranky sebab penat, kitorang masuk ke Penguin Conservatory untuk cool off kejap. Anddd walau entah dah berapa kali tengok penguin, tapi sebab dia comel sangat so still kena ambik gambar banyak-banyak hahaha.


Actually ada patung penguin jugak ni. Diorang tengah buat social study kat penguin ni supaya penguin ni mimic natural behaviour in the wild, or something like that.




Ada North Pole dengan South Pole kot. Kitorang masuk yang North Pole je, tak sempat nak masuk dua-dua. And tempat penguin tu bau ikan sangattt. First time tengok penguin dengan bau macam kat pasar, pelik jugak macam mana tempat lain boleh hilangkan bau tu.

Dah lapar, cari makanan halal, ada laa tapi tak banyak choice.
Portion dia kecik sangat, kitorang kongsi jugak sebab MAHAL

Another attraction yang famous dekat Ocean Park ni ialah cable car dia, sebab views yang sangat awesome! Turun bawah elok awal sikit, preferably sebelum pukul 2 pm. Kitorang turun pukul 2 pm tu line untuk naik cable car dah panjang dah sobs.


View dari cable car

Tu haa Hair Raiser kat atas tu



Sesampai je kat bawah, akan lalu area Old Hong Kong ni


Tempat naik submarine train untuk naik ke atas pagi tadi

Actually boleh je naik submarine ni untuk naik/turun, dan cable car tu pun untuk naik/turun. Tapi kitorang pilih untuk naik dengan submarine sebab nak cepat, dan turun dengan cable car sebab nak tengok view :D

Last sekali kitorang menghala ke The Grand Aquarium untuk tengok ikan lagi.

This is lionfish, I think..?

Jellyfish!

Ni swimming seaweed katanya


Aquarium yang awesome



Seriously, memang daebak aquarium dalam ni. Lagi best daripada yang kat area atas.

Baru je aku tertanya, betapa tebal kaca dia untuk tahan volume air tu. Hamekkkk ada jawapan dia!!

The Grand Aquarium daripada luar

Kitorang terpaksa gerak awal sebab nak pergi Victoria Peak pulak. Btw boleh je solat kat sini, inform staff dia kat Guest Relations centre. Takde tempat solat yang khas, tapi macam aku hari tu, diorang bagi ruang kat rumah sakit (omg rumah sakit ke nama tempat macam tu? Blur kejap aku). Standby telekung laa siap-siap ek, diorang memang takde sediakan laa kan.

Usually theme parks kat overseas ni kalau takde surau pun, diorang bagi je ruang untuk kau solat. Tanya je kat information centre, okeh? Aku jenis tak sanggup sikit nak solat kat open air tengah padang, sebab segan hehehe.

Anyway Ocean Park memang recommended laa, untuk budak-budak pun syok sebab ada banyak haiwan laut. Very educational stuff. Downside is memang takkan sempat nak tengok semua benda, kena pilih ikut priority. Tapi tu memang dah expected kalau pergi mana-mana theme park pun, especially bila ada ramai orang.

Next entry will be about Victoria Peak, tempat wajib pergi kalau pergi Hong Kong. Till then, bye!

No comments:

Post a Comment