Monday, 23 October 2017

The amazing BHA

So, last entry aku dah cerita tentang AHA, now let's move on to BHA.

Aku memang happy dengan effect yang aku dapat dari AHA - brighter skin, whiteheads cepat hilang, dan kalau ada PIH pun aku cuma perlu bersabar dan dia akan hilang jugak akhirnya.

Sebab itu laa kata kunci bila pakai acids ni - SABAR. Kalau gopoh gapah nak instant results, takut kulit jadi overexfoliated nanti.

Tapi kalau aku cakap kena bersabar, kenapa aku gigih nak tambah BHA, which is another type of acid, dalam routine aku?

Sebab BHA ni lain dengan AHA.

What is BHA?
- beta hydroxy acid, ada sejenis je iaitu salicylic acid/salicylate
- BHA ni oil-soluble, so dia boleh penetrate into deeper pores dan cleanse out pores
- BHA lebih mengeringkan kulit when compared to AHA

Dan aku mula pakai BHA sebab
1) walaupun aku takde blackhead (aku rasa laa lol), tapi sebaceous filaments memang ada especially kat area hidung & dagu
2) nak kurangkan pore appearance kat area hidung & pipi

Bila pores bersih, dia tak laa nampak obvious sangat, dan seterusnya kulit pun nampak halus mulus. Tapi nak hilangkan pores 100%? Impossible! Sebab kulit kita memerlukan pores untuk buang sebum & peluh. What we can do is minimize their appearance by keeping them clean.

Enlarged pores, annoying tau. Gambar hasil carian Google.

Beza sebaceous filaments dengan blackheads. Gambar hasil carian Google.

Sebaceous filaments (SF) ni normal, tapi orang selalu confuse dia dengan blackheads. Basically blackheads ni ialah sejenis jerawat, tapi sebaceous filaments ni bintik hitam yang normal. Kiranya kalau korang rasa blackhead kat hidung korang tu tak hilang-hilang walau pakai apa produk sekalipun, most likely it's a SF, not a blackhead.

Aku pakai CosRx BHA Blackhead Power Liquid, containing 4% betaine salicylate
Betaine salicylate ni ialah formulation salicylate yang lebih gentle, dan daripada pembacaan aku 4% betaine salicylate ni lebih kurang sama effective dengan 2% salicylic acid.

So what is my take on this product?

Aku sapu BHA dekat seluruh muka, sesetengah orang guna as spot treatment - sapu dekat acne sahaja. Aku guna jari and tak pakai cotton pad sebab again, nak jimat. Usually pakai 1-2x seminggu, selang sehari dengan AHA.

Sama jugak dengan AHA, aku pakai BHA lepas cuci muka waktu petang, apply BHA dan tunggu at least 20 minit sebelum sambung dengan skincare lain. Again, aku wajib akan sapu moisturiser and/or sleeping mask lepas pakai acids, sheet mask tu optional kalau rajin.

However. Bezanya dengan AHA, bila aku pakai BHA ni takde irritation whatsoever pun dekat kulit. Takde redness dekat pipi, takde pedih, takde sakit. Which is surprising bagi aku. Kulit aku memang jenis kering, dan orang asyik cakap yang BHA ni mengeringkan, so aku expect kulit aku akan jadi kering laa kan.

Tak kering langsung weh. Serius. CosRx BHA ni memang gentle formulation, so tak salah laa kalau CosRx claim yang produk ni sesuai untuk semua jenis kulit.

Ada orang cakap BHA ni pun bau busuk jugak, tapi bagi aku takde bau langsung yeayyy. AHA je yang stinky hahaha. Kalau korang jenis sensitive to scent, mungkin akan bau something laa kot.

Berbeza jugak dengan AHA, aku takde rasa immediate effect pada keesokan paginya. Dan aku perasan, kulit aku akan jadi purging, atau erti kata lainnya naik jerawat dekat tempat yang biasa ada clogged pores. For me, that means area tepi hidung, atau dekat pipi. Tapi usually naik jerawat pun whiteheads kecik je, and doesn't bother me so much.

...

Btw, satu risiko bila start pakai acids ni ialah PURGING, yang tak sama dengan BREAKOUTS.

Purging ni adalah reaksi normal kulit bila kita sapu acids. Acids ni bantu kulit kita untuk exfoliate, dan kadang-kadang pores yang tersumbat tu akan jadi jerawat. It's normal, kulit tu nak buang impurities.

Breakouts - boleh terjadi dengan mana-mana produk, bukan dengan acids je. Kalau pakai acids, breakout boleh terjadi kalau kita dah overexfoliate kulit, usually happens sebab pakai exfoliator (tak kisah physical or chemical exfoliator) terlalu kerap. Bila jadi breakout ni, dia widespread dan bukan jadi kat tempat yang ada clogged pores je. Most commonly, jerawat yang naik tu ialah cystic acne, so sangat merah dan sakit.

What to do bila jadi breakout? STOP SEGALA EXFOLIATING PRODUCTS, tak kisah chemical or physical. Sapu moisturiser banyak-banyak, limit kan products kepada yang minimum sahaja. You need to repair back your skin sebab dah irritated sangat. To be safe, jumpa doktor. Kalau nak try acids semula lepas tu, tunggu bila skin betul-betul okay (this will take time) dan taper up usage slowly.

So far aku belum pernah breakout from acids, and I hope I will never experience it. Scary wehh T.T

...

Berbalik semula kepada BHA tadi. Takde immediate effect, tapi kenapa aku rasa BHA awesome jugak?

1) SF aku dah hilang. Seriously, hilang. Of course dia akan datang balik, sebab they are part of a normal skin. Tapi bila aku pakai BHA, dia akan hilang kejap untuk few days to 1 week. Nak hilangkan SF dengan lagi awesome, combine pakai clay mask dengan BHA. Fuhhh.

2) Pore aku yang sangat obvious sebelum ni, dah ada blurred effect. Macam nampak tak nampak. Kalau perhati dekat-dekat baru nampak. Ini effect BHA paling awesome sekali. Overall, kulit nampak halus mulus je. Baru laa terasa macam orang Korea kannnn lol.

Tapi to be honest, lepas pakai both acids pun, kulit aku takde laa flawless sangat. Aku dah accept the fact that there are only 2 ways you can achieve total skin perfection: Photoshop dan makeup. Yep.

It's okay kalau skin tak perfect, tetiba nak naik jerawat, and whatever else laa masalah kulit yang ada. It's not the most important thing. Yang penting kita cuba untuk jaga kulit, jaga kesihatan, dan tak terlalu stress. Stress sangat pun boleh naik jerawat kannn.

CosRX BHA ni harganya RM77 kat Hermo.my - sedikit mahal when compared to AHA, tapi pakai 2x seminggu je cukup laa, boleh tahan lama jugak tu. Kalau korang ada masalah dengan enlarged pores atau SF yang terlalu obvious, this product is really recommended.

Anyway that is all I have to say on acids. Aku rasa lepas ni nak buat product review, starting dengan Laneige Water Sleeping Mask, tapi tengok laa kerajinan. Tbh ramai je orang cerita pasal skincare dan product reviews, kena rajin cari dan baca je laa kan muehehe. But I will try to finish my travel posts dulu. Till next time, adieu!

No comments:

Post a Comment