Tuesday, 3 October 2017

Hong Kong #3 - Victoria Peak

Victoria Peak ni kategori wajib pergi kalau travel ke Hong Kong. Katanya sebab dia offer view Hong Kong yang paling awesome sekali. Betul ke tak..? Tunggu akhir kata kat hujung post ni ye haha.

Sekali lagi aku booking pakai Klook mobile app, beli Peak Tram Fast-Track Combo, dalam RM30/person. Included: one way ticket ke Victoria Peak naik tram, entrance to Sky Terrace 428, dan kononnya fast track laa, sampai situ boleh terus naik tram haha. Kena tunggu jugak sebenarnya, tapi tak lama sangat compared to kalau beli kat situ terus (rasanyaaaa).


Yang best bila booking pakai Klook ni, ada orang dia merangkap tour guide yang akan tunggu di tempat yang ditetapkan & akan gerak sesama pergi ke tram Victoria Peak. Dia akan guide kita naik tram sampai ke atas. To be honest kitorang beli ticket tu bukan untuk tour guide sangat tapi sebab nak fast track tu muehehe.

Jalan on the way ke tram, nampak banyak bangunan menarik

Tuuuuuu dia penuh orang

Actually kitorang pergi waktu peak hour, pukul 5.30 pm macam tu. Maybe kalau pergi awal pagi, keadaannya tak sesak sebegini. So yeah, memang recommended laa beli tiket online siap-siap sebelum datang sini supaya tak serabut nak beratur dengan crowd ramai camni.

Ramai orang weh

Again, fast track tu kena tunggu tapi memang tak lama, dalam 20 minit je. Aku rasa kalau pergi sendiri, mahu berjam jugak tunggu ni. Crowd dia memang dahsyat, padahal petang Khamis kot.


View dalam tram



Btw tram dia naik menegak betul, boleh tahan jugak angle dia. Seramm haha.


View dari The Peak

So.. view kat sini ni okay-okay je, sebab masih nampak pokok yang menghalang tu kan. Kalau nak unobstructed views, kena naik ke top floor Sky Terrace. Kitorang bagi timing naik tu waktu maghrib, so sementara tu jalan-jalan dulu kat The Peak ni.

Kat The Peak ni bukan takat ada satu, tapi ada dua shopping mall. Pilih laa mana nak, Hard Rock Cafe pun ada kat sini, kalau nak visit Madame Tussauds' Wax Museum atau Trick Eye Museum pun ada. Kitorang malas nak tengok patung lilin dan lain-lain, so berpeleseran je laa. Cukup masa, naik ke Sky Terrace.

Serious awesome view


Ada animation macam-macam kat building ni

Symphony of Lights dari The Peak

Malam kedua kitorang tengok Symphony of Lights ni dan again, tak best sangat zzz. At least kalau duduk kat area Clock Tower tu, ada music. Yang kat atas The Peak ni agak krik krik krik jugak laa.

Tu tengah ada light show

Crowd atas Sky Terrace, nasib baik tak runtuh

Tbh, view kat atas ni memang best. Tapi yang tak best tu, sebab orang ramai sangat! Takat kaki kena pijak, tolak, rude people everywhere, terpaksa tahan laa. Dan bising gile sebab guard dia asyik dok marah-marah orang. So, the views? Awesome. Memang berbaloi. Tapi atmosphere atas ni tak best. Maybe kena datang waktu bukan peak hour macam awal pagi baru dapat enjoy kot.

Lepas puas kena tolak & himpit dengan orang ramai, kitorang turun balik naik bas. Bas yang ada kat atas boleh hantar terus sampai Central Pier semula. Boleh je kalau nak turun guna tram, Klook pun ada offer return ticket untuk tram ni, tapi my advice: better naik bas laa. Line queue untuk turun guna tram panjang gile! Actually bas pun ada line jugak, tapi line bergerak cepat sebab bas ada banyak & boleh muatkan lagi ramai orang.

View dalam Star Ferry waktu malam. Love the reflection of lights!

The next day kitorang buat day trip pergi ke Macau, so my next post will be on Macau. Serious banyak gambar awesome masa kat Macau ni, excited! Ahaha :D

No comments:

Post a Comment