Okay, a short blog post before I need to hit the sack in about 5 mins! Hahaha. Dah tua tak boleh tidur lambat-lambat.
Caversham Wildlife Park, dekat je lebih kurang setengah jam drive dari Perth CBD. Okay siapa yang pernah pergi mana-mana top destinations in Aussie, be it Melbourne, Sydney, Gold Coast, or Perth, mesti korang akan pergi melawat zoo/park/sanctuary yang akan menempatkan kangaroo/koala/wombat/tasmanian devil dan sebagainya.
Aku tak tahu laa kalau kome macam mana, tapi aku memang takde perasaan nak pergi zoo kalau travel overseas ni. Ye laa binatang mana-mana dalam dunia lebih kurang je, kalau tak gajah, ada zirafah. Tu je. Tapi zoo kat Aussie bestttt sebab ada kangaroo dengan koala ahaha.
Banyak tempat yang sama ada a) kena bayar untuk bagi makan kat kangaroo atau b) kena bayar untuk ambil gambar dengan koala. Yang best sesangat kat Caversham ni, dua-dua aktiviti ni free je. Bayar entrance fees je lepas tu settle, boleh laa bergolek dengan kangaroo sampai puas.
Satu lagi tips pergi zoo kat Aussie ni, confirm ada waktu shows dia. So first thing mesti kena dapatkan park map & activities list dia, and plan your day around that schedule.
Macam kitorang, sampai je dah sedikit lambat so kitorang terus lari nak tengok first show.
![]() |
| Dalam barn |
| Sheep shearing |
| Comel jek budak sekolah kindy bagi kambing minum susu botol |
| Wool yang tak lembut langsung sebelum diproses ahaha |
| Cow milking |
























