Wednesday, 24 May 2017

Perth #6 - Pick Your Own Strawberries @ Bullsbrook

Sebenarnya hari ke-4 di Perth ni, kitorang dah check out siap-siap untuk bermalam di Cervantes. Lepas pergi Caversham Wildlife Park, kitorang pergi strawberry picking yeayy.

Kat Perth ni ada banyakkk option untuk fruit picking. Kitorang asalnya plan nak pergi Raeburn Orchard (45 minit dari Perth CBD) sebelum ke Wave Rock, tapi malangnya tak sempat. So kami sempat ke PYO Strawberries kat Bullsbrook ni je sobsss.

Btw kalau nak buat aktiviti fruit picking, boleh laa google dulu buah yang korang nak petik tu ada masa musim bila. Selalu orang nak petik apple atau persimmons/pisang kaki. Dan sebenarnya Raeburn Orchard tu tak benarkan orang awam untuk buat fruit picking pun (according to website dia). Tapi boleh laa nak ambil gambar dengan ladang epal kat situuuu, cantikkkk.

PYO Strawberries @ Bullsbrook ni mengambil masa sejam driving dari CBD.

Panas dan masih berlalat

Beli kotak kat sini dulu dan bayar entry/pax

Tanaman strawberry. Actually kitorang tersalah masuk, patutnya kena petik kat kawasan yang hujung sikit hahaha

Pasir dia hitam dan berdebu. Habis kasut seluar kotor

Pilih pandai-pandai yee

Red and sweet

Monday, 22 May 2017

Perth #5 - Caversham Wildlife Park

Okay, a short blog post before I need to hit the sack in about 5 mins! Hahaha. Dah tua tak boleh tidur lambat-lambat.

Caversham Wildlife Park, dekat je lebih kurang setengah jam drive dari Perth CBD. Okay siapa yang pernah pergi mana-mana top destinations in Aussie, be it Melbourne, Sydney, Gold Coast, or Perth, mesti korang akan pergi melawat zoo/park/sanctuary yang akan menempatkan kangaroo/koala/wombat/tasmanian devil dan sebagainya. 

Aku tak tahu laa kalau kome macam mana, tapi aku memang takde perasaan nak pergi zoo kalau travel overseas ni. Ye laa binatang mana-mana dalam dunia lebih kurang je, kalau tak gajah, ada zirafah. Tu je. Tapi zoo kat Aussie bestttt sebab ada kangaroo dengan koala ahaha.

Banyak tempat yang sama ada a) kena bayar untuk bagi makan kat kangaroo atau b) kena bayar untuk ambil gambar dengan koala. Yang best sesangat kat Caversham ni, dua-dua aktiviti ni free je. Bayar entrance fees je lepas tu settle, boleh laa bergolek dengan kangaroo sampai puas.

Satu lagi tips pergi zoo kat Aussie ni, confirm ada waktu shows dia. So first thing mesti kena dapatkan park map & activities list dia, and plan your day around that schedule.

Macam kitorang, sampai je dah sedikit lambat so kitorang terus lari nak tengok first show.

Dalam barn

Sheep shearing

Comel jek budak sekolah kindy bagi kambing minum susu botol

Wool yang tak lembut langsung sebelum diproses ahaha

Cow milking

Monday, 15 May 2017

Perth #4 - Wave Rock, Hyden

Hari ketiga banyak habis dalam kereta je. Mana taknya, nak ke Wave Rock ni punya laa jauh, 4 jam pergi & 4 jam balik. Memandangkan kitorang nak buat keje gila, kitorang buat daytrip je pegi Wave Rock. Total 8 jam dalam kereta. Lunyai.

Kalau ada masa lebih kat Perth, boleh laa ke Wave Rock ni. Tak ramai yang ke Wave Rock sebab lokasi yang teramat jauh & takat nak tengok batu je pun. Ramai yang pergi Perth ni antara nak menuju utara ke Pinnacles atau turun ke selatan, pergi Busselton atau Albany.

Kitorang teringin jugak nak pergi Albany tu, tapi lepas dikira tolak tambah darab bahagi, cukup laa pergi Pinnacles & Wave Rock je. Albany tu jauh gile weh, dari Perth mahunya ambil 7 jam perjalanan. Kitorang ada 5 hari je kat Perth, takkan nak spend masa dalam kereta je.


Sepanjang perjalanan ke Wave Rock tu takde laa view yang cambest sangat, tapi ada masa-masanya nampak padang luas terbentang, macam dalam gambar kat atas. Nak cari canola fields tapi tak jumpa sangat. Aku pun tak tau yang kat atas ni padang apa, aku tembak je panggil wheat fields.



Masing-masing gilir-gilir drive, kecuali acik yang pakai tudung biru tu haaa. Takut katanya

Driving kat Perth ni takde masalah pun, cuma jangan speed & sentiasa laa berhati-hati di jalanraya. Perjalanan ke Wave Rock ni agak membosankan dan ada masanya speed limit 60km/h je. Disebabkan aku dulu berangan nak join team #Toretto, aku memang fail sikit ikut speed limit ni, malangnya aku laa yang paling banyak drive kat Perth. Dok tunggu jugak kot ada saman dari Perth datang ke, tapi Alhamdulillah lepas 6 bulan selesai trip tak dapat apa-apa lagi.

Jangan memain woo, saman dia kalau AUD 200 convert duit RM, tak ke menangis tak berlagu kau.

Btw on the way pergi Wave Rock ni ada tempat yang takde line internet, kekadang GPS yang disewa pun jadi bengong. So to be safe download je offline Google Maps, handphone still boleh pakai walaupun takde line insyaAllah.

Otw jumpa tasik warna kuning. Terjumpa & berhenti je tepi jalan. Nama tasik ni pun tak tahu

Sunday, 14 May 2017

Perth #3 - Fremantle

Settle Penguin Island, kitorang terus ke Fremantle untuk makan fish & chips muahaha.

Kalau korang tak tahu, ada dua restaurant femes dengan fish & chips diorang kat Fremantle ni: Kaili's & Cicerello's. Untuk first time ni kitorang menghala ke Kaili's dulu.

Btw nak cari parking kat sini memang susah sikit, lagi pulak kitorang datang time peak hour lunchtime. So jalan kaki jauh sikit laa kan, tapi takpe asalkan dapat parking. Ko jangan buat keje parking haram macam kat Malaysia, ni Ostolia bukan Malaysia diknon, kena saman nanti hakak tak tanggung. Parking kat sini pulak mostly berbayar -.-" bajetkan jugak laa Aussie Dollar korang untuk bayar parking.


Kaili's

Cicerello's belah sana

Harga memang standard camni, ambil satu kongsi dua orang, tutup mata bayar je


Kat dalam Kaili's ni ada ala-ala fish market, kalau korang nak merasa lobster ke oyster ke boleh laa habiskan duit dollar korang kat sini. Kitorang mampu makan fish & chips jeee.


Friday, 12 May 2017

Perth #2 - Penguin Island, Rockingham

Our second day in Perth, we only had 2 plans: Rockingham & Fremantle.

Pagi lagi dah keluar untuk pick up kereta, Alhamdulillah tak banyak masalah. Lepas tu terus drive around 1 hour plus to Shoalwater Islands Marine Park, untuk naik ferry ke Penguin Island.

Ramai orang beraktiviti

Angin kuat, maafkanlah pemakai tudung bawal tegar ni, tudung habis herot berot

Naik ferry tu kejap sangat, dalam 10 minit je. Bayar AUD 25 untuk return ferry ride, entrance ke Penguin Island, dan untuk tengok penguin feeding.



Discovery Center aka rumah penguin

Thursday, 11 May 2017

Perth #1 - Perth CBD & Hay St Travellers' Inn

This post is long overdue. Tapi biasa laa, aku memang suka peram gambar & cerita berbulan-bulan haha. Ekceli apa yang melambatkan proses update blog ni ialah takde mood nak pilih & upload gambar. Lepas dah upload kena cari mood untuk bercerita pulakk.

I went to Perth, Australia with 3 of my friends in November 2016. That was 6 months ago. Macam biasa, itinerary aku yang finalize dengan input rakan-rakan. Ye laa kita bukan pegi sorang, kena laa tanya member diorang nak pegi mana jugak kan ahaha.

Visa settle dengan harga RM20/pax, booking kereta siap-siap dari Malaysia from Bayswater Car Rental. For more tips boleh join group Tips Cuti-Cuti Perth kat fb.

Okay, I only have around 10 minutes to type this post before I need to get ready for work, so here goes.

Flight naik Airasia, macam biasa. Teringin gak nak naik airlines lain tapi bila check purse, ini sahaja yang ku mampuuu.

View from the flight was astounding though. Luckily dapat window seat!



Sand dunes



Dah sampai, keliru pulak mana nak cari teksi. Turns out dia kena jalan ke tepi airport sikit untuk jumpa taxi stand. Rajin-rajinkan laa mulut bertanya.

Usually kalau pegi airports dia akan terang-terang tunjuk kat mana nak naik bas, mana nak naik taxi. Tapi ku rasa Perth Airport ni macam signboard dia macam kurang clear.

Atau mungkin aku je yang blur.


Teksi ni comel macam turtle

Our accommodation for 4 nights - Hay Street Travellers' Inn

Tuesday, 25 April 2017

Kashmir Spring 2017 - Itinerary, Budget, & Tips

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Ceritanya camni. Aku baru balik dari Kashmir, pergi pada 17/04/2017 - 24/04/2017. Sesampai je kat KL, aku blast gambar sesungguh hati dalam instagram. Sudahnya ramai yang bertanya tentang itinerary & bajet. Kashmir serius cantik, takkan ada yang tak tergoda tengok gambar. Ye laa, tak ramai mana Malaysians yang pernah jejak ke Kashmir, tapi dah makin ramai. So elok laa korang pergi secepat mungkin, kalau dah ramai pergi nanti dah tak rare ahaha.

Aku pergi ikut trip member, Zulhilmi Safain. Aku kenal beliau masa pergi Seoul tahun 2015, beliau yang jadi tour guide kitorang masa tu. Beliau open trip ke Kashmir masa bulan September 2016, aku terus PM beliau dan bayar deposit lol.

Ni pakej yang ditawarkan masa tu, aku ambil all in sebab malas nak fikir banyak.
Setahu aku pakej ground masih lagi pada harga yang sama untuk upcoming trips,
for more info boleh laa PM beliau direct.

Cut to the chase, aku jump terus ke itinerary:

17/04/2017 - 18/04/2017, Isnin - Selasa

Flight Airasia pukul 7 pm dari KLIA2, sampai 10 pm waktu Delhi di Indira Gandhi International Airport. Kitorang overnight kat airport je, lepak je mana-mana. Kalau nak selesa sikit boleh laa tidur kat hotel yang dekat dengan airport, tu charge asing.

Kemudian pagi esoknya naik flight Go Air ke Srinagar Airport, sampai Kashmir waktu tengahari. Setahu aku takde lagi international flight yang direct ke Kashmir, mesti kena transit mana-mana dulu. New Delhi yang paling dekat dengan Kashmir rasanya, sejam setengah je dah sampai. 

Check in kat Houseboat di Nigeen Lake, tempat menginap untuk 3 malam. Lepas lunch dah boleh sightseeing.

By the way, houseboats yang kitorang duduk taraf 3 stars je tapi memang cukup mewah. Katil selesa, lengkap dengan bathroom sendiri, makan dihidang. Memang awesomeee.

P/S: gambar dalam blog ni semua unedited, sebab aku malas. Kalau nak ambil sila credit semula ke blog ni, hormat harta intelek please (walaupun gambar-gambar yang aku ambil tak laa cantik mana), thanks!

View dalam flight ke Kashmir

Houseboats ada di Nigeen Lake & Dal Lake

Nigeen Lake

Transport utama dari houseboat ke darat ialah shikara, sejenis sampan. Selesa sangat duduk dalam shikara ni, takyah pakai life jackets pun hahaha.

Pakcik kayuh shikara

First day kitorang dibawa melawat taman-taman di Srinagar: