Aku memang happy dengan effect yang aku dapat dari AHA - brighter skin, whiteheads cepat hilang, dan kalau ada PIH pun aku cuma perlu bersabar dan dia akan hilang jugak akhirnya.
Sebab itu laa kata kunci bila pakai acids ni - SABAR. Kalau gopoh gapah nak instant results, takut kulit jadi overexfoliated nanti.
Tapi kalau aku cakap kena bersabar, kenapa aku gigih nak tambah BHA, which is another type of acid, dalam routine aku?
Sebab BHA ni lain dengan AHA.
What is BHA?
- beta hydroxy acid, ada sejenis je iaitu salicylic acid/salicylate
- BHA ni oil-soluble, so dia boleh penetrate into deeper pores dan cleanse out pores
- BHA lebih mengeringkan kulit when compared to AHA
Dan aku mula pakai BHA sebab
1) walaupun aku takde blackhead (aku rasa laa lol), tapi sebaceous filaments memang ada especially kat area hidung & dagu
2) nak kurangkan pore appearance kat area hidung & pipi
Bila pores bersih, dia tak laa nampak obvious sangat, dan seterusnya kulit pun nampak halus mulus. Tapi nak hilangkan pores 100%? Impossible! Sebab kulit kita memerlukan pores untuk buang sebum & peluh. What we can do is minimize their appearance by keeping them clean.
Enlarged pores, annoying tau. Gambar hasil carian Google. |
Beza sebaceous filaments dengan blackheads. Gambar hasil carian Google. |
Sebaceous filaments (SF) ni normal, tapi orang selalu confuse dia dengan blackheads. Basically blackheads ni ialah sejenis jerawat, tapi sebaceous filaments ni bintik hitam yang normal. Kiranya kalau korang rasa blackhead kat hidung korang tu tak hilang-hilang walau pakai apa produk sekalipun, most likely it's a SF, not a blackhead.
Aku pakai CosRx BHA Blackhead Power Liquid, containing 4% betaine salicylate |